Wednesday, September 8, 2010
Esok Belum Raya Lagilah!
Malam tadi, selepas announcement bagitau Raya lusa (iaitu hari Jumaat), aku pergi ke pump station Petronas Desa Mentari nak withdraw duit aku yang tak banyak mana pun tu.
Boy, was I in for a surprise!
Aku takjub dengan perkara-perkara yang aku observe malam nih.
Masa aku nak park kereta, ada mini congestion disebabkan sorang mamat yang park kereta dia di tengah2 laluan orang lain sementara tunggu bini dia beli benda kat kedai dalam station tu.
Dia boley buat selamba badak tak alihkan kereta dia despite the pissed-off look yang semua orang lain hadiahkan dia.
Aku nampak dalam kereta brader tu, ada anak dua orang, dan kereta dia nampak sarat dengan barang-barang.
"For sure nak balik kampung nih," aku pikir.
Barangkali sebab nak Raya, orang lain semua bersabar je tunggu bini brader tu masuk kereta.
Lepas brader kurang hajar blah, baru semua orang dapat bergerak.
Barulah aku dapat park kereta.
Sampai kat ATM machine, ada 5 orang beratur ahead of me.
Masa tu, ada dua pompuan Melayu (aku assume kawan sebab sorang kurus & sorang lagi gedempol) tengah nak keluar duit.
Pompuan pertama tekan2 button ATM, kemudian diam. Dia nampak terkejut.
Pompuan kedua pulak try keluar duit.
Dia tekan2, dia pun nampak terkejut sama.
Lepas tu dia test satu lagi kad bank yang lain.
Muka terkejut gak.
Pompuan pertama test sekali lagi, tapi hasilnya masih jugak sama.
Mereka berbincang kuat2 depan mesin duit tu apasal tak masuk lagi duit mereka.
Di belakang aku dah mula ada 5-6 orang tambahan beratur dek lamanya dua pompuan ni nak terima hakikat tak de duit dalam akaun mereka.
"Kesian, tak masuk gaji lagik la tu," aku pikir.
Bila aku dah settle urusan aku, kat luar pump station tu sekali lagi ada jem yang hebat.
Sekali lagi this was caused by some asshole yang park tengah2 laluan orang lain.
Lagi palat, kereta dia blok kereta aku from getting out.
Semua orang jadi panas dok tunggu mamat mana yang lahanat ini.
Aku hangin bila rupa2nya, the owner of the car beratur selang 2-3 orang selepas aku kat ATM machine tadi.
Bila dia keluar, pun muka tin sardin kemek macam brader di awal cerita aku tadi.
Apahal nih? What's the rush?
Apasal semua orang perangai macam sial malam nih?
Esok bukannya Raya pun lagi yang nak kelam-kabut sangat.
Tapi aku akur, sebagaimana sekawan gnu yang berebut2 migrate mencari tanah subur di bumi afrika, bila sampai time perayaan, manusia di Malaya sebenarnya jadi selfish, pentingkan diri sendiri to the max.
Seperti haiwan liar, aku rationalisekan yang manusia-manusia ini berebut atas konsep 'survival of the fittest' agaknya.
Aku tak kisah la nak berebut ke apa, tapi "jangan sampai membawak maut atau menyusahkan orang ramai dah la," aku pikir.
Nasib esok tak Raya lagi.
Kalau tak, mau ada yang sampai mati atau berbunuh malam nih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment