(*sorrylah kalau korang penat tunggu this part of my trip to Iron Maiden's concert last Feb. Gua sibuk kerja, bai! Lagipun, untuk menulis, moodnya kena betul.Dan sebenarnya aku malas).
15th February 2011
1.30 pm
We got past customs kat Changi Airport and naik adjourning bus to the MRT station. Aku yang dah lama gila tak gi Singapore mulanya suspen-suspen nak isap rokok bila keluar dari airport, tapi tengok ada satu group brader yang nampaknya akan jugak ke concert isap rokok ramai-ramai, aku pun sempat light up sebelum naik bas.
For this trip, aku bawak 2 packs of Marlboros, since aku tak mahu duit aku habis on unnecessary things, especially since aku yang bengap pergi tukar S$200 je kat LCCT tadi.
I plan to get concert T-shirts for Si Kembar & Malek, sorang lagi abang ipar gua yang rock. Tanpa perlu explanation, of course I'll get one for myself. I keep telling myself, "ini Singapore, Bob, sure kat booth jual merchandise accept credit card."
Kalau card hutang diterima, aku boley beli baju lebih sikit untuk kawan-kawan yang kirim air liur.
2.15 pm
Lepas bertukar-tukar MRT, (Chik is the mission leader untuk part nak sampai ke Stadium, aku dok bodoh ikut je sebab aku tak tahu nak pergi camna), finally kitorang bertiga sampai kat satu masjid dekat-dekat dengan Arab Street tengah2 city.
Kitorang terbalikkan baju rock kami & wore it inside out baru masuk masjid. Rock, rock jugak, rumah Allah kena hormat. Masa semayang, aku berdoa sungguh-sungguh pada Allah mintak ampun sebab: a) aku nak gi tengok show Maiden; b) aku jamak solat sebab nak pergi konsert nih.
Lepas tu, kami went for lunch dan berjalan semula ke MRT station. Next destination: Singapore Indoor Stadium... Yeeeehaaaa!
Lepas naik MRT sampai a few stations, Mission Leader ajak transfer train naik linkchain lain nak ke stadium. Aku & Haziq ikut je.
Sekali sedang kami tengok direction kat satu station, ada dua orang mamat ni lalu dekat-dekat kitorang. Sorang pakai baju Maiden, alih2 sorang lagi pergi pakai baju Metallica pulak.
Aku & Chik baru start kutuk-kutuk cakap mamat Metallica tu tersalah concert, sekali brader yang pakai baju Maiden tegur kami.
"Ni brader pakai baju Maiden nih mesti nak gi concert. Kitorang follow boley?"
So our group now jadik 5 orang.
Mamat baju Maiden nama dia Zouk. Baju Metallica nama dia Rizal, kalau aku tak salah. Dua-dua kerja offshore. Umur baya-baya aku gak.
Mulanya aku tak la minat sangat nak tahu pasal mamat-mamat nih, tapi ada something yang diorang beritahu kat kitorang yang buat aku terkedu sekejap.
Zouk & Rizal told us yang diorang nih datang all the way dari Kelang dengan takde ticket konsert pun lagi! Nature kerja diorang menyebabkan diorang tak sempat nak beli ticket, and they told me, diorang gamble je datang dengan harapan dapat beli ticket kat stadium nanti.
"Kalau takde ticket, dapat dengar sound dari luar pun okay lah, Bob. Ini Maiden, nih," si Zouk kasitau.
Aku terus teramat impressed & automatically suka kat diorang berdua. Ini barulah pengabdian namanya!
Sungguh tak sangka on this trip aku akan jumpa fans yang betul-betul bersemangat 'Detroit Rock City'!!!
Itu jam, kalaulah aku nih Bruce Dickinson, aku akan make sure si Zouk & Rizal nih dapat terus masuk stadium sebelum orang lain, then pastikan diorang dapat lepak betul-betul depan stage tengok gua perform.
"Gua doakan luorang dapat ticket, bai," kataku dengan seikhlas hati.
3.45 pm
Keluar je dari satu MRT station, terus kami nampak concert venue. Dada gua terus berdegup kencang. Sampai pun akhirnya!
Zouk & Rizal bid us farewell as they kelam-kabut went ticket-hunting.
Tetiba aku & Chik ditegur pulak oleh some young ones. "Brader otai, meh join sekali amik gambar dengan kami."
Dalam tak kenal, kitorang mula pose sekali dengan budak2 nih. Otai tak otai, kat sini, semua rockers.
We are amongst friends!
(bersambung)
No comments:
Post a Comment