Thursday, November 26, 2009
Bob's Cool T-shirt (Miscellaneous)
Meaning: 'Happiness'
Baju ni beli kat Penang masa time honeymoon baru2 kahwin dulu. Amat sajaklah the wording on this t-shirt dengan my life sejak berkahwin dengan Nen aku. Gua sayang baju ni ooo...
Samurai
One of the t-shirts still well-kept from the 90's bought masa Abah selalu stationed kat Jepun.
Average Joe's Gym
Re-produced based on the movie 'Dodgeball'. The average Joe part yang buat aku sayang sangat this t-shirt. Totally made for regular blokes like me.
Mafi Mushkila
T-shirt given by brother-in-law gua Malek yang based kat Arab Saudi. whatever it means, 'mafi mushkila' is a killa!
Japanese Sun
Salah satu t-shirt yang lama dalam koleksi. Juga dah layak jadi kain buruk, tapi masih aku pakai selalu sebab aku suka.
Hooters
Of the famed US-based "family" restaurant. Heheheeh.
Hello
Probably t-shirt yang aku rank as paling cool dalam banyak2. Siap ada exemption clause, lagi! Memang 'slacker's shield', indeed.
Bob's Cool Tshirts (Part Deux)
Theme : Cool Captions
Ini pulak t-shirts gua dengan cool captions....
"You had me at get lost" tu memang aku suka sangat...
Wednesday, November 25, 2009
Acceptance
Raya Haji tahun ni aku takde rezeki nak bersedekah korban.
So, instead, last weekend aku rombak balik segala isi almari baju aku, dan identify clothes yang nak di'hand-down'kan kat adik2 sepupu di kampung.
Kebanyakan baju2 aku ni bukannya buruk, cuma sejak 6-8 bulan yang lalu, aku dah transform dari gempal ke obese. Jadi banyaklah baju2 baru yang bersaiz L dan XL yang akan dihantar pulang ke Lukut raya nanti.
Also, aku packkan sekali sehelai jeans levis aku yang bersaiz pinggang 34. Ye, satu masa dulu, aku pernah muat pakai jean saiz tu!
Selama ni, aku masih dok simpan jeans tu dengan harapan, nanti aku dah kurus, boley pakai balik.
But who am I to kid, huh? No way pinggang aku akan jadi 34 balik!
By giving away jeans tu, simboliknya, aku telah terima dengan hati yang tenang bahawa aku tidak akan kurus dah!
Bob's Cool T-shirts (Theme: Rock)
Dalam aku memilih2 pakaian 'korban' untuk diwakafkan, aku terperasan yang aku ni sebenarnya ada collection t-shirts yang cool, bai.
Aku ada a few rock band t-shirts (ada yang dah lama sangat sampai colour t-shirt yang asalnya hitam dah jadi kelabu & collarnya dah lunyai!), ada yang funny captionnya, ada yang cantik visualnya, dan ada yang bila aku tengok, brought back many good memories.
Lalu aku snap photos of my t-shirts sebagai kenangan (sebab ada yang akan di'give-away'kan) dan aku share designs t-shirts aku & my comments kat sini:
Baju ni aku beli in 1992 rasanya, masa tu Metallica keluar the black album. Baju rock paling lama dalam simpanan ~ colour dah kusam. Tapi bila aku pakai, budak2 muda ramai usha sambil panggil2 aku 'otai'. Tak kisah la, jangan diorang beri aku penumbuk sudah.
Memang bengong tul ah (is this a sign?), dah brapa kali aku cuba, bila upload, image baju ni mesti appear terbalik. Gasaklah!
Note: Ini rupa tshirt tu yg sebenarnya:
Jimi Hendrix
Syd Barret
Madman from Pink Floyd. Aku beli kat Central Market 2-3 tahun lepas. Best nya bila pakai baju ni, hanya siapa yang tahu, tahu siapa mamat nih.
That's all for this round. I'll be posting up more t-shirt designs from my collection soon!
Thursday, November 12, 2009
If You Don't Love Me, Lie To Me...
"If you don't love me - lie to me
'Cause baby you're the one thing I believe
Let it all fall down around us
If that's what's meant to be
Right now if you can't love me baby - lie to me
Lie to me."
~ Bon Jovi
Graduate to hang for murder of girlfriend
2009/11/12
SHAH ALAM: They were a loving couple and had a bright future ahead of them.
Irawadi Mohammad was an economics graduate from Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) while his girlfriend, Norzi Ayu Mohd Noor, was a medical researcher.
Their future, however, came crashing down five years ago when Norzi Ayu decided to end the relationship.
Feeling rejected, Irawadi decided that if he could not have her, no one else would. He broke into her home, took a knife from the kitchen and stabbed her to death.
Yesterday, the High Court here sentenced Irawadi, 27, to the gallows for the murder of his former lover, who was then 26 years old.
The incident took place at her home at No. 2-1-6, Block ST2, Apartment Sri Tanjung, Jalan 7/1D in Section 7, Bandar Baru Bangi between 3.30pm and 5pm on July 26, 2004.
"Witnesses had testified that Irawadi and Norzi Ayu's relationship was on the rocks and when she told him that she was going to marry another, he was said to have uttered, 'if I can't have her, no one can'. (NST)
Bob cakap:
Selepas pakcik 'Sid Vicious' dari Kedah tu, nampaknya, ni ada sorang lagi yang sama kes.
