Wednesday, December 22, 2010
JAWAPAN MAUT
Aku curik dengar perbualan antara 2 remaja yang sedang bersiap-siap membuka gerai jual jagung pasar malam di sekitar Kampung Lindungan PJ hari Isnin lepas.
Seorang tu agak gemuk (dikenali sebagai 'Gemuk'); seorang lagi muka banyak jerawat (kita panggil dia 'Pipi').
Lebih kurang macam ni la transkripsi nya yang memang aku make it a point to remember untuk disharekan bersama.
Pipi : Final AFF kena pergi tengok kat stadium ni!
Gemuk : Esok kita gi beli jersey Malaysia jom?
Pipi : Aku mana ada duit, ko lain lah, ko anak tokeh.
Gemuk : Itu upah kerja bapak aku kasi la bodoh!
Si Pipi yang sedang cuba memasang payung besar menghadapi kesukaran.
Pipi : (bersusah payah) Oi, camna nak buat ni?
Gemuk : Hoi, pasang payung pun tak tahu?
Pipi : Tolong la oi!
Gemuk : Ko ni bodoh betul!
Pipi : Memang la aku bodoh!
Gemuk : Tahu tak pe!
Pipi : KALAU AKU PANDAI, AKU TAK KERJA UNTUK BAPAK KAU!
Hahahahahaha!
Aku suka jawapan tu! Outstanding, young man!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
memang lawak, macam dialog filem komedi P. Ramlee pulak
Post a Comment