Friday, February 27, 2009

Waaa, Lu Manyak Teller, ah?

Kalau korang free-free, silalah tengok news pasal gua:

http://www.worldsgreatestbusinessmind.com/20090225-Bob%20Danial-Sabudin-create.html

Sekian terima kasih.

Sunday, February 22, 2009

Chi-Chi-Ko-Chin


Hari ni best.

Siang tadi aku jalan-jalan dengan Nen ke Sunway Pyramid lepas gi umah Mak & teman Nen buat keje kat opis ("Hari Ahad pun nak kena keje," aku pikir, terlupa pulak yang sebenarnya, banyak bulan gak aku keje hari Ahad!) .

Bulan ni banyaklah sikit peluang pergi 'pakto' dengan Si Comel-Comel aku. Gi Melaka, balik PD, lepak sama-sama on weekends. Bagusnya, bila jarang dapat the opportunity, tu yang buat setiap outing kami amat significant pada aku.

Seronok tau dating dengan isteri tersayang - Aku notice lawak2 aku pun lebih fresh sekarang, Nen gelak terkekeh2 (*Note: Bob lu memang kelakar, bai!) walau lepas tu dia cakap aku buat lawak bodoh.

Bila dia gelak, worthwhile rasanya aku buat aksi2 beruk tu.

Dan aku hepi.

Sekian terima kasih.

Wednesday, February 18, 2009

Selalu Macam Ni...

Sekarang ni aku ada masa untuk melayan salah satu aktiviti leisure favourite aku - gardening.

Pagi2 aku akan siram bunga, weeding n salin pasu untuk pokok2 yang ada potensi membesar lagi.

At least, dapatlah berpeluh sikit badan aku, as nak bersukan, tulang & sendi tak cukup power dah dek gout ni.

The last 6 months of 2008 Nen & aku lepak umah Mak Mertua on weekdays - and kami hanya balik Saujana Utama on weekends. As a result, habis tak berjaga rumput & my plants.

So aku tengah syok nak bela balik projek buku hijau aku ni. Rumput dah diupah potong minggu lepas, tepi rumah dah tak nampak macam safari Afrika lagi.

Pagi tadi gua dah siram air; sekali dalam pukul 3 petang panas sangat cuacanya (agak2aku dah seminggu tak hujan). Aku pun siram lagi seround.

Abis menyiram air, 20 minit lepas tu, tetiba hujan turun lebat kaw2.

Selalu macam tu.

Habis je cuci kereta/siram bunga/jemur pakaian, selalunya, masa tu lah yang hujan akan turun selebat-lebatnya.

Apa boleh buat, terima je lah.

Lagi penting Allah tak sekat rezeki hujan buat kita semua.

Tuesday, February 17, 2009

What I can't be today, I can be tomorrow!


Alhamdulillah, today was good.

Benda2 yang perlu utk job backdrop concert show berjalan lancar setakat ni. Dah dapat all the music files and distributed to my guys. They're gonna be on top of it by tomorrow, Allah permits.

And I had a very positive discussion with some people offering potentially good career prospects petang tadi. Apakah pula yang akan Bob lakukan sekarang? Kita nantikan apa kesudahannya...

To highlight lagi how productive today was, masa drive balik rumah abis semua kerja, sekali bila aku play je the cd, keluar lagu yang memang sajak benar dijadikan background music untuk highlightkan mood aku masa tu.

Yup, it was Paul Weller's 'Changing Man.' Music best, lyrics outstanding. Baca the lyrics kat bawah ni to see what I mean:

Is happiness real?
Or am I so jaded?
I can't see or feel - like a man been tainted
Time is on loan - only ours to borrow
What I can't be today - I can be tomorrow
And the more I see - the more I know
The more I know - the less I understand.
I'm the changing man - built on shifting sands
I'm the changing man - waiting for the bang
To light a bitter fuse.


I kept thinking, "waiting for the bang to light my creative fuse?"

Anyway Mr Weller, great song, man!

You dig me now, brader?

****************

*Note : Who is Paul Weller?

Paul Weller (born John William Weller 25 May 1958, in Sheerwater, near Woking, Surrey), is an English singer-songwriter.
Weller was the leader and creator behind the formation of two successful bands,
The Jam (1976-1982) and The Style Council (1983-1989), before starting a successful solo career in 1990.[1] He has remained essentially a national rather than an international star, possibly because much of his songwriting is rooted in British culture. He is also the principal figure of the 1970s Mod revival and is often called the Modfather.[2]

From Wikipedia




Monday, February 16, 2009

Kesian kat Palestine, tapi aku tetap gak!


Lepas apa yang terjadi kat Palestine baru-baru ni, aku join jutaan umat Islam yang lain seluruh dunia untuk ban produk-produk yang owned by the Jews.

Takde dah McD, KFC, and basically all US-owned fast food untuk aku. Tesco memang aku tak jejak dah langsung.

In fact, punyalah benci aku kat Yahudi ni, sampaikan bila driving, aku tengok mana2 kereta plate 'JEW ****' pun gua naik hangin!

Semangat betul aku kali ni.

Tapi semalam gua tersentap bila Nen tak mau belikan rokok yang aku kirim bila dia nak gi kedai.

"Setiap rokok yang you hisap contribute untuk penderitaan kanak-kanak Palestin," lebih kurang macam tu Nen cakap dengan gaya ala-ala Rafidah Aziz.

