Tuesday, January 6, 2009

Aku, Nen dan Toilet


Selain kerja, ada satu benda yang signifikan terjadi dalam hidupku hari ni.

Bila aku masuk toilet nak shower pagi tadi, Nen keluar dari toilet, siap dah nak pergi kerja.

So aku terus mandi.

Bila abis mandi, sekali pintu toilet rupanya dah diselak dari luar.

Aku terperangkap.

Flashback balik ke beberapa bulan dulu - macam deja vu, masa tu pun aku terkurung dengan cara yang sama. Masa tu, dekat 20 minit aku stuck dan jadi claustrophobic dalam bilik air.

Untuk kali kedua sejak kami kahwin, Nen 'terkurungkan' aku kat dalam toilet.


Soalan:
Apakah cara yang aku gunakan untuk selamatkan diri kali ini?
(Perlu diingatkan, aku baru tengok 007 Quantum of Solace weekend lepas...)


Jawapan:
Aku menjerit kaw-kaw macam bapuk, sambil ketuk2 pintu toilet bersungguh-sungguh.
Mujur Nen dengar dan cepat-cepat bukak pintu.
Maybe ada jiran yang ingat ada suami kena dera based on jeritan aku yang menghibakan.


Nota kaki:
Nen kena makan kismis minda la, pelupa sangat ni.



1 comment:

Nen said...

muahahaha....dah jadi kebiasaan bukannya sebab lupa.

All i can say is, SORRY....kikiki