Monday, August 31, 2009

Gula & Minyak

Dulu Menteri cakap bekalan gula cukup untuk sambutan Raya.

Dah 10 hari puasa, gula masih kena bercatu untuk dibeli.

Hari ni Hari Kebangsaan.

Dengarnya harga petrol akan naik lagi start tengah malam ni.

Seperti biasa, takde announcement pun.

Ini rupanya hadiah hari kemerdekaan dari kerajaan untuk rakyat.

Kalau orang2 kebanyakan macam aku menentang kenaikan ini, tentu akan dituduh tak patriotik.

Haram jadah.

Apa nak jadi dengan Malaya ni?

Sunday, August 30, 2009

Bubur Pulut Hitam

Ada satu makanan yang amat sinonim dengan bulan ramadhan untuk aku dari kecik lagi.

Bila mula berpuasa je keinginan aku terhadapnya automatik melebihi dari bulan2 lain sepanjang tahun.

Bulan puasa bagi ku tak lengkap kalau tak makan bubur pulut hitam yang sedap.

'Sedap' pulak bermakna kenalah orang yang aku trust untuk membuatnya.

Kalau bubur yang dibeli, sejak dulu mesti ada cacat celanya.

Aku memang amat fussy pasal bubur pulut hitam yang kumakan.

Hari ni aku seronok sangat masa berbuka tadi.

Mainly sebab Nen buatkan bubur pulut hitam mengikut specifications aku yang strict.

Sampai habis aku belasah semuanya throughout the night.

Thanks, Nen... sayang dia!!!!!!

Thursday, August 20, 2009

Bulan Ramadhan yang mulia, umat Islam berpuasa...

Petang ni tengok anak bulan and insyallah kalau tak esok, lusa mulalah ibadat berpuasa di bulan Ramadhan untuk umat Islam seMalaya untuk tahun ini.

Sempena nanti sebulan tak de lunch, my animation team tadi pergi lunch bersama2.

We all went to Kenny Rogers KLCC. Here's some of the photos taken:



Semua macam penyangak; ketua dia brader sebelah kiri tu!








Present:
Gua/Ayie/Iman/Mustakim/Fahmi/Iwan/Reez/Hafiz/Eddy/Sarip/Dera(intern)

Absent:
Zulkarim/Zedd/Andre/Mimi(intern)

**********

Dan bermulalah bulan segala bulan, and kita akan lawan menetang nafsu tanpa sekutunya si syaitan.

Untuk tempoh sebulan ni, kita akan dapati semua orang akan ambik berat maghrib masuk pukul brapa, berbanding bulan2 lain.

Dan untuk sebulan akan datang ni jugak, badan aku akan automatically boley pulak tahan tak merokok di siang hari, berbanding bulan2 lain.

Memang penuh kebesaran, hikmah dan magis bulan Ramadhan ini sesungguhnya.

Just nak inform syaitan2 yang terlepas rantai....

Cubaan korang menggodaku dengan mengajak makan nasi kandar mamak di tengahari akan gagal.

Tingkatkan amal. Moga kita semua diampuni, dikasihi dan dirahmati Allah sentiasa. Amiiiin.

What does your day of birth say about you?

Personality Traits
- Good looking and sexy. (Ini ternyata betul, bai. Hahahahaha... tanya Nen to confirm on this)
- Faithful lover. (also very true)
- Dominating personality. (well, sometimes kut)
- Ambitious towards life. (definitely, although belum jumpa jalan yang senang so far)
- Never give up spirit. (I get knocked down, but I get up again.... and again)
- Smart and well dressed. (well, maybe part ni tak berapa betul...round colat tees & jeans je)
- Forgiving nature. (also very true)
- You like to enjoy life to the fullest. (Of courselah!)
- Outgoing. (Need I say more?)
- Industrious. (Come capitalists, fund kasi gua duit untuk set up my own animation studio!!!)




Tuesday, August 18, 2009

Yoohooo... I know I'm funny...

Nen call aku petang ni, she's om the way dari Melaka.

Nen kasi tau, sinar FM mainkan lagi call aku pagi tadi as promo untuk programme Sinar Pagi.

Bila lak diorang nak upload call aku kat audio clip segment kat Sinar FM punya website ni?

Teruja, teruja.... tak sabar nak dengar suara sendiri.

This proves a point ~ memang gua kelakar nampaknya.

Confirm.

Kejutan yang tak jadi kejutan...

This morning, as on any other working day, Nen dgn aku layan Sinar FM - dgn deejay Salleh Yaakob, Kak engku ngan Khairil (kut?).

Sekali pagi ni topic diorg adalah 'kejutan yang tak jadi kejutan'.

Aku pun call number yang diorg kasi & I got thru.

Cerita aku kena screen dulu dengan sorang awek ni. Dia cakap will call back.

Aku dah sampai opis and tengah edit script when at 9.45am Sinar FM called me back.

Terus aku disuruh tunggu while the jingles were heard over my handphone.

Sekali the line got disconnected.

Shit! aku pikir. There goes my chance.

Then a couple of seconds later, I got another call.

Terus I got connected to Salleh Yaakob & Kak Engku.

Inilah cerita sebenar 'kejutan yang tak jadi kejutan' yang aku ceritakan kat diorang.

Cerita start right after aku & Nen abis tgk dvd 'Ju-On' satu malam.

Nen dari dapur nak terkejutkan aku konon, dia merangkak naik tangga to the upper level macam hantu budak dalam cerita tu.

Dia tak tahu, pada masa yang sama, aku pun merangkak turun tangga dari tingkat atas. Pun ala-ala Ju-On jugak.

Sekali dalam keadaan dua-dua merangkak, kami bertemu kat area tengah tangga.

Nen memang real punya terkejut beruk sampai berjurai2 air mata dia keluar.

Tak berenti menangis teresak2 sebab terkejut n takut.

Aku mula2 gelak besar, tapi bila tengok dia menangis real2, terus rasa tak fun.

Nak pujuk pun serba salah time tu. Palat je...

Itulah kes kejutan yang tak jadi kejutan yang aku & Nen alami 3-4 tahun dulu.

Salleh Yaakob ngan Kak Engku gelak gila kat cerita tu.

Nen yang tengah drive ke Melaka seronok gila cerita ni went on-air.

Dia call lepas tu cakap berdekah2 dia ketawa.

Ayie pun call tanya adakah aku yg dia dengar kat radio. Dia pun sounded happy.

So harap pagi ni ramai orang jadi lebih ceria dengan cerita gua tu.







Friday, August 7, 2009

Cool Signs












Thursday, August 6, 2009

Pengabdianku...

Finally, hari ni aku achieve satu kejayaan yang membanggakan. Aku sekarang adalah seorang Don berlevel 200 dalam game Mafia Wars.

Andailah Mafia Wars ni diumpamakan kerajaan Malaya, at least aku akan berpangkat Datuk Seri, kalau pun bukan Tan Sri.

Kalaulah boley convert main Mafia Wars ni jadi full time job, memang aku dah mampu at least pakai Toyota Caldina.

Hmmmmmmm.....

Wednesday, August 5, 2009

Lebih Sudu Pada Kuah

Malam tadi towards the end of Berita TV3, siap ada berita Rosmah Bini Najib launch website dia.

Siap ada video streaming dia berucap plus gambar2 dia at many functions lagi.

Itu gasak dia lah. Aku tak minat nak tahu.

Tapi bila address website dia keluar, aku baca, si Bik Mama ni siap pakai add gov.my tu.

Dia government servant ke? Menteri ke?

Aku menggelengkan kepala di luar sedar.

Sungguh Imelda Marcos perangai bini Perdana Menteri kita ni.

Tak salah lah brader TukarTiub dok kutuk lu, minah!

Tuesday, August 4, 2009

The Meaning of Friendship


Found something interesting which defines friendship:




What say you?




Sunday, August 2, 2009

Epidermik

Pada hari Ahad lepas, seminggu lalu, sis-in-law aku Suffiah demam teruk. Siap susah bernafas lagi.

Lalu dia dibawa ke Subang Jaya Medical Centre (apa nama barunya, ntah, tak penting utk aku).

Pneumonia dan lung infection didiagnosed initially. Co-incidently, di hospital sama, ada seorang student Suffiah kena admit sama.

Blood test confirmkan satu benda yang kami semua suspect dari awal tapi tak siapa berani nak cakap. Suffiah positive H1N1.

We got to know that news on Wednesday.

We got the call dari Kementerian Kesihatan suruh kami yang tinggal serumah dengan Suffiah mulakan kuarantin di rumah segera. So kami ni pun patuh lah dengan arahan tu, takut2 kami ni infected sama.

Yang menghairankan, hari Khamis, bila kami call mintak surat excuse kerja/sekolah dari Kementerian Kesihatan, boley lak pegawai tu cakap wabak ni dah di luar kawalan, and bermula 10 July lepas, depa tak suruh orang kuarantin dah.

Instead, kalau kami develop any symptoms similar to Suffiah, barulah kami disuruh pergi hospital.

Kalau takde apa2, boleh masuk kerja balik next week.

Alhamdulillah, kami yang lain2 semua okay dan takde demam or sakit. Suffiah pun dah clear dari H1N1 and now berehat di rumah MC seminggu.

Esok aku boley masuk kerja balik, yeaaaay!!!


*****

Sebelum kes Suffiah ni, terus-terang aku mengaku bahawa aku tak begitu ambik pot pasal epidermik H1N1 ini.

Aku rasa macam this is something yang takde kena mengena dengan aku or those close to me.

Bila dah kena, pahamlah aku sebab apa aku (and for sure ramai lagi kat luar sana pun sama) tak begitu ambik kisah pasal H1N1.

Kementerian Kesihatan pun pening semacam je.

Tengoklah macam mana badan yang patut handle epidermik ni buat kerja. Kejap quarantine, kejap tak yah.

College and University students bukann ya kena quarantine on campus, tapi disuruh balik kampung. Tak heranlah semakin merebak wabak ni.

Day in, day out, sampai hari ni dah 6 orang dah mati pasal H1N1.

Kementerian Kesihatan masih takde game plan, aku syak.

Macam ni la Malaya. Kita sentiasa takde masalah.

Selalunya until it's REALLY too late.