Tuesday, June 9, 2009

'NO SMOKING & DO NOT SQUAT'

kat opis gua sekarang, ada suatu kelainan dari studio2 lain yang aku pernah keje dulu ~ smoker hanya ada 2-3 kerat je. kira golongan minoriti la kami.

dari mula masuk keje, aku dengan selamba badak akan merokok dalam toilet setiap kali aku berak. smokers lain mungkin buat gak, tapi curi2 kut.

tapi seminggu dua ni, lepas gua berak, keluar je dari toilet, mesti ada akak2 admin & HR jeling2 aku sambil batuk2 yang aku rasakan adalah lakonan tak bermutu sebab memang tak real. sebijik batuk dalam drama melayu.

so semalam pagi (Isnin), bila aku masuk toilet je, sebelum aku nyalakan rokok yang aku kepit di bibir, aku terbaca kat atas notice yang tertulis "DO NOT SQUAT" (ditujukan buat orang yang tak reti guna jamban duduk) ada ditampalkan tulisan tambahan ~ "NO SMOKING".

ayat baru ni aku rasa memang ditujukan khas untuk aku.

apalah nasib, nak merokok sambil berak pun tak leh dah!

mungkin satu hari nanti akan keluar lak notice baru berbunyi mcm ni:

"KALAU NAK KENCING JANGAN BERAK SEKALI; KALAU NAK BERAK, TAK BOLEH KENCING DI MASA YANG SAMA"


itu jam, mampus!

4 comments:

Cikgooden said...

kenapa mesti smoking time berak?..saja la tanya..he he he

Bob Danial said...

tak tau la bro, sama lah kenapa lepas makan mau smoke? taik tu senang keluar kut, tolak dek asap?

Unknown said...

bestnya berak kat animatrx hsap rokok takde sapa marah/

Cikgooden said...

dah kurang rokok, isap paip pulak..ha ha ha