Minggu ni segalanya tak menjadi berkenaan kerja.
Kemuncaknya, semalam dan hari ini aku jadi tak peduli lagi dengan segala yang kupikul sebagai producer project CJ the DJ keparat ni. Bila perasaan sial sebegini membelenggu, aku perlu lari seketika dan mungkin re-live semula sesuatu yang pernah membahagiakan hati ini.
Ini barangkalinya satu kenangan indah yang bisa buat aku riang kembali:
Pada tahun 2007, aku ditemukan dengan kartunis Aie yang terkenal dengan karya-karya 'blues'nya di majalah Ujang.
Hasil awal discussion aku & aie, kami come up dengan idea dan konsep yang bagi aku amat mantap, dan berbeza dari mana-mana produk animasi tempatan - kami nak buat satu siri animasi khas untuk remaja.
Timing kami berjumpa amat tepat.
Masa tu, MDeC menganjurkan pertandingan 'Intelectual Property Challenge'.
Dengan dibantu production team yang berbakat besar seperti Boy, Roslan, Yop, Gaban, Slemmer, Faiz, Wan G, Steve, Roy, Iman & Norm, (harap2 takde yang tertinggal -nanti kecik hati lak!) kami berusaha from scratch untuk come up dengan satu siri bertajuk "HOSTEL BLUES".
Masa aku nak mulakan projek ini, banyak suara2 sumbang dan cakap belakang yang bernada sinis dan penuh skepticism dari colleagues dan enemies. Sama macam masa 'Danial' aku mulakan.
Tapi Alhamdulillah, collaboration hasil semangat dan kecekalan kami berjaya menghasilkan trailer untuk 'Hostel Blues'.
Dengan harapan yang tinggi, 'Hostel Blues' (HB) kami hantar masuk bertanding dalam kategori Animasi.
Dan HB dishortlistedkan sebagai top 5!
Stage 2 - kena buat live pitching depan a panel of jury. Sebagai kapla, aku bertanggung jawab buat presentation. Sekali dengan 'gimmick'nya.
Dah buat cerita pasal budak sekolah, aku pun terpaksalah pakai uniform. Last time aku pakai baju sekolah masa masuk Form 6 sekejap in 1990!
Check out the name tag; siap ada lencana sekolah tu kami design!
We went prepared - bunting, the uniform, the on-screen presentation - memang best ah!
Some of my boys memberikan sokongan padu!
Then bila sampai masa pengumuman, WE WON!!! Menang 50K lagi! Dapatlah fund untuk buat pilot episode! Hoooreeeeyyyy!!!!
Aku terima mock cheque RM50,000 dari the organiser!
Wajah-wajah keriangan selepas menang .
Poster 2 Hostel Blues - words by Bob, design by Aie
Epilog:
Sebelum pitching, Aie left to do other things. Tapi Allah yang maha pemurah perkenankan aku berjumpa teman lama Yon a.k.a kartunis Tembakau. Dulu masa kami kenal, aku kat UM, dia kat UIA. Tapi itu cerita di awal 90an. Lama dah tu. Tup-tup, jadi rezeki bertemu semula dalam dunia animasi.
Episode 1 Hostel Blues aku teruskan productionnya dengan team yang sama, dengan Yon sebagai sutradaranya. Satu sen pun hasil kemenangan itu tidak kami ambil, kesemuanya jadi cost untuk menghasilkan Episod 1 tu. The result, memang best! Gila kau, kombo aku & Yon - takkan tak mantap bro!
Tapi pihak management Animatrix Studio tak mahu terus perjuangkan Hostel Blues, mainly sebab diorang gagal untuk nampak financial revenue yang boleh dihasilkan dari siri ini walaupun kalau diteruskan, memang boleh jadi lubuk emas yang mampu generate income yg banyak. Dan yang lebih utama, kompeni tu takde duit untuk finance such a project. Biasalah, kompeni Melayu... layu!
Aku pun dah blah dari situ. Sungguh maha hebatnya Allah, sekarang aku bekerja satu studio dengan Aie, walau berlainan project.
Tapi yakinlah, this is not the end of it all... aku & Yon (mana tau, maybe Aie sekali) akan terus berkarya bersama-sama.
Tunggulah buah tangan dari kami, insyaallah by next year.