Pagi tadi on the way ke tempat kerja aku dengar Sinar FM.
The DJs accepted calls dari pendengar pasal isu 'tak mengenang budi.'
Sekali ada satu minah ni call. Dia kata dia cikgu.
Kisahnya, dia cerita masa Hari guru baru ni, hanya 3 ke 4 orang anak murid dia beri hadiah or ucapkan selamat kat dia.
Dia cerita, dia tanya murid-murid dia kenapa tak ucap or beri hadiah pada guru2, dan budak2 tu jawab,"Cikgu, tak payahlah berharap."
Dia siap cakap, amat tak mengenang budi betul anak-anak murid dia ni.
Aku terpikir masa tu jugak, apa jenis cikgu akak ni?
Berapa ramai guru-guru dalam Malaysia ni nak di puja, dan mahu diraikan macam Cikgu yang sorang ni?
Kau mengajar tiap bulan dapat gaji, annual leave, elaun, laptop, siap boley jual tudung kat Bilik Guru, lagi mau cerita pasal nak budimu dikenang?
Guru-guru yang hebat tak payah mintak pun semua ni dari anak murid mereka; recognition dan appreciation datang tanpa perlu diungkit atau dipaksa.
Aku kesian tengok cikgu sorang ni yang gilakan perhatian. Tergamak cakap anak murid tak kenang budi dia just kerana dia tak dapat hadiah Hari Guru. Dia tak pikir yang kalau budak2 ni jadi manusia yang baik dan pandai hasil didikan dia, itulah hadiah yang lebih bermakna.
Masa balik STAR baru ni pun, timbul gak cerita cikgu-cikgu demand itu ini sampai semua orang meluat.
Aku risau cikgu2 kita ni tak paham beza antara pengajar dengan pendidik.
Kepada akak cikgu yang tak dikenang budinya ini, baik berenti mengajar lah. Dok umah jaga anak, moga anak2 sendiri kenang la budi kamu si akak oi.
Apalah nak jadi dengan Malaya kita, bai?
Thursday, July 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Pernah jadi cikgu jugak dua tahun,tapi masa tu bila hari guru segan sangat sebab bila balik kiri kanan penuh hadiah, tak pernah berharap, tapi budak- budak macam satu kepuasan bila bagi hadiah kat cikgu dia, hehehe.... cam tak de motif lak tetiba cite pasal ni.. sori Encik Bob, saje nak kongsi.
kalau anak2 murid sendiri memang nak beri hadiah itu cerita lain.
Yang kita risaukan adalah bila guru-guru EXPECT dapat penghargaan dalam bentuk hadiah, wang ringgit, etc.
kalau guru dah begitu sikapnya, tak heran muda-mudi sekarang hancur.
Dude,
kalau ikut konsep malaya..budi dikenang bila org tu dah mati or sakit..mungkin lepas akak cikgu tu dah tempang atau sakit..murid2 dia akan kasik hadiah..
salam bro, memang ada jenis manusia yg kejanya suka ngungkit...tak kira departmen mana dorang tu bekerja...
cikgu yang baik...sentiasa di kenang anak murid...
Kewl,
Pasal recognition ditrima lepas mati, itu patut semua orang expect. Ini fenomena sociologi yang aku rasa wujud dalam semua culture, bro.
kalau betul appreciation masyarakat western lebih dari kita, takkan la Van Gogh mati melarat, bai?
sama je mana2 tempat dalam dunia ni, aku rasa.
cikgu,
pada satu2 masa dalam hidup kita semua, mesti akan terdetik satu masa di mana kita akan teringatkan cikgu2 masa di sekolah dulu.
dan hakikatnya, semua orang pasti
akan ingat guru-guru yang bagus, kan?
Contoh, manusia ni kalau jahat mcm mana,bila dah jadi arwah, mesti cerita yang keluar semua baik je.
errrmmmm...
part last sekali komen gua tu patut jadi last para kat komen to kewl... pepagi ni nak cerita sociologi bagai, gua ngantuk ah! hahahaha!
guru yang minta hadiah adalah guru yang mengajar anak murid merasuah....tak heran lah malaysia sekarang banyak rasuah....ekekekek...
hmmmm....salah cikgu gak...heheheh...sian gak jadi cikgu ni...nak jadi cikgu ni senang tapi nak jadi cikgu yang benar-benar ikhlas susah le kot...hahahahaha....
"Contoh, manusia ni kalau jahat mcm mana,bila dah jadi arwah, mesti cerita yang keluar semua baik je"
Gua rasa yang ni...taboo melayu la beb..mana leh ckp benda2 tak baik psl org dah mati..hehe..bkn sbb nak kenang sgt budi org yg takde tu..
kewl,
betul gak point ko tu. contoh cerita baik pasal orang jahat: Botak Chin tu memanglah jahat, tapi dia curi dari orang kaya kasi kat orang miskin, mcm robin hood. kepala hangguk!
yut,
setuju sgt dgn statement pasal guru mintak hadiah mengajar murid2 erti rasuah. nanti kalau dah kasi hadiah mahal2, bila nakal dan dihukum guru, mesti ada yg cakap, "dah kasi present mahal pun kena hukum. tahun depan aku tak kasi dah hadiah kat dia."
Post a Comment