Pada hari Ahad lepas, seminggu lalu, sis-in-law aku Suffiah demam teruk. Siap susah bernafas lagi.
Lalu dia dibawa ke Subang Jaya Medical Centre (apa nama barunya, ntah, tak penting utk aku).
Pneumonia dan lung infection didiagnosed initially. Co-incidently, di hospital sama, ada seorang student Suffiah kena admit sama.
Blood test confirmkan satu benda yang kami semua suspect dari awal tapi tak siapa berani nak cakap. Suffiah positive H1N1.
We got to know that news on Wednesday.
We got the call dari Kementerian Kesihatan suruh kami yang tinggal serumah dengan Suffiah mulakan kuarantin di rumah segera. So kami ni pun patuh lah dengan arahan tu, takut2 kami ni infected sama.
Yang menghairankan, hari Khamis, bila kami call mintak surat excuse kerja/sekolah dari Kementerian Kesihatan, boley lak pegawai tu cakap wabak ni dah di luar kawalan, and bermula 10 July lepas, depa tak suruh orang kuarantin dah.
Instead, kalau kami develop any symptoms similar to Suffiah, barulah kami disuruh pergi hospital.
Kalau takde apa2, boleh masuk kerja balik next week.
Alhamdulillah, kami yang lain2 semua okay dan takde demam or sakit. Suffiah pun dah clear dari H1N1 and now berehat di rumah MC seminggu.
Esok aku boley masuk kerja balik, yeaaaay!!!
*****
Sebelum kes Suffiah ni, terus-terang aku mengaku bahawa aku tak begitu ambik pot pasal epidermik H1N1 ini.
Aku rasa macam this is something yang takde kena mengena dengan aku or those close to me.
Bila dah kena, pahamlah aku sebab apa aku (and for sure ramai lagi kat luar sana pun sama) tak begitu ambik kisah pasal H1N1.
Kementerian Kesihatan pun pening semacam je.
Tengoklah macam mana badan yang patut handle epidermik ni buat kerja. Kejap quarantine, kejap tak yah.
College and University students bukann ya kena quarantine on campus, tapi disuruh balik kampung. Tak heranlah semakin merebak wabak ni.
Day in, day out, sampai hari ni dah 6 orang dah mati pasal H1N1.
Kementerian Kesihatan masih takde game plan, aku syak.
Macam ni la Malaya. Kita sentiasa takde masalah.
Selalunya until it's REALLY too late.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sangat sangat setuju!!
Post a Comment