Wednesday, January 27, 2010

Tuesday, January 26, 2010

My new girlfriend


So long, BHB 6356.

U've been good to me.

Hello BKQ 9556.

Welcome into my life.




Friday, January 22, 2010

Same ol' trick


Semalam keluar berita kerajaan mungkin menimbangkan bertindak naikkan harga sampai RM50 sekotak bagi 'membendung gejala' ini.

Hari nih keluar pulak berita yang hanya a small percentage perokok tegar attend quiting counseling sessions which were conducted free.

I am alarmed by what I heard. Hari-hari sekarang ni asyik keluar cerita pasal smokers dan the harms of smoking pulak.

Sebabnya satu je.

Dulu pun macam ni gak.

Mula-mula start keluar statements highlightkan keburukan gula yang berlebihan to our health.

Then muncul a research finding that Malaysians comsume gula banyak sangat.

But just as we start to believe that the government is sincere about the health and well-beings of Malaysians, BOOM! these bastards raised the price of sugar!

I think they are using the same tactics and approach as they did with the sugar price recently.

Based on experience ditipu kerajaan ni, aku rasa harga rokok akan naik dalam masa terdekat.

Dan aku akan bertambah sakit hati kat gomen of the day.

Nanti bila diorang dah naikkan harga rokok sekali lagi, tengoklah, akan adalah menteri bodoh sekor announce yang walaupun begitu, harga rokok di Malaysia masih antara yang terendah di rantau Asia.

Dan jangan komplen banyak. Bukankah harga kenaikan ni tak sampai RM50 seperti mana yang mulanya dicadangkan.

Instead, kita sepatutnya rasa bersyukur yang amat kerana tinggal kat Malaysia.


UNGRATEFUL ~ Itulah label dari mereka untuk orang-orang macam aku.

BABI ~ pulak label untuk mereka yang disebutkan di atas.





Tuesday, January 19, 2010

Pengembaraan Bob Membaharui Pasport (part 1)

Jumaat lepas aku ambil cuti setengah hari untuk renew pasport aku yang dah expired 5 tahun dulu.

Selama ni I had no reason whatsoever nak pergi buat pasport nih, aku bukannya pergi oversea pun lepas dari Cardiff.

Tapi it so happens that family aku semua nak pergi bercuti ke Indon tak lama lagi, so aku pun on aje lah. Sure nanti jadi macam National Lampoon's Vacations. Tapi itu cerita lain.

Anyways, sebab aku sorang je pasportnya dah expired, bapak aku call hari2 dok pressure bila nak buat pasport, bila nak buat pasport, sampai aku hangin nak jadi saiko hari2 dia call tanya.

Aku sampai kat Pejabat Imigresen tepi Terminal 3 Subang pukul 9.20 pagi.

Bapak aku insist suruh aku gi situ sebab tak ramai orang katanya. "Adik pergi buat kat situ, 1/2 hari je dah settle," dengan bijaknya Abah aku cakap tiap kali dia call pasal pasport.

Sekali aku tengok, orang beratur sampai ke luar, bai!

"Damn!" kali pertama terpacul.

********************

Lepas jenuh tanya sana-sini, aku pun beratur la amik form kat Kaunter 1.

Encik kat counter tu, Yahya namanya (aku baca nametag dia) dengan tegas kasi tau semua orang, "lengkapkan borang, kepilkan 2 keping gambar dan 1 salinan IC, bawak sama pasport lama baru saya kasi nombor, ye! Sila beratur kat sana utk ambik gambar & photostat IC."

Macam acara sukaneka, semua orang berpusu-pusu ke mesin tangkap gambar di satu sudut seberang dari Kaunter 1. Kaki ku yang gout mula berkeriut. Sampai kat tempat nak amik gambar, line dah sememangnya panjang. Masa aku sampai ada dalam 18-20 orang dah beratur depan aku.

Protokolnya kat sini pulak adalah, lepas beratur nak amik gambar, once gambar siap, kena beratur pulak nak photostat IC! Pun panjang line nya. Sedang aku berdiri, lutut dan hip aku meletup serentak, sakitnya tak dapat nak cerita.

