Wednesday, February 24, 2010

Requiem : Baba Hazdi Baba Zain



People say life begins at 40.

For my friend Baba Hazdi Baba Zain, his life ends at 40.

Yesterday he underwent a simple tonsil removal operation.

Should have been a no-biggie.

But complications arise after the surgery.

As Fate has it, it's Baba's check out time.


******************

Alhamdulillah, I got to bid him goodbye at his funeral today.

There were other friends from 3rd College, UM, too.

All found it difficult to believe how it ended for Baba.

Farewell, brother.

You will be sadly missed.

Your good sense of humour will be remembered.

Sleep peacefully within Allah's love and care.





Monday, February 22, 2010

ikhlas/syukur



Balik beli rokok kat kedai Mamak bawah opis nih, aku bertembung dengan seorang Achi (baca: India) Guard yang lama tak jumpa.

"Wah, baguslah, Tuhan sudah kasi kaki awak baik... Tak payah pakai tongkat lagi!" katanya dengan expression muka yang aku nampak amat gembira sekali.

Aku agak terkedu sebab Achi ni masih ingat aku.

Dulu, selalu gak aku sembang2 dgn dia kat Ground floor sambil sebelah tangan aku pegang rokok dan sebelah lagi pegang tongkat. Masa tu aku tengah nak recover dari a really nasty gout case.

Kebetulan aku ni menang suka bertegur dan layan sembang dengan Pak Guard, Makcik Indon Cleaner, Mamak Kedai Runcit, Brader Maintenance Building dan Mamat Despatch, so aku pun stop layan Achi tu sembang kejap.

Yang amat mengkagumkan aku, tak habis2 dia cakap, "sudah sihat, mesti selalu trimakasih sama Tuhan."

Tersentap rasa insaf pada kata-kata Achi baik hati itu.

Dari kata-kata itu jugak, terbit rasa kesyukuran on-the-spot kepada Allah sebab aku sihat. Dan gemuk. Dan hepi.

Naik je ke ofis, tak cerita banyak, aku terus Asar.




Wednesday, February 17, 2010






kulit limau penuh di tong
tanda tamatnya Chinese New Year;
semua orang sila mula kerja keras
semula sampailah 25 haribulan nanti;
26 haribulan Maulidul Rasul
kita cuti panjang lagi.







Di Jalan Yap Kwan Seng, KL



Dalam sialnya Jalan Yap Kwan seng yang berkemungkinan besarnya adalah stretch jalan terpendek kat KL yang paling teruk jem, ada gak bestnya.


Sejak aku kerja kat sini, selalu gak berlaku berbagai incidents. Sometimes, I get to witness them. And if I'm lucky, sempat ambik gambar sekali.

Kasi bacalah sendiri. Visualnya pun ada.



1) Operasi DBKL angkut motor sepanjang YapKwanSeng

Hari Khamis 11 Feb sebelum Raya Cina, sedang aku breakfast kat kedai mamak seberang bangunan Ambank, tetiba suasana harmoni jadi sedikit kecoh.

Rupanya, DBKL buat operasi angkut motorsikal yang diletakkan kat tepi bahu jalan.



Semua orang kat sini tau yang kebanyakan motor tu memang budak2 despatch park sementara nak selesaikan urusan kat bank atau kat Megan Avenue 2 ni.

Ada at least 6 orang brader despatch yang motornya kena angkut pagi tu.

Aku kesian tengok brader2 tu terpaksa bertekak dengan pegawai penguatkuasa yang berlagak ala-ala samseng dalam cerita Melayu lama. Mula2 depa merayu, tapi bila pegawai penguatkuasa mula berkasar, suasana jadi tegang.

Aku perasan, regardless tuan motor datang berkejar, DBKL tetap angkut motor ke atas lori depa dengan hati yang kering.



Patut mau timbang rasa la sikit, kalau tuan motor dah datang, janganlah diangkut motornya.

Pikir la sikit, banyak sangat ke gaji budak2 despatch ni? Plus dengan meletak motor kat bahu jalan ni, sebenarnya motor diorang ni tak mengganggu lalu lintas pun. Macam manalah budak2 despatch ni nak bekerja tanpa motor? DBKL ni akai tarak ka?

Yang selalu buat jem teruk kat sini adalah kereta yang parking haram tepi jalan sampai habis orang lain semua sempit nak bergerak.

Yang si ikan bilis, korang ambik tindakan serius. Yang kereta besar park tepi jalan sampai sesak, nak letak saman pun korang tak berani ye?



Memang betul la, rakyat yang susah didahulukan part2 kena ambik tindakan ni.

Double standard betul!




2) Orang UMNO meroyan kat depan Kedutaan Australia.


Recently, cabinet ministers of Australia ada buat statement suruh kerajaan dropkan case against Anwar Ibrahim pasal kes toron tu.

Tadi pagi, tengah aku breakfast di kedai mamak yang sama, sekali aku perasan ramai la pulak polis kat kedai mamak tu. Yang geng FRU pun ada sekali.

Sekejap lepas tu, dengar kecoh2 macam orang ramai berarak.


Rupanya UMNO buat demonstration kat Australian Embassy membantah campurtangan cabinet Australia tu.


Bunyi gegak gempita, aku syak ini geng Pemuda nih. Terdengar bisik2 orang kat tepi aku kata KJ dan geng mamak dia yang jadi kapla demonstrasi ini. Padan la macam keling karam!




Bila aku amat-amati, rupanya adalah dalam seratus lebih je orang yang join. Yang ramainya adalah orang-orang yang memang kerja kat kawasan nih dok memerhatikan macha2 & mapley2 UMNO terpekik terlolong, "Australia, mind your own business!"

Aku hairan.

Bukan UMNO patutnya parti politik pilihan ramai ke? Takkan dapat kumpul seratus lebih umat je untuk demo ni??

Ini bukan demonstrasi yang kecik2 anak patutnya.

Orang luar nak hina keputusan kerajaan dan mahkamah Malaysia tu!! Aku expect at least 1000 orang dalam demo pagi tadi, rupanya betul2 melukut tepi gantang, macam melepaskan batuk di tangga je rupanya.






Dengan hanya seramai ni je menjerit2, korang ingat mamat Australia tu semua takut ke kat korang?

Lain lah kalau korang sembelih kangaroo, campakkan kepala menatang tu kat depan pagar kedutaan depa, mungkinlah kecut telor mat saleh keturunan banduan tu semua.

Apa daaa! Buang karan je!!




Friday, February 12, 2010

Bob's First Day Back At Work



Habis je cuti, pagi Selasa aku masuk office balik, all refreshed and clear-headed.


Alih-alih tengok, pen aku bocor, dan pocket shirt aku ada corak ink!

Terus potong stim di pagi hari gua!



Ini bukan kerja David Blaine...



Beberapa kali gak aku pernah baca pasal kes macam ni di surat khabar.

Kat berita di TV pun pernah keluar cerita lebih kurang sama.

Jadi kat Kelantan, kalau tak salah aku.


Sungguh tak sangka pulak kejadian semacam ini boleh terjadi pulak pada kerabat aku sendiri.


29 Januari yang lepas, dalam pukul 8 lebih sebelum balik kerja, aku terima MMS dari Ijan adik sepupu gua berserta message:


"Sejadah sujud di rumah Nenek
kat kampung sebelum maghrib tadi."



"Biar betul," aku pikir.


Tak puas hati, aku call Ijan.

Dengarnya satu Kampung Janging gempar; orang ramai datang nak melihat insiden ini yang terjadi di umah arwah Nenek aku di PD.

Aku diberitahu, sejadah usang yang lunyai itu dijumpai dalam posisi keras dan tegak tatkala hampir maghrib di bahagian atas rumah (rumah kampung selalu ada 2 bahagian utama ~ rumah bawah adalah common area untuk semua orang lepak, dan bahagian atas pulak tempat yang selalunya direservekan untuk menerima kunjungan tetamu).

Bila diangkat, sejadah tu dikatakan amat berat sekali lalu dibiarkan terus keras sementara orang2 surau dipanggil untuk bantu settlekan masalah ini.


Dengan izin Allah, Imam surau kampung dapat meleraikan kain sejadah itu semula.

Penghuni rumah semua dilaporkan suspen maut dan akhirnya tidur beramai-ramai di rumah bawah malam itu.

Aku pun tak tahu nak kata apalah.

Korang tengoklah visualnya dan nilaikanlah sendiri kejadian nih.




Bagi aku, peringatan dari kejadian ini senang saja:

Jangan tinggalkan solat. Ingat Allah selalu.

Wallahualam.


Sorry ye, gua bukan pandai pun nak kasi sekolahkan lu orang.







Tuesday, February 2, 2010

Pengembaraan Bob Membaharui Pasport (Part Deux)


(Atas permintaan lu, Faiz, gua sambung kasi habis)

Masa aku nak renew pasport di Pejabat imigresen Terminal 3 Airport Subang, sekali IC aku rupanya rosak dan takde data dapat dibaca dari chip padanya.

Aku terpaksa ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Plaza Masalam Shah Alam dari Terminal 3 pada pukul 1145 pagi untuk buat IC sementara pulak. Dah ada IC sementara & Surat Beranak, barulah akak Imigresen tu akan process pasport gua.

Kaki kiri aku yang telah ter'pop' sebab beratur lama mencucuk-cucuk sakitnya.

Tapi aku kuatkan semangat, makan painkiller 2 bijik & terus drive laju2 ke destinasi baru.

Sampai kat Plaza Masalam dekat tengahari sangat dah. Terhincut-hincut aku mengheret kaki ke tingkat 2.

Sampai kat JPN, aku lega bila usha tengok tak ramai orang sangat.

Masa di situ, aku perasan semua orang baik dengan aku. Ada brader tahankan pintu lift,masa menunggu giliran, aku dapat duduk kat depan sekali, dan pegawai kat situ sabar je tunggu aku berjalan slo-mo ke kaunter.

Aku suspect diorang ingat aku ni OKU sebab jalan macam Si Capik.

Surprisingly, by 12.30, urusan aku siap kat situ. Alhamdulillah.

Tapi bila aku tengok IC sementara gua, terus aku bengang kat brader yang ambik gambar gua.

Gua tau la gua gemuk, tapi apasal ko pergi 'distord'kan gambar aku sampai nampak lebar semacam Jabba the Hut la pulak.

Aku tak kuasa nak bising2 sebab masih ada benda lagi nak kena kejar ni.

Next task, aku kena balik Saujana Utama pulak untuk ambik Surat Beranak bagi membolehkan pasport di processkan.

Yang amat aku tak paham, katanya sekarang semua computerised, takkan info aku takde kalau di'key-in'kan number IC? Yang mengada2 nak Surat Beranak ni apasal la pulak?

Tapi macam tu lah gomen, kalau banyak soal, nanti diorang buat keje lagi lah macam sial, so aku pendamkan je lah semuanya.

Secara bersusah payahnya, aku pop-up sebijik lagi painkiller dan drive balik Saujana Utama. Nasib baik Surat Beranak kat umah, dan bukan , say, kat Port Dickson ke.

Sampai rumah, aku rest cuba kurangkan sakit di kaki, tapi painkillers tu mula buat mata ni mengantuk sangat.

Aku terlelap kejap, sedar2 dah pukul 2.30 ptg. Sepantas cacat aku keluar balik menuju ke Imigresen Terminal 3 Subang.

Kelam kabut aku heret kaki yang sakit ke Kaunter 3 tempat Cik tadi tu.

Bila sampai, aku beri dia segala benda2 yang diperlukan tu, dan membayar RM100 untuk dapat pasport 2 tahun.

Luluh hati ini bila Cik tu kata kat aku, "hari Isnin nanti datang collect pasport Encik antara pukul 8 pagi sampai 4 petang ye?"

Aku buat muka paling kesian dan beranikan diri tanya Cik tu, "hari ni tak boley siap ke, Cik?"

Cik tu senyum seketika kat aku, dan terus berkata lagi, "hari Isnin nanti datang collect pasport Encik antara pukul 8 pagi sampai 4 petang ye?"

Aku tak terkata apa2 dah selepas apa yang aku lalui hari tu.

Isnin pun, Isninlah.