Nampaknya sekarang ni time naik cerita kes bunuh kerana cinta la pulak!
Esok lusa mesti akan ada similar cases keluar paper, percayalah cakap aku!
Nasihat aku cuma satu: Jangan bunuh orang yang dikasihi.
Sekian, terima kasih.
Wednesday, November 11, 2009
If This Ain't Love, What Is?
Wanita 73 tahun tuntut cerai mati ditikam suami
ALOR SETAR: Akibat terlalu marah apabila isterinya berkeras menuntut cerai, seorang lelaki berusia 80-an dikatakan nekad membunuh pasangannya itu di Kampung Kuala Sungai dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, mangsa, Zabedah Ali, 73, dikatakan ditikam di perut dan sempat melarikan diri sebelum rebah serta meninggal dunia di halaman rumahnya.
Difahamkan, pasangan berkenaan dikatakan sudah hampir dua bulan tidak tinggal sebumbung selepas setahun mendirikan rumah tangga.
Bapa saudara mangsa, Mustafa Ahmad, 80, berkata lelaki itu yang tinggal di Kuala Kedah mengunjungi isterinya kira-kira jam 12.30 tengah hari untuk memujuk Zabedah supaya membatalkan hasratnya untuk bercerai.
"Bagaimanapun, Zabedah tetap mahu berpisah menyebabkan berlaku pertengkaran dan suaminya tiba-tiba mengeluarkan pisau yang diselit pada kain pelikatnya sebelum menikam isterinya sambil mengajak mangsa mati bersamanya," katanya.
Mustafa berkata, anak tiri mangsa yang menyaksikan kejadian itu sempat menghalang lelaki terbabit daripada terus menyerang Zabedah.
"Lelaki itu kemudian cuba melarikan diri, tetapi dapat ditahan anak tiri mangsa," katanya.
Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab, ketika dihubungi mengesahkan lelaki itu kini ditahan untuk siasatan lanjut.
- Berita Harian, 9 Nov '09
So many times I said you'd only be mine
I gave my blood and my tears
And loved you cyanide
When you took my lips
I took your breath
Sometimes love's better off dead
Chorus:
You're all I need, make you only mine
I loved you so I set you free
I had to take your life
You're all I need, you're all I need
And I loved you but you didn't love me
You're all I need, make you only mine
I loved you so, so I put you to sleep.
Boley buat filem cerita pakcik ni.....
Tuesday, November 10, 2009
Kito monang, kito juaro! Ekau kalah, ontok-ontok yo?
Dari hari Sabtu sampailah ko hari ni, den dapek ghasokan orang2 nogoghi ramai yang sonyum hepi, riang, somuo eh suko hati yo, tormasuklah diri den ni ha.
Sobab 'eh, Negri Sembilan juara Piala Malaysia, jang!!!!
Yang lagi best, kalahkan Kolantan laei!!
Kami rakyat Nogoghi sonok sangat bukan eh apo...
... Cumo Nogoghi Sombilan memang bukan eh tokonal sobagai pomonang!
Apo2 sukan pun, mano pornah Negri Sembilan monang.
Selalu eh, team kami elok sikit pado team Molako, yo.
Cubo korang pikirkan boto-boto ~ bilo eh last korang ado terbaco kek surat khabar
Nogoghi monang apo-apo kejohanan sukan?
Ado? Takdo kan?
Jangan cakap bola, main batu teng-teng pun tak tontu laei team Nogoghi buleh monang.
Monang sorak tu selalu bona lah.
Jadi itulah sobab eh bilo dah monang kali ini
kami orang nogoghi mogah bona ghaso hati eh!!
Hobin, Jang, hobin!
Kito monang bosa!!!
Thursday, November 5, 2009
writer un-blocked
I came up dengan satu idea yang best untuk dianimasikan.
Dan cerita dari idea yang lahir tu dah almost 2 tahun wujud dalam ruang otakku.
Sejak setahun lebih dulu aku asyik mengarang dan merombak cerita aku ni sampaikan at one point, aku jadi lost dengan cerita yang terus beranak dalam benak ku.
Tiba-tiba, 3 minggu lalu, the right motivation datang mengetuk jiwa.
Komen seorang insan yang aku ni "ntah siapa-siapa ntah nak kacau script" berkaitan current project dalam bidang yang dah 6 tahun aku ceburi professionally betul-betul mencabar ego aku sebagai seorang 'Bob'.
Habis period melayan sedih dan kesiankan diri sendiri, I was determined ~ dah sampai masanya aku competekan draft script special project aku ni untuk counter-attack komen busuk itu.
Driven by the nasty words, for the past 21/2 weeks, aku amat busy mengarang dan berkarya.
Alhamdulillah, ilham meluap-luap dikurniakan Allah; my sequence of thoughts flow cantik, tiba-tiba banyak dapat ideas pasal incidents and accidents untuk cerita aku ni; gua memang focus on this script-writing process sampaikan benda-benda lain jadi insignifikan buatku.
Dan kepada korang semua aku nak kasi tahu, semalam finally siap 1st draft script aku tu. My animation feature script is completed (at least utk first draft). Tadi to complete the task, aku siap pergi bind kan the script. Puas hati aku.
Dan bila dah siap keje ni, aku sebenarnya terpaksa berterima kasih pada hamba Allah yang dengan kata2 siut nya itu, telah menjadi catalyst untuk aku menyiapkan script ini.
Some times, its funny what keeps us fighting in life, kan?