Ada satu balau cuba jolok sarang tebuan.
Aku ni telah amik cuti dari hari Sabtu sebelum Chinese New Year sampailah semalam (Rabu).
Bila aku masuk keje tadi, sekali mamat tu menyindir, "Lama cuti? Sambut Chinese New Year ke, Bob?"
Dengan muka selamba aku jawab, "Eh, family aku ada sebelah Cina la wei..."
Dia tanya lagi, "Sebelah siapa? Bapak ke Mak?"
Aku jawab kembali, "Sebelah rumah bapak aku, jiran dia Cina..."
Si mamat terdiam.
Aku puas hati.
Sekian.
Thursday, January 29, 2009
Thursday, January 22, 2009
Jem
Cuba bayangkan...

On the highway balik kerja, kereta penuh kiri kanan.
I was on the middle lane. Masa tu lepas maghrib, so dah mula gelap.
Tiba-tiba, antara kerdipan billboards banyak2 kat Federal Highway tu, lane aku terpaksa stop.
Tiba-tiba, antara kerdipan billboards banyak2 kat Federal Highway tu, lane aku terpaksa stop.
Di lane kiri kereta terus bergerak.
Lane kanan lagilah laju.
Kereta aku tetap tak bergerak di lane tengah.
Tiba-tiba, kereta depan aku semua mula bergerak.
Aku pun accelerate sama.
Kereta di lane kami semakin laju.
Sampai satu point, aku perasan satu benda.
Kereta yang tadi potong aku dari kiri dan kanan dah pun belakang aku semula.
Diorang pulak stuck di lane masing-masing.
Dan last-last semua orang dapat bergerak semula.
Harap diorang semua selamat sampai rumah macam aku.
Sekian.
Saturday, January 17, 2009
Friday, January 16, 2009
Sekali Lagi?
Semalam masa aku beritau dia, Nen menangis.
Katanya dia sedih pasal aku kuat bekerja.
Aku tahu dia amat risau apa akan jadi selepas ni.
Last year, time-time macam ni la yang musibah melanda.
Aku jatuh sakit teruk sampai 6 bulan out of action.
Sepanjang-panjang tu Nen sabar.
Semalam bila aku cakap je, mesti flashback Januari -Jun 2008 datang balik kat isteriku.
Sekarang ni, dia kena harung benda yang hampir sama sekali lagi.
Jarak masanya pun agak-agak setahun je apart from last year to now.
Logiklah dia menangis.
*********
Aku pening sangat semalam.
Satu, aku hanya dapat tidor 2 jam malam sebelumnya kat opis.
Dan terus bekerja sampai ke petang memakai baju yang sama dari semalamnya.
Dua, masa Nen menangis tu, aku sendiri baru kurang 2 jam confirmkan segalanya.
Hati aku rabak, letihnya badan rasa sampai melayang.
Dan aku tak dapat nak terus memikirkan nak buat apa seterusnya.
Aku perlu masa sikit.
Lalu aku tidur panjang malam tadi.
Tuesday, January 6, 2009
Aku, Nen dan Toilet
Selain kerja, ada satu benda yang signifikan terjadi dalam hidupku hari ni.
Bila aku masuk toilet nak shower pagi tadi, Nen keluar dari toilet, siap dah nak pergi kerja.
So aku terus mandi.
Bila abis mandi, sekali pintu toilet rupanya dah diselak dari luar.
Aku terperangkap.
Flashback balik ke beberapa bulan dulu - macam deja vu, masa tu pun aku terkurung dengan cara yang sama. Masa tu, dekat 20 minit aku stuck dan jadi claustrophobic dalam bilik air.
Untuk kali kedua sejak kami kahwin, Nen 'terkurungkan' aku kat dalam toilet.
Soalan:
Apakah cara yang aku gunakan untuk selamatkan diri kali ini?
(Perlu diingatkan, aku baru tengok 007 Quantum of Solace weekend lepas...)
Jawapan:
Aku menjerit kaw-kaw macam bapuk, sambil ketuk2 pintu toilet bersungguh-sungguh.
Mujur Nen dengar dan cepat-cepat bukak pintu.
Maybe ada jiran yang ingat ada suami kena dera based on jeritan aku yang menghibakan.
Nota kaki:
Nen kena makan kismis minda la, pelupa sangat ni.
Thursday, January 1, 2009
Satu Malaya Cuti, Lu Kerja Apa Hal?
Salam Ma'al Hijrah 1430!
Selamat Tahun Baru 2009.
Hari isnin lepas masa Ma'al Hijrah, aku bekerja.
Hari ni New Year pun aku bekerja.
Selamat bekerja macam hari-hari biasa untuk team CJDJ dan diriku.
Aku pun pernah dengar ramai orang cakap, "biar kerja banyak daripada takde kerja."
Moga Allah terima usaha kita ni sebagai satu ibadat.
Moga rezeki kita berterusan dengan terusnya kita bekerja.
Selamat Tahun Baru 2009.
Hari isnin lepas masa Ma'al Hijrah, aku bekerja.
Hari ni New Year pun aku bekerja.
Selamat bekerja macam hari-hari biasa untuk team CJDJ dan diriku.
Aku pun pernah dengar ramai orang cakap, "biar kerja banyak daripada takde kerja."
Moga Allah terima usaha kita ni sebagai satu ibadat.
Moga rezeki kita berterusan dengan terusnya kita bekerja.
Subscribe to:
Posts (Atom)
