Wednesday, March 18, 2009

Nostalgia Lama - Jubilee Park Ipoh


It's Wednesday.

20 years ago today, aku akan tak sabar nak tunggu Jumaat. Simply because aku akan balik ke STAR naik bas dari Kerteh Jumaat malam & sampai Ipoh Sabtu pagi.
Apa yang nak diseronokkan sangat balik ke hostel, korang pikir?

Haaaa.... bila sampai Ipoh hari Sabtu, malam tu officialnya belum hari sekolah. Orang lain balik Hari Ahad. Maknanya, malam Sabtu tu, malam bebas untuk the few yang balik sekolah awal.

Apalagi, round town lah activity utamanya!
Contrary to popular belief, Ipoh sekitar tahun 1988-89 sebenarnya best.

Dengan berpakaian biasa, kami naik bas dari Taman Cempaka (tapi sebab baru balik dari kg, duit bnyk lagi, selalunya naik teksi), sampai town (masa tu bandar Ipoh, belum bandaraya) lepak Super Kinta or Yik Foong Complex.

Peminat music rock boley pergi jamming kat Pasar Bulat (studio SYJ) or kat satu studio kat pasar besar Ipoh. alang-alang kat Pasar Bulat, usha sekali accessories untuk seorang Mat Rock - buckle besi, studs utk tali pinggang, t-shirt band rock & saputangan 'key'.

Lepas tu pergilah tengok wayang or makan2 kat taman permainan kanak-kanak.

Apa2 pun, last2 sekali, semua orang akan menuju ke satu tempat wajib bila dah puas merayau: JUBILEE PARK. Mother of all entertainment di Ipoh untuk budak2 sekolah macam kami.


Jubilee Park Ipoh -siang tutup, malam happening abis!

Macam2 jenis entertainment ada kat situ. Judi baling dart, baling tin, gelung, mesin capai rokok (alah, yg ada tangan mechanical that you move around to pick stuff - cuma kat Jubilee Park, hadiah dia rokok, bukan teddy bear kecik!) & segala bentuk hiburan ala funfair lah. Mesin ting-tong (video games) pun bnyk, meja snooker pun ada.

Kalau lupa diri, semalaman boley habis duit belanja sebulan!

Di perimeter yang sama, ada pulak satu panggung wayang yang amat famous dengan STARIANS - Panggung wayang GRAND. Grand amat famous sebab tunjuk film 18sx. Of course, subject matternya amatlah mild kalau dibandingkan dgn definition of 18sx sekarang.

So itulah sebab musababnya kenapa Jubilee Park amat famous di kalangan budak2 STAR in the 80's dulu.

And I fondly remember all those Saturday nights sebelum actual school started.



2 comments:

Kewl said...

Ahh..pawagam GRAND..wajib pegi lepas inspection hari ahad..morning show!!!

idan said...

Jublee Park ada panggong sendiri apa nama???