Thursday, October 8, 2009

Di 'Lebar'an Ini....

Hari ni dah Khamis.

Bau weekend dah mula semerbak dalam hati almost semua orang aku rasa.

And since ini masih musim raya, weekend ini jugak ramai orang akan pergi memenuhi jemputan atau membuat open house. Ada yang buat open house big scale budgetnya; ada yang biasa2 je.

Tapi insyaallah semua open house tu akan meriah.

Dan di mana-mana open house pun, semua orang akan makan, gelak, makan, gelak, makan lagi, dan gelak lagi sebelum pulang ke rumah sendiri dengan hati yang riang dan perut yang boyot.

Ironik bukan, apabila nama lain bagi Hari Raya adalah Hari
Lebaran [cuba sebut dengan 'e' taling (e.g ekor), bukan 'e' pepet (e.g.emak)].

Memang terasa sungguh yang badan aku pun semakin lebar dan tebal di Lebaran tahun ini.

Buktinya pulak, pagi tadi seluar kerja aku terasa semakin sendat.

Sebelum raya dulu okay je.



No comments: