Tuesday, December 23, 2008

COPOT JANTUNGKU

Project aku sekarang ni dah mencecah the last mile. Dah berapa bulan kami bertungkus lumus sama-sama, sampaikan kesihatan, keluarga, life selepas kerja, (dan juga tidur) semua terabai. Semua orang dalam team aku sepakat menyatakan project CJDJ nilah yang paling cibai dalam kesemua experience kami yang dicombinekan.

Dan pada masa-masa tough macam ni, ada beberapa yang hilang punca, patah semangat dan putus asa.

Salah sorang animator yang memang aku care dek sebab lamanya kami kenal dan bekerja cari rezeki sama-sama, tetiba dalam 2-3 minggu ni mula berubah. Macam dah habis fighting spiritnya. Orang yang pernah dengan heronya masuk keje Jumaat malam, membuat scene direct tanpa tidur sampai ke Sabtu petang tiba-tiba buat perangai balik awal, tak mahu bantu dtg kerja pada public holiday, dan beritau aku sendiri depan studio manager yang dia muak dengan project ni.

Aku jadi kusut sangat sebab dia jawab macam tu kurang 2 jam selepas aku cuba upkan balik semangat dia. Abis semua nasihat aku berikan, dan semua yang dia cakap aku dengar betul2.

Aku bengang sebab cara dia yang macam tak pikir panjang (or maybe dia dah abis pikir, sebenarnya?) tentang pentingnya to keep one's job in the current economic situation. Economy tengah parah, tak kira apa gomen cakap pun. Nak buat apa kalau takde keje?

Aku kecewa sebab budak ni adalah salah sorang animator yang aku memang genuinely suka dan care. Dah bertahun kebetulan kerja sama-sama. Dan prestasi yang bagus macam mana pun akan berkecai bila arahan tokeh ko lawan terang-terangan.

Apasal la ko cakap macam tu depan studio manager yang terima arahan direct dari tokeh?

ADUHH!!!

Tak sangka seorang animator boleh lumatkan hati aku sampai macam ni!!!!

No comments: