Wednesday, September 29, 2010

Book Review: 'Dunia Affan & Iddin'


Recently, aku baca buku cerita kanak-kanak bertajuk 'Dunia Affan & Iddin'.

book cover

Walau pun pada mulanya skeptical, bila bukak je buku nih aku suka apa yang kubaca.

Chapter 1 diceritakan dalam bentuk komik. Main characters Affan & Iddin diintroducekan.

"Neat," I thought. Aku appreciate effort meng'combo'kan story-telling method nih.

Tapi at that point, aku bersedia untuk dikecewakan bila Chapter seterusnya ikut format cerita biasa.

Instead, aku jadi makin pulled into the world of sepasang kembar Si Affan & Iddin yang nakal. Bahasanya simple dan bersahaja, sesuai nak capture attention budak-budak.

Tapi part yang best adalah, me, a grown-up, boleh relate kepada benda2 yang dua beradik ni buat ni ke zaman masa aku kecik2 dulu.

Scene main api tu memang tangkap dalam, sebab Pian, Adik & aku memang suka main api. Bab curi mancis Mak memang biasa sangat kami lakukan dengan penuh sistematik. Terkenang semasa dulu.

So finding the twins playing with fire, and doing other
believable naughty things, was refreshing for me. Ceritanya tak jadi poyo sebab semua benda yang terjadi dalam cerita tu possible untuk jadi experience kepada seorang kanak-kanak biasa.

Plus aku suka adanya karektor2 orang dewasa yang colourful ~ ada yang ditakuti, ada yang disukai protagonist. It's good that Mak & Ayah yang mandom muncul pada kalanya sahaja.

Dan of course, Marissa (girl) yang sebaya dengan Affan & Iddin berserta geng mereka di pre-school class memang add up the spice dalam cerita nih.

Kids will find this book fun and enjoyable reading.

I know I did.

Well done, Nen*.

I'm so proud of you.


************

* Sesiapa yang belum tahu, Nen or Wan Chik is my wife the writer, and 'Dunia Affan & Iddin' is her first published children storybook.

Support this budding writer ~ she aspires to write full-time. At home. So she doesn't have to leave Imran with some one else.

'Dunia Affan & Iddin' is published by MustRead Publications and available di semua MPH Bookstore. Go buy the book.




Ubat Sedu

Aku musykil. Yang amat.

Satu soalan serius:

How come bila babies tersedu, the practiced and proven method orang Melayu macam aku buat dari dulu sampai sekarang adalah:

"ambik secebis kertas, basahkan dengan air liur; lepas tu selawat dan tepekkan kertas tu atas dahi baby. Insyallah hilanglah sedunya."

What makes kertas, and air liur able to stop a baby's hiccups? Makes no sense, right?

But when Imran hiccups, itulah yang aku buat.

And it works.

Sangat amazing, kalau difikirkan betul-betul.

Kertas + air liur takkan dapat settlekan masalah ini, logically-speaking.

So, argument aku adalah...

The answer lies in the third component - selawat ke atas Nabi.

That is the healing entity.

Inilah faktor yang buat babies berhenti tersedu.

Aku tak leh nak argue lebih dari tu, tapi itulah jawapannya. Dan anyone who disagrees dengan aku boleh blah!

Ehem..rhem.. maafkan aku.

MasyaAllah.

Allah, you are the best.

As a parent, aku amat bersyukur padaMu atas knowlege unik yang terus diperturunkan pada kami ini.




Sunday, September 19, 2010

Wish You Were Here


Semalam birthday arwah Mak.

She would have been 57 this year.

Terkenang karipap Mak yang paling best dalam dunia.

Terkenang dapat upah ice-cream drumstick setiap kali tolong kirakan duit syilling dalam tabung labu warna hijau Mak.

Terkenang Mak menyanyi lagu2 Cliff Richard & Sharifah Aini sambil memasak kat dapur.

Terkenang baring on her lap bila balik cuti penggal walau aku dah form 4.

Terkenang how disappointednya Mak masa result SPM aku below her expectation.

Tapi aku ingat how proud she was b
ila kami tiga beradik semua dapat masuk U.

I just want her to know, Adik, Pian & Danial are doing ok, Mak.

We all miss you very much.

Al-fatihah.




Wednesday, September 8, 2010

Esok Belum Raya Lagilah!



Malam tadi, selepas announcement bagitau Raya lusa (iaitu hari Jumaat), aku pergi ke pump station Petronas Desa Mentari nak withdraw duit aku yang tak banyak mana pun tu.

Boy, was I in for a surprise!

Aku takjub dengan perkara-perkara yang aku observe malam nih.


Masa aku nak park kereta, ada mini congestion disebabkan sorang mamat yang park kereta dia di tengah2 laluan orang lain sementara tunggu bini dia beli benda kat kedai dalam station tu.

