Wednesday, October 20, 2010

Analisis : Flat Desa Mentari


Hari Ahad baru ni kat area Flat Perumahan Rakyat Desa Mentari PJS kat umah Mak Mertua aku polis sudah bawak & park satu bas yang diconvert jadi Balai Polis Bergerak.


Petang semalam masa aku balik dari repair windscreen Fast Car, aku lalu jalan Kampung Lindungan. Ada roadblock polis.

Pagi tadi masa nak beli breakfast, ada satu lagi roadblock kat area flat tersebut. On top of that, aku nampak jumlah anggota polis yang tak munasabah ramainya around the flats.

Masa aku membeli makanan tu, aku terdengar orang di kedai cerita, malam Sabtu lepas ada gaduh bersenjata kat flat Desa Mentari. Inter-racial, dengarnya. Pergaduhan yang dah makan 3-4 hari berlaku hanya di waktu malam, depa kata.

Aku malas nak comment about the gaduh-gaduh.

But this is my dua kupang lima duit for a thought.

Project Flat perumahan rakyat ni in my opinionnya memang cocktail yang perfect untuk jadi tempat gaduh (Sesama bangsa, dengan bangsa lain, dengan foreigner, semua sama je).



My argument is such:


Letak beribu2 orang of various ethnicity di beberapa block flat berbelas tingkat yang posisinya rapat2.

Bayangkan manusia pelbagai bangsa dengan education background berbeza dilonggokkan di satu kawasan yang padat. Mana nak rasa selesa.

Kemudiannya, basic infrastructure nampaknya bukan priority here.

Contoh paling senang, tengoklah lift di kawasan seumpama yang aku nyatakan tadi.

Siapa pernah sampai kawasan flat rakyat ni sure perasan, mesti ada lift yang tak function.

Lift yang berfungsi pulak, sure penuh grafitti ~ kadang-kadang sampai geli nak membaca apa yang tertulis di dinding2 lift itu.

Bayangkan betapa panasnya hati orang2 yang terpaksa menapak berbelas tingkat after a hard-day's work just to get home.

Isu pelupusan sampah tak yah ceritalah. Penuh sampah sarap je nampak sana sini.


Satu lagi, buat flat beribu units, tapi parking space yang mencukupi tak pernah diusahakan. Percayalah, pasal parking boleh jadi isu gaduh sesama jiran tetangga. All is needed is sekor mamat yang kurang ajar tak tau law.

Lagi satu yang gua perasan, in flat environment nih, bila petang/malam, budak2 muda akan dok berlonggok kat bawah ramai-ramai. Maybe keluarga besar ke, rumah sempit ke, tapi port diorang memang depan2 kedai, tepi jalan, playground area.

Bila dah dok berkumpul, jadilah pelbagai geng. Kalau dah ramai, kes salah jeling pun boleh jadi gaduh besar, bai.

Yang ada motor, akan bersepah2lah di jalan raya, sometimes menyusahkan orang dek darah muda diorang nih.



My conclusion is:


Takkan lah bijak pandai kita tak pernah terpikirkan masalah yang bakal timbul masa dok plan penempatan semacam ini?

Kalau persekitaran dah dijadikan macam nih, letak balai polis kat tengah2 pun tak kan dapat selesaikan masalah social yang timbul nih, bai.




1 comment:

emmot said...

setuju sngt !!!! rumah low cost giler nk mmpus mnyusah kan semua org (termasok la aq) aq nak pindah !!!!! tunggu aq keje dulu k !!! slamat la aq ni penghuni sementara je .. aq kan lepak johor !! haha mang best entry ni !!!!