Mark Gravas si baragas turun ke studio kami lagi.
Aku expect maki carut dari mat saleh keturunan banduan ni dari mula aku pick up dia kat lrt station.
Tapi itu tak terjadi. Alhamdulillah!
3 episodes yang dia preview, semua dikatakan okay.
Retakes untuk Ep Glammerous Life sikit je.
Global Groove dikatakan bagus. Ayie & aku senyum gembira.
Dan sebenarnya hanya tinggal satu je Episode yang belum start, iaitu "Boogie Night".
Tak la teruk sangat pun, aku pikir-pikir balik. Dari 26 episodes, satu je tak start animation lagi?
Kira okay la tu.
Aku jadi tenang dan kembali bersemangat nak bekerja.
Dan hari ini, aku jumpa balik keyakinan bahawa usaha ini, titik peluh ini, POSSIBLE untuk berjaya.
Selepas aku hantar Mark ke lrt station malam ni, dalam keta, I felt so good sampai aku bertempik, "POSSIBLE UNTUK BERJAYA, BAI! POSSIBLE!!!!
Sedar-sedar, ada sorang nyonya ni jatuh terduduk tepi jalan sebab dia terkejut aku menjerit.
Aku cepat-cepat tekan minyak dan blah dari situ.
Langsung tak tengok side mirror dah.
~~~~~
Sesungguhnya aku sujud dengan kekuasaan Mu Allah yang telah memudahkan urusanku hari ini, atas kurniaan ketenangan ini, dan Kau kembalikan keyakinanku untuk terus berusaha.
1 comment:
yeahaahaahhaaaaaaaaaaaaaaa
mereka kembali!!!!!!!!!!!!
Post a Comment