Tuesday, January 19, 2010

Pengembaraan Bob Membaharui Pasport (part 1)

Jumaat lepas aku ambil cuti setengah hari untuk renew pasport aku yang dah expired 5 tahun dulu.

Selama ni I had no reason whatsoever nak pergi buat pasport nih, aku bukannya pergi oversea pun lepas dari Cardiff.

Tapi it so happens that family aku semua nak pergi bercuti ke Indon tak lama lagi, so aku pun on aje lah. Sure nanti jadi macam National Lampoon's Vacations. Tapi itu cerita lain.

Anyways, sebab aku sorang je pasportnya dah expired, bapak aku call hari2 dok pressure bila nak buat pasport, bila nak buat pasport, sampai aku hangin nak jadi saiko hari2 dia call tanya.

Aku sampai kat Pejabat Imigresen tepi Terminal 3 Subang pukul 9.20 pagi.

Bapak aku insist suruh aku gi situ sebab tak ramai orang katanya. "Adik pergi buat kat situ, 1/2 hari je dah settle," dengan bijaknya Abah aku cakap tiap kali dia call pasal pasport.

Sekali aku tengok, orang beratur sampai ke luar, bai!

"Damn!" kali pertama terpacul.

********************

Lepas jenuh tanya sana-sini, aku pun beratur la amik form kat Kaunter 1.

Encik kat counter tu, Yahya namanya (aku baca nametag dia) dengan tegas kasi tau semua orang, "lengkapkan borang, kepilkan 2 keping gambar dan 1 salinan IC, bawak sama pasport lama baru saya kasi nombor, ye! Sila beratur kat sana utk ambik gambar & photostat IC."

Macam acara sukaneka, semua orang berpusu-pusu ke mesin tangkap gambar di satu sudut seberang dari Kaunter 1. Kaki ku yang gout mula berkeriut. Sampai kat tempat nak amik gambar, line dah sememangnya panjang. Masa aku sampai ada dalam 18-20 orang dah beratur depan aku.

Protokolnya kat sini pulak adalah, lepas beratur nak amik gambar, once gambar siap, kena beratur pulak nak photostat IC! Pun panjang line nya. Sedang aku berdiri, lutut dan hip aku meletup serentak, sakitnya tak dapat nak cerita.

Pukul 10.20 baru sampai turn aku amik gambar. Lepas je aku siap dishoot, sekali brader yang handle machine photostat tampal note besar "Mesin fotostat rosak!"

Semua orang terkedu beruk. Cina paling depan dalam queue photostat (berdiri sebelah aku) berkata, "Cibai!" dan suasana mula havoc. Abang photostat kena menjawab kat banyak orang yang tak puas hati beratur lama.

Muncul Pak Guard yang dari awal aku perasan berlagak macam pelakon Gerak Khas menenangkan suasana. "Boley pergi photostat kat terminal 3 ye!"

Terminal 3 kat bangunan sebelah and kaki aku dah sakit dek lama berdiri.

"Damn!"

*********************

Orang ramai macam jemaah haji kelam kabut berlumba ke Terminal 3.

Aku tak larat dan terus ke Kaunter 1 balik. Aku duduk dulu.

Sekali dengan heronya (dan selepas rombongan jemaah haji berlepas ke terminal 3), Encik Yahya membuat announcement, "di sini boley photostat ye, jangan berebut2, nanti mesin ni pun rosak."

Aku tak nampak hubung kait macam mana orang berebut di kaunter boleh merosakkan mesin photostat kat dalam area pejabat diorang bekerja, tapi dalam keadaan kaki aku yang sakit, kata2 Encik Yahya memang music to my ears!

Aku pun hulurkan IC yang aku simpan dalam bekas plastic lutsinar. Bila keluar je IC, rupanya dah terbelah dua. Encik Yahya tetap photostatkan dan mintak 30sen. "Ini dah rosak ni," katanya. Dia kasi aku kertas nombor. Bila aku tengok, no 1112. Tengok kat number display, baru 1089.

Pukul 11.25 baru number aku dipanggil di Kaunter 3.

Cik di kaunter 3 mula memproses application aku. Semua okay until bila dia swipe IC aku, "takde data yang keluar, Encik. IC Encik rosak." Dia pandang aku. Aku pandang dia balik dengan muka tak paham. Denyut di kaki tetiba jadi kuat.

"Encik kena ke Jabatan Pendaftaran Negara, buat IC baru, bawak semula ke sini salinan Kad Pengenalan Sementara yang mereka beri, berserta salinan Surat Beranak, baru saya boley proses," kata Cik Kaunter 3 lagi.

Hati kecilku berkata, "What the fuck!"

"Pejabat Pendaftaran terdekat di Plaza Masalam Shah Alam ye Encik."

Menyedari muka aku berubah kelat agaknya, her words of consolation kat aku adalah, "kalau Encik dapat selesaikan semuanya hari ni jugak, Encik terus jumpa saya karang untuk proses pasport baru Encik. Tak payah beratur."

Semuanya terasa begitu surreal tatkala aku mengheret kaki kiriku yang dah mula naik bengkak goutnya ke kereta.

"DAMN!"

(bersambung...)

No comments: