Sebagai orang yang spent 10 tahun pertama hidupnya di Port Dickson dan kini rumah bapaknya di Teluk Kemang, Port Dickson, aku rasa aku berhak tulis pasal the upcoming by-election kat Bagan Pinang.
Dalam punya banyak manusia dan beruk yang ada kat daerah Port Dickson dan Negeri Sembilan keseluruhannya, apasal lah dipilih Mat Isa 'Doraemon' Samad untuk bertanding?
Mat Isa ni confirm rasuah, bai.
Orang UMNO sendiri yg jatuh hukuman kat mamat ketot ni.
Abis tu, pasal dipilih dia ni lagi?
Mesti kes dah takde orang lain dah ni.
Menyedihkan.
Takde orang lain dah ke kat Port Dickson?
Tapi jangan terkejut kalau Mat Isa menang.
Mat Isa patut menang, sebab dengarnya undi askar je dah ada dalam 4,000. Dan kat suratkhabar UMNO cakap dia calon terbaik. Orang Bagan Pinang suka dia.
Dan orang Port Dickson ni, sebagaimana rakyat dari bandar-bandar pertengahan saiz lain dalam Malaysia, masih terlalu mudah untuk dimomok-takutkan dengan cakap2 yang berbunyi, "kalau PAS menang, takde pembangunan lah PD" atau "kalau BN kalah, nanti jadi 13 Mei lagi".
Masih ada lahanat2 yang dok argue macam tu, jangan korang tak tahu.
Macamlah maju sangat Port Dickson sepanjang under BN!
Setakat ada KFC, Pizza Hut, Satay Hj Samuri bukan kemajuan namanya, bai.
Takyah bangga sangatlah dengan PD Walk, Store dan Billion Supermarket korang, kalau weekdays town Port Dickson macam pekan koboi.
Dari time aku kecik lagi dengar cerita nak buat theme park ala2 Disneyland kat PD.
Nampaknya sampai aku mati takkan menjadi kut plan tu.
Korang patut jangan lupa, dulu under BN lah yang kontrak buat toilet kat tepi pantai berharga sampai RM1juta. Aku tak buat cerita. Keluar suratkhabar apa dulu kes ni. Toilet tu pun biasa je, Takde pun keluar air automatik utk cebok berak.
Tapi lama2, kes tu senyap je. Orang semua pun lupa.
Ni Mat Isa dulu yang naik kes beri rasuah nak menang jawatan tinggi dalam UMNO jangan lak korang semua lupa.
Apa la pulak dia nak rasuah orang Bagan Pinang suruh undi dia kali ni?
Yang penting, ramai gak la sedara mara aku kat PD yang akan masyuk disebabkan pilihanraya kecil Bagan Pinang nanti.
Nasihat aku untuk sanak saudara orang Bagan Pinang:
"Kalau diberi duit, ambik, jangan tidak. Hari election nanti pergi
minum rootbeer float kat A&W Lake Garden Seremban lagi bagus"
minum rootbeer float kat A&W Lake Garden Seremban lagi bagus"
2 comments:
Doraemon dan kantung ajaibnya...kah kah kah
Dia ni mana berani bertanding kat Senawang... sebab kat Senawang ada Giant!
Post a Comment