Thursday, December 11, 2008

Chinese Democracy

Hari ni Selangor cuti sempena birthday Sultan.

Aku & team tetap kerja macam hari-hari biasa seorang hamba sahaya.

Tapi aku happy.

Sepanjang hari ni aku dengar lagu baru Guns N Roses dari album "Chinese Democracy" yang Yon forwardkan.

Aku happy sebab dah lebih 10 tahun takde lagu baru dari diorang.

Somehow, the first instance dengar suara Axl Rose menjerit on this album, meremang bulu tengkuk and bulu telur aku.

Sama perasaannya macam masa first time dengar 'Welcome To The Jungle' from Appetite for Destruction back in 1988 dulu.

Aku meremang macam dengar suara member yang dah bertahun tak jumpa.

Meremang teringatkan masa mudaku yang rock.

Meremang teringat betapa rambut aku yang kerinting ni sebijik rambut Slash bila di centre-part kan. Aku versi gemuk la tapi.

Meremang teringatkan menang CD "Use Your Illusion" free kat Hard Rock Cafe masa diorang launch that GNR album semata-mata t-shirt skull & flag yang kupakai (refer sample) & rambut belah tengah ala Slash.

Kena cari gambar lama n taruk kat sini nampaknya.

Welcome back, Axl, walau aku kena terima Slash & Duff McKagan takde dalam line up baru ni.

Dan tetiba aku terasa macam nak menari 'crab dance' Axl yang famous tu.


"With ya bitch-slap rappin'... you get nothing done!"

1 comment:

Unknown said...

akuakan pakai key kat kepala-ikat ala axl- fizzi cakap muka aku macam axl- axl lori ke apa ke tak tau...nampak mcm tak ikhlas...

hahahahahahaha