Semalam, alih balik kerja, aku sudah singgah beli satay kat kedai Haji Samuri di rest area Guthrie Highway arah ke Utara.
Aku order 20 cucuk satay, yang mana sorang staff Haji Samuri sibuk tulis pada order list sebelum aku gi solat maghrib dulu.
Selesai solat, aku pergi ke kedainya dan satay aku dah siap berbungkus.
So settle la.
Or so I thought.
Sampai umah, bila kubuka bungkusan, ada beberapa perkara gampang dikenal pasti:
a) Satay yang kubeli kurang 5 cucuk. Bila aku check order list yang dikepilkan sama, jelas tertera orderku berjumlah 20 cucuk.
b) 10 daripada 15 cuck satay yang dibungkus tak cukup masak. Aku dapati satay daging masih berpeluh merah2 darah.
Aku terus jadi fed-up maximum ~ kerap sangat kalau aku beli bungkus satay Haji Samuri ni akan timbul isu satay yang dibakar tak cukup masak. Orang lain pun selalu cerita complain lebih kurang macam tu jugak pasal satay Haji Samuri nih kat aku.
Semalam, isu satay tak masak betul dicombokan pulak dengan jumlah diberi kurang dari yang dibayar.
Aku ni, sebagai mana peminat satay yang lain, mungkin tak berapa kisah bila Haji Samuri ni naikkan harga satay sampai 60 sen secucuk.
Aku masih tak kisah bila tengok saiz setiap cucuk satay yang semakin ciput berbanding dulu.
Tapi bila berniaga tak jujur, shortchangekan orang ikut suka, lama2 boley mengundang bala, bai. Nanti customer semua lari baru lu orang menyesal.
Sepatutnya tagline Satay Haji Samuri nih ditukar ke:
"Untuk Rasa Sate Kajang Masak Mentah Yang Sebenar"
"Untuk Rasa Sate Kajang Masak Mentah Yang Sebenar"
Mulai malam tadi juga aku berazam tidak akan beli lagi satay Haji Samuri kerana sebab-sebab di atas. Cukuplah banyak kali dah tertipu bila beli satay Haji Samuri ni.
Ala, banyak tempat lain ada jual satay yang tak kurang sedapnya. Nanti aku buat post khas senarai kedai-kedai satay yang sedap-sedap untuk rujukan semua.
Meanwhile, amacam kita pulaukan je satay Haji Samuri yang kuat kencing berbuih2 nih. Orang berniaga tak jujur macam nih patut diajar cukup-cukup.
Cipet lu!
2 comments:
Merasa tertipu, emang kesyeeel!
Kaya orang lagi bego sedunia,
atau emaang lagi dibego-begoin!
Yang sabar aja..
agsapublish-komodoku.blogspot.com
ni mungkin sikap tak jujur pekerjanya, bila perniagaan besar, kena pantau lebih...kalau tak jadi macam ni laaa
Post a Comment