Dia boley buat selamba badak tak alihkan kereta dia despite the pissed-off look yang semua orang lain hadiahkan dia.

Aku nampak dalam kereta brader tu, ada anak dua orang, dan kereta dia nampak sarat dengan barang-barang.

"For sure nak balik kampung nih," aku pikir.

Barangkali sebab nak Raya, orang lain semua bersabar je tunggu bini brader tu masuk kereta.

Lepas brader kurang hajar blah, baru semua orang dapat bergerak.

Barulah aku dapat park kereta.

Sampai kat ATM machine, ada 5 orang beratur ahead of me.

Masa tu, ada dua pompuan Melayu (aku assume kawan sebab sorang kurus & sorang lagi gedempol) tengah nak keluar duit.

Pompuan pertama tekan2 button ATM, kemudian diam. Dia nampak terkejut.

Pompuan kedua pulak try keluar duit.

Dia tekan2, dia pun nampak terkejut sama.

Lepas tu dia test satu lagi kad bank yang lain.

Muka terkejut gak.

Pompuan pertama test sekali lagi, tapi hasilnya masih jugak sama.

Mereka berbincang kuat2 depan mesin duit tu apasal tak masuk lagi duit mereka.

Di belakang aku dah mula ada 5-6 orang tambahan beratur dek lamanya dua pompuan ni nak terima hakikat tak de duit dalam akaun mereka.

"Kesian, tak masuk gaji lagik la tu," aku pikir.

Bila aku dah settle urusan aku, kat luar pump station tu sekali lagi ada jem yang hebat.

Sekali lagi this was caused by some asshole yang park tengah2 laluan orang lain.

Lagi palat, kereta dia blok kereta aku from getting out.

Semua orang jadi panas dok tunggu mamat mana yang lahanat ini.

Aku hangin bila rupa2nya, the owner of the car beratur selang 2-3 orang selepas aku kat ATM machine tadi.

Bila dia keluar, pun muka tin sardin kemek macam brader di awal cerita aku tadi.

Apahal nih? What's the rush?

Apasal semua orang perangai macam sial malam nih?

Esok bukannya Raya pun lagi yang nak kelam-kabut sangat.


Tapi aku akur, sebagaimana sekawan gnu yang berebut2 migrate mencari tanah subur di bumi afrika, bila sampai time perayaan, manusia di Malaya sebenarnya jadi selfish, pentingkan diri sendiri to the max.

Seperti haiwan liar, aku rationalisekan yang manusia-manusia ini berebut atas konsep 'survival of the fittest' agaknya.

Aku tak kisah la nak berebut ke apa, tapi "jangan sampai membawak maut atau menyusahkan orang ramai dah la," aku pikir.

Nasib esok tak Raya lagi.

Kalau tak, mau ada yang sampai mati atau berbunuh malam nih.



8.9.10


Date hari nih cantik sekali... 8.9.10.

Hari nih 9 tahun lepas, aku n Nen diijabkabulkan and we became husband and wife.

Alhamdulillah, Phase 1 kami dah go thru together.

Now we've moved on to the next stage.

Dah 40 hari Imran lahir dalam hidup kami berdua.

We celebrated our anniversary this year by shopping for more baju Raya for Imran.

Maybe tak seromantik a dinner for two, but the great feeling of picking out a romper which boldly states "Mischief Maker" for our little boy is a priceless memory for me.

I think Nen & I are gonna be okay in Phase 2.

Allah help us be good parents.

Oh, and one more thing...

Please let me be the cool one.

Amiiin.




Wednesday, September 1, 2010


Surprisingly, ada a pinch of sadness dalam hati aku when I left the In-Fusion/Real FX/Zebra FX (brapa banyak nama korang nak, ha?) Glenmarie Studio for good petang Monday the 30th of August.

This is actually very normal.

At the end of every project, I will feel a little hollow inside.

Tiba2 takde dah pressure yang memang omnipresent sepanjang production.


Which is good, in the REAL good sense.

I can peacefully plan to pursue my next animation project.

But petang Isnin lepas, the sentimental part dalam hati gua tersentuh sikit.

I needed to make myself happy again.


On the way back home, aku terus drive ke Masjid Kg Medan.

Aku pergi jumpa Haji yang duduk kat depan gate masjid.

Aku declare, "saya nak bayar zakat fitrah untuk saya, isteri dan seorang anak."

Automatik, luluh lah segala perasaan sedih dalam diri gua.

Then hati aku kembang segar semula.

"Saya, isteri dan seorang anak".

Amil tu perasan aku senyum sendiri semasa dia membacakan doa selesai aqad.

Gua tak pedulik terus senyum.


Alhamdulillah, tahun ini start bayar fitrah for 3, instead of the usual 2.


Then I went home to my wife & boy.

And my world's ok again.




Abah, Mak & Imran