Ni jawapannya:
Sejak aku resign dari VA, officiallynya dah 2 minggulah aku 'tak bekerja'.
So apa aku buat sepanjang 2 minggu pertama February 2009??
First thing I did was to go back lepak dengan Abah kat PD that weekend.
The past 6 months I was working on the CJthe DJ project, jarang sangat dapat balik jumpa the old man. Memang rasa guilty tak dapat jalankan tanggungjawab aku as anak sulung sepanjang 2nd half 2008.
Sebab tu bila-bila boleh, memang aku akan balik PD punya.
Salah satu seronoknya balik PD adalah experience ke kebun di Lukut dengan orang tua tu.
Kebun tu tak la luas sangat, pokok2 pun tgh membesar lagi. Hasil yang dah dapat rasa hanyalah rambutan dari 4-5 pokok. Kebun kami tu kat lereng bukit. Dah tu ada kolam kat tengah-tengah.
circa 2008
Abah start tanam semua pokok buah2 ni bila dia settle down kat PD lepas pencen. Abah siap upah sorang brader utk jaga kebun, letak baja, siram air, potong rumput. Sekarang ni siap dah ada jalan tar ke kebun, lagi cun.
Petai, durian, langsat, manggis, duku, pulasan, jering,
pisang, pamelo... ("sebut limau barli kan senang, 'Bah!")
Sebab jarang balik, aku hanya akan nampak betapa pokok2 yang Abah tanam makin besar on every visit.
Dec 2008 - lepas hujan, kolam overflow
Kebun ni memang projek besar Abah.
Sampaikan anak2 ikan Abah tetap beli & lepaskan ke dalam kolam walaupun last2, ntah sapa2 yang curi masuk kebun & pasang jaring. Dia seronok, & aku adik-beradik layankan je asal dia hepi.
Encik Sabudin bergaya di kebunnya
So, selain melayan pokok2 buah, satu lagi aktiviti optional bila ke kebun adalah memancing.
Cousin gua Pak Tam
Kalau pasang kail, insyaallah dapat punya!
Aku personally takde kesabaran nak memancing ni (dah lah kat opis asyik kena menunggu kerja yang tak siap2, lagi mau dok melopong tunggu ikan makan umpan? Tak payah lah, bai! Banyak benda lain aku boleh buat).Aku adik beradik cuma ada cita-cita nak tambah satu je kat kebun ni - one day kami akan bina rumah di kebun Abah ni, untuk keluarga kami dan tetamu lepak bila musim buah.
Lagi best kalau rumah tu nanti dibuatkan sekali balcony so boleh memancing terus dari atas.
Mana nak tahu, kut esok dah pencen, aku pulak yang selalu pergi kebun?
Kurang-kurang ada port nak lepak!
Bayangkan rumah tepi rumpun bambu - cantiknya visual!
3 comments:
cuba bayangkan kalu ada itik berenang2 kat kolam tu...lagi cantik kan ...kan ???
betul aku setuju! comel jer itik2 itu berenang-renang..
Bob..aku ingat bukan orang la yg kekah ikan2 tu...tapi merang(memerang)...klu ada 5 nam ekorq...seminggu ja depa leh selesaikan sekolam...klu boh itik kena jaga Jebon pulak...tak tau la kot2 PD tak dak Jebon.
Post a Comment