Pukul 10.20 baru sampai turn aku amik gambar. Lepas je aku siap dishoot, sekali brader yang handle machine photostat tampal note besar "Mesin fotostat rosak!"

Semua orang terkedu beruk. Cina paling depan dalam queue photostat (berdiri sebelah aku) berkata, "Cibai!" dan suasana mula havoc. Abang photostat kena menjawab kat banyak orang yang tak puas hati beratur lama.

Muncul Pak Guard yang dari awal aku perasan berlagak macam pelakon Gerak Khas menenangkan suasana. "Boley pergi photostat kat terminal 3 ye!"

Terminal 3 kat bangunan sebelah and kaki aku dah sakit dek lama berdiri.

"Damn!"

*********************

Orang ramai macam jemaah haji kelam kabut berlumba ke Terminal 3.

Aku tak larat dan terus ke Kaunter 1 balik. Aku duduk dulu.

Sekali dengan heronya (dan selepas rombongan jemaah haji berlepas ke terminal 3), Encik Yahya membuat announcement, "di sini boley photostat ye, jangan berebut2, nanti mesin ni pun rosak."

Aku tak nampak hubung kait macam mana orang berebut di kaunter boleh merosakkan mesin photostat kat dalam area pejabat diorang bekerja, tapi dalam keadaan kaki aku yang sakit, kata2 Encik Yahya memang music to my ears!

Aku pun hulurkan IC yang aku simpan dalam bekas plastic lutsinar. Bila keluar je IC, rupanya dah terbelah dua. Encik Yahya tetap photostatkan dan mintak 30sen. "Ini dah rosak ni," katanya. Dia kasi aku kertas nombor. Bila aku tengok, no 1112. Tengok kat number display, baru 1089.

Pukul 11.25 baru number aku dipanggil di Kaunter 3.

Cik di kaunter 3 mula memproses application aku. Semua okay until bila dia swipe IC aku, "takde data yang keluar, Encik. IC Encik rosak." Dia pandang aku. Aku pandang dia balik dengan muka tak paham. Denyut di kaki tetiba jadi kuat.

"Encik kena ke Jabatan Pendaftaran Negara, buat IC baru, bawak semula ke sini salinan Kad Pengenalan Sementara yang mereka beri, berserta salinan Surat Beranak, baru saya boley proses," kata Cik Kaunter 3 lagi.

Hati kecilku berkata, "What the fuck!"

"Pejabat Pendaftaran terdekat di Plaza Masalam Shah Alam ye Encik."

Menyedari muka aku berubah kelat agaknya, her words of consolation kat aku adalah, "kalau Encik dapat selesaikan semuanya hari ni jugak, Encik terus jumpa saya karang untuk proses pasport baru Encik. Tak payah beratur."

Semuanya terasa begitu surreal tatkala aku mengheret kaki kiriku yang dah mula naik bengkak goutnya ke kereta.

"DAMN!"

(bersambung...)

Monday, January 11, 2010

If I sleep happy, will I wake up smiling?



Today I made a big decision.

Not an easy one, sebab it affects orang yang paling aku sayangi.

Tapi aku dah tak tahan lagi menanggung apa yang berceramuk dalam hati ini.

Kejutan pertama was when I told Nen hajat hati aku ni.

Surprisingly, dia langsung tak marah kat aku.

Bukan kecik2 benda yang aku inginkan ni.

And aku semakin terkedu when she said, "okay".

Aku automatic rasa nak menari Pak Maun je bila dah dapat sign-off dari Nen, tapi aku buat2 cool.

Nanti kalau Nen nampak aku seronok sangat, mungkin dia akan ubah fikiran pulak.

Hati aku menangis suka dalam kesyukuran.

Sungguhlah aku amat bertuah dapat isteri yang amat memahami.

Thank you Nen.

I love you, sayang....

Abang janji takkan abaikan tanggungjawab Abang.


Saturday, January 9, 2010

... lahir merdeka tapi berjiwa hamba!



It so happens hari ni ada dua orang mat saleh datang ke office aku to do some editing stuff dengan Iman the editor.

Yang bawak mat saleh ni adalah sorang mamat.

What's been eating me up adalah bengkeknya hati aku bila aku tengok si mamat melayu ni beria2 'kawtaw' kat mat saleh berdua ni.

Sampai level dia lah yang bersusah payah heretkan beg mat saleh ni ke sana ke mari macam kuli batak. Mat saleh tu buat lawak sikit, dia punya gelak kuat pada orang lain sampai nampak fake sangat. Ringan je tangan aku nak penampar melayu bodoh sekor ni.

Sorry lah, aku memang pantang kalau tengok mana2 orang Asia dari apa bangsa pun dok menyembah2 mat saleh macam la best sangat.

Aku bukan benci mat saleh. Aku benci orang Asia yang masih bermentaliti hamba bila berdepan mat saleh. Macamlah naik kasta korang bila jadi machai diorang.

Sayang, lahir2 merdeka.

Sekali datang mat saleh, terus volunteer nak jadi kunta kinte.






Friday, January 8, 2010

videoclip hebat pengubat rawan



Boss : You ada check mail i?
Aku :
(Dalam hati) Oh shit! Errr... hari ni belum lagi, boss!
Boss : You ni... tot tet tot tet tot tet!!! Macam ni ke tot tet tot tet!
Aku :
(Dalam hati) Memang betul ah, semalam pasal apa ko tak tanya?
Boss : Sepatutnya tot tet tot tet tot tet tot tet!!!
Aku :
(dalam hati) Hari yang aku tak check mail lah yang ko nak tanya pulak!!!!!

Dan minda aku terus menuju ke 'Bob's Happy Place' di mana ada dua orang kerdil pakai costume koboi sedang naik rocking-horse. Aku tersenyum.

Dan hati ini kembali riang secara total bila aku tgk video nih:

http://en.tackfilm.se/?id=1262942479171RA33

Gila ah!!!!

Monday, January 4, 2010

Selamat ke?


Selamat Tahun Baru 2010.

Apa hadiah kita semua dapat di ambang tahun baru?

Hadiahnya, kerajaan BN naikkan harga gula 20sen sekilo.

Pagi tadi over Berita Sinar on the radio, keluar lagi ayat-ayat mega-sialan:

"...walaupun kita mengalami kenaikan harga gula,
harga gula
di Malaysia masih pada kadar yang terendah
berbanding
negara-negara lain di rantau Asean..."

Automatically, the first word yang keluar dari mulut aku adalah "lancau!"

Balik-balik setiap kali naik harga apa2 keperluan asas, itu je lah argument yang kerajaan berikan kat semua orang.

Lagi murah dari negara lain. Itu jelah kali-kalinya.

Gua pedulik apa berapa harga gula kat Myanmar atau Indon, gua rakyat Malaysia, earning in Malaysian Ringgit.

Apa signifikannya harga gula kat Brunei untuk aku?

Lahanat korang!

Dah tu keluar statement yang langkah naik harga ini untuk mendidik rakyat agar hidup lebih sihat.

Berserta some statistic pasal sugar consumption Malaysians yang tinggi sampai menyebabkan kencing manis, sakit jantung dan sawan babi.

Babi betul la diorang nih.

Masalahnya, akan terbuka satu floodgate lain dengan naiknya harga gula ini,

Benda2 asas lain yang akan turut naik harga sama.

Dah kecoh nak naik harga minuman kat kedai kopi.

Gula naik 20sen sekilo.

Teh tarik nanti naik 10sen segelas.

Mana logiknya?

Tapi inilah implication kenaikan harga gula nih.

Mee goreng yang tak taruk gula pun nanti naik harga sama.

Tambang bas yang takde kasi passenger complimentary drinks nanti pun akan mintak naik harga sama.

Tengoklah nanti.

By the way, selamat tahun baru.

Tahun je baru, sialnya sama je dari sebelum2 nih.

Susah jadi working class nih.