Gua terdiam. Terbuku kesal di hatiku.

Tapi aku kembali senyum bila ternampak kotak rokok baru ada atas fridge bila Nen balik dari kedai.

Sayang betul Nen kat aku.

Dan memang celaka betul la Yahudi ni!

Sunday, February 15, 2009

Eh Bob, lu apa cerita? (Part 2)

"Dah tu, sekarang apa bikin, Bob?"

Satu lagi frequently asked question dalam hidupku laa nih.

Haritu sebelum aku blah, studio manager ada offer aku untuk datang keje balik selepas aku rehat. Apa-apa hal pun, February ni, aku mintak jangan dikacau. Hell, I really need the rest. Whether to return to the same project - ni cerita untuk hujung bulan ni nanti. Kalaulah ada cerita. Wallahualam.

Tapi ada sesuatu yang menarik ingin aku kongsikan.

Apa yang terjadi pada aku dalam tempoh 2 minggu yang lepas ni memang layak diklasifikasikan sebagai 'Divine Intervention' (ketentuan Ilahi).

Just as I was planning to bum around kaw-kaw this month, melopong sagu dok kat umah hari-hari watching repeats of endless boring shows on Astro, ketetapan Allah swt lebih nyata.

DibukaNya untukku punca rezeki dari satu sumber yang sememangnya tak pernah kufikirkan.

Alhamdulillah aku & friends dapat satu job kecik tapi high-profiled; providing the backdrops and slide show for a concert show. Insyaallah next month ada gaji! Hahahaha!

It seems that I'm back at doing what I am naturally good at after these years of experience - project management.

Also, this small project triggers more than that in me, actually - a realisation surfaced. Apa bendanya yang aku realised tu, takyahlah nak kasi tau satu dunia.

Anyway, with this realisation, I began working seriously on storylines, concepts and proposals for the many ideas kept too long in my head.

I revised (lagi!) script untuk short animation feature yang lama tergendala sebelum ini. Biar sampai aku betul2 puas hati, bai!

Aku jadi seronok balik, enthusiastic and refreshed bila ada masa macam ni (and the clearness of the mind, of course) to do what I love most about the animation world ni - to write and develop stories.

Kepala aku pun lega sebab kurang serabut sikit dengan cerita2 dan idea yang lama kubiar menjalar dalam ruang2 benak aku ni.

"Dah tu, lu masuk keje balik ke bulan 3 ni, Bob?"

Potong stim betullah!

Saturday, February 14, 2009

Eh Bob, lu apa cerita? (Part 1)

Aku ada ditanya kawan2, "kenapa lama tak update blog, Bob?"

Ni jawapannya:

Sejak aku resign dari VA, officiallynya dah 2 minggulah aku 'tak bekerja'.

So apa aku buat sepanjang 2 minggu pertama February 2009??

First thing I did was to go back lepak dengan Abah kat PD that weekend.

The past 6 months I was working on the CJthe DJ project, jarang sangat dapat balik jumpa the old man. Memang rasa guilty tak dapat jalankan tanggungjawab aku as anak sulung sepanjang 2nd half 2008.

Sebab tu bila-bila boleh, memang aku akan balik PD punya.

Salah satu seronoknya balik PD adalah experience ke kebun di Lukut dengan orang tua tu.

Kebun tu tak la luas sangat, pokok2 pun tgh membesar lagi. Hasil yang dah dapat rasa hanyalah rambutan dari 4-5 pokok. Kebun kami tu kat lereng bukit. Dah tu ada kolam kat tengah-tengah.

circa 2008


Abah start tanam semua pokok buah2 ni bila dia settle down kat PD lepas pencen. Abah siap upah sorang brader utk jaga kebun, letak baja, siram air, potong rumput. Sekarang ni siap dah ada jalan tar ke kebun, lagi cun.

Petai, durian, langsat, manggis, duku, pulasan, jering,
pisang, pamelo... ("sebut limau barli kan senang, 'Bah!")


Sebab jarang balik, aku hanya akan nampak betapa pokok2 yang Abah tanam makin besar on every visit.

Dec 2008 - lepas hujan, kolam overflow


Kebun ni memang projek besar Abah.

Sampaikan anak2 ikan Abah tetap beli & lepaskan ke dalam kolam walaupun last2, ntah sapa2 yang curi masuk kebun & pasang jaring. Dia seronok, & aku adik-beradik layankan je asal dia hepi.

Encik Sabudin bergaya di kebunnya

So, selain melayan pokok2 buah, satu lagi aktiviti optional bila ke kebun adalah memancing.

Cousin gua Pak Tam

Kalau pasang kail, insyaallah dapat punya!

Aku personally takde kesabaran nak memancing ni (dah lah kat opis asyik kena menunggu kerja yang tak siap2, lagi mau dok melopong tunggu ikan makan umpan? Tak payah lah, bai! Banyak benda lain aku boleh buat).

Aku adik beradik cuma ada cita-cita nak tambah satu je kat kebun ni - one day kami akan bina rumah di kebun Abah ni, untuk keluarga kami dan tetamu lepak bila musim buah.

Lagi best kalau rumah tu nanti dibuatkan sekali balcony so boleh memancing terus dari atas.

Mana nak tahu, kut esok dah pencen, aku pulak yang selalu pergi kebun?

Kurang-kurang ada port nak lepak!

Bayangkan rumah tepi rumpun bambu - cantiknya visual!