Friday, January 30, 2009

Rockamania

Bayangkan....


Setting: Fun Fair Kg Simee Ipoh. Sekitar tahun 1988.

Opening act, SYJ, baru abis show.

Then turn band aku perform pulak.

Semua dah ready dah ni.

Mat Rock Ipoh dok chaos menjerit2 panggil nama band kami. Merusuh2 depa sampai stage papan rasa nak runtuh.

Vocalist siap ikat scarf kat mike stand; seluar spandex merah, baju rising sun, kasut hi-cut Aliph.
Rambut mengerbang panjang.

Semua band members dah amik position - stage gelap, nampak silhoutte je. Tiba-tiba...

"Boooom!" fireworks berbunyi & kami terus start dengan opening song "Burn -Deep Purple".

Crowd semua hilang akal dan mula headbang.

Memang cun ah, selection lagu semua rock abis (kami main satu je lagu rock jiwang - "Tiada Lagi Air Mata -Helter Skelter", itu pun sebab seluruh lagu tu sebenarnya ciplak dari goreng solo lagu "No More Tears - Helloween").

Sound system mantap (sekali je bass sound hilang kejap sebab bassist tersepak wayar), crowd memang semua dah naik gila, tokeh funfair pun gembira sama dok menari cha-cha sorang2 kat belakang stage.


Tapi....


Tengah2 perform baik punya, sekali suara vocalist sumbang lepas seluar terkoyak masa melompat macam David Lee Roth dalam videoclip "Jump".

Hujan mula turun setitik demi setitik.

Sekali lead guitarist pulak terjatuh pentas bila tergelincir dek stage yang mula basah.

Rhythm guitarist diserang stagefright & lupa chord lagu.

Hujan jadi lebat sungguh. Kilat dan petir mula marak.

Crowd terus menari headbang. Tak perasan music dah tinggal bunyi drums dan bass je.

Memang ada something wrong dengan electrical circuits bila hujan mcm ni.

Bassist terkena karan wayar yang longgar dan tercampak ke drumset menimpa drummer.

Hujan lebat dah develop jadi ribut. Angin bertiup kuat.

Atap zink pentas mulai tercabut.

Mat rock semua jadi takut & panik.

Yang pakai rantai besi Twisted Sister, MSG (Michael Shanker's Group) & Van Halen bertempiaran lari takutkan petir.

Yang pakai talipinggang buckle besi kepala red indian, tengkorak, pakalolo & peluru pun abis menyorok sama.

Ribut makin kuat, hujan makin lebat.

Tokeh funfair kelam-kabut buat announcement ,"Show kensel! SHOW KENSEL OI!"

Huru hara lah komuniti rockers di fun fair Kg Simee.

Konsert berakhir bila seluruh stage tumbang dihempas ribut. Nasib baik masa tu semua Mat Rock dah lari cari tempat teduh.


*******

Hari ni adalah hari roadies mengemas semua peralatan konsert semalam.

Semua speakers dah masuk lori, stage yang runtuh dah dibukak sepenuhnya.

Memang hebat experience show kali ni. Dahsyat!

Hari ni last aku kat Funfair Kg Simee.

Esok harap2 ada show lain kat tempat lain.

Maybe boley jadi opening act untuk Search, Wings ataupun Lefthanded pulak!

No comments: