untuk semua cikgu2 & lecturers yang pernah mengajar saya di STAR Ipoh (1985-89) & UM (1990-96)
APOLOGIES:
saya mintak maaf kalau saya dulu nakal dan degil melawan cikgu.
saya mintak maaf sebab suka ajuk-ajuk dan sakat cikgu semua.
saya mintak maaf kepada Mr Dickson Sundaram sebab selalu complain kelas dia bosan.
saya minta maaf sebab ketawakan Cikgu Wazir sebab ada kenan.
saya mintak maaf kepada Cikgu Razak Fizik sebab tak dapat credit subject dia masa SPM. Tentu penat dia buat report.
saya mintak maaf kepada Pak Lau sebab selalu tiru jawapan kelas lain tulis in advance kat buku amali Sains Paduan sebelum masuk lab.
saya mintak maaf pada semua warden STAR sebab saya selalu tipu cikgu dengan berkata, "bukan saya, cikgu" atau "saya tak tahu apa-apa" sedangkan sayalah mastermindnya.
saya mintak maaf pada Mrs Fernando UM sebab tipu dia dengan katakan dia hilangkan assignment sedangkan saya tak buat pun assignment yang dia berikan.
juga kepada Mrs Fernando lagi sebab selalu tipu dia untuk ponteng kelas General Paper.
KUDOS:
terima kasih Mr Louis Rozario Doss sebab ajarkan lagu "Lemon Tree" yang saya ingat sampai sekarang.
terima kasih Mr Tan Teong Leong & Mr Louis - dengan ilmu dari Cikgu2 during English class, saya dapat masuk U buat TESL.
terima kasih Miss Prem Narges Kamal sebab jadi lecturer paling cute pernah mengajar saya.
juga terima kasih kepada Dr Mogana Dharmotaran, Supervisor saya di final year kat UM yang menatang saya umpama Mak Tiri dari filem klasik Melayu.
terima kasih En Halim Yazid & Diani Kasian yang banyak mengajar tentang ilmu teater.
terima kasih cikgu-cikgu semua.
saya dah tak nakal macam dulu dah.
**********************************
"Heiii! Apa awak nak jadi ni, Danial?"
"Buat masa ni, saya tak jadi apa2 lagi, Cikgu."
*PELEMPANG!*
********************************
No comments:
Post a Comment