Tuesday, February 2, 2010
Pengembaraan Bob Membaharui Pasport (Part Deux)
(Atas permintaan lu, Faiz, gua sambung kasi habis)
Masa aku nak renew pasport di Pejabat imigresen Terminal 3 Airport Subang, sekali IC aku rupanya rosak dan takde data dapat dibaca dari chip padanya.
Aku terpaksa ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Plaza Masalam Shah Alam dari Terminal 3 pada pukul 1145 pagi untuk buat IC sementara pulak. Dah ada IC sementara & Surat Beranak, barulah akak Imigresen tu akan process pasport gua.
Kaki kiri aku yang telah ter'pop' sebab beratur lama mencucuk-cucuk sakitnya.
Tapi aku kuatkan semangat, makan painkiller 2 bijik & terus drive laju2 ke destinasi baru.
Sampai kat Plaza Masalam dekat tengahari sangat dah. Terhincut-hincut aku mengheret kaki ke tingkat 2.
Sampai kat JPN, aku lega bila usha tengok tak ramai orang sangat.
Masa di situ, aku perasan semua orang baik dengan aku. Ada brader tahankan pintu lift,masa menunggu giliran, aku dapat duduk kat depan sekali, dan pegawai kat situ sabar je tunggu aku berjalan slo-mo ke kaunter.
Aku suspect diorang ingat aku ni OKU sebab jalan macam Si Capik.
Surprisingly, by 12.30, urusan aku siap kat situ. Alhamdulillah.
Tapi bila aku tengok IC sementara gua, terus aku bengang kat brader yang ambik gambar gua.
Gua tau la gua gemuk, tapi apasal ko pergi 'distord'kan gambar aku sampai nampak lebar semacam Jabba the Hut la pulak.
Aku tak kuasa nak bising2 sebab masih ada benda lagi nak kena kejar ni.
Next task, aku kena balik Saujana Utama pulak untuk ambik Surat Beranak bagi membolehkan pasport di processkan.
Yang amat aku tak paham, katanya sekarang semua computerised, takkan info aku takde kalau di'key-in'kan number IC? Yang mengada2 nak Surat Beranak ni apasal la pulak?
Tapi macam tu lah gomen, kalau banyak soal, nanti diorang buat keje lagi lah macam sial, so aku pendamkan je lah semuanya.
Secara bersusah payahnya, aku pop-up sebijik lagi painkiller dan drive balik Saujana Utama. Nasib baik Surat Beranak kat umah, dan bukan , say, kat Port Dickson ke.
Sampai rumah, aku rest cuba kurangkan sakit di kaki, tapi painkillers tu mula buat mata ni mengantuk sangat.
Aku terlelap kejap, sedar2 dah pukul 2.30 ptg. Sepantas cacat aku keluar balik menuju ke Imigresen Terminal 3 Subang.
Kelam kabut aku heret kaki yang sakit ke Kaunter 3 tempat Cik tadi tu.
Bila sampai, aku beri dia segala benda2 yang diperlukan tu, dan membayar RM100 untuk dapat pasport 2 tahun.
Luluh hati ini bila Cik tu kata kat aku, "hari Isnin nanti datang collect pasport Encik antara pukul 8 pagi sampai 4 petang ye?"
Aku buat muka paling kesian dan beranikan diri tanya Cik tu, "hari ni tak boley siap ke, Cik?"
Cik tu senyum seketika kat aku, dan terus berkata lagi, "hari Isnin nanti datang collect pasport Encik antara pukul 8 pagi sampai 4 petang ye?"
Aku tak terkata apa2 dah selepas apa yang aku lalui hari tu.
Isnin pun, Isninlah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment