Wednesday, November 11, 2009

If This Ain't Love, What Is?



Wanita 73 tahun tuntut cerai mati ditikam suami

POLIS menahan warga emas yang disyaki menikam pasangannya
(di bawah payung) di Kampung Kuala Sungai, semalam.

ALOR SETAR: Akibat terlalu marah apabila isterinya berkeras menuntut cerai, seorang lelaki berusia 80-an dikatakan nekad membunuh pasangannya itu di Kampung Kuala Sungai dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, mangsa, Zabedah Ali, 73, dikatakan ditikam di perut dan sempat melarikan diri sebelum rebah serta meninggal dunia di halaman rumahnya.

Difahamkan, pasangan berkenaan dikatakan sudah hampir dua bulan tidak tinggal sebumbung selepas setahun mendirikan rumah tangga.

Bapa saudara mangsa, Mustafa Ahmad, 80, berkata lelaki itu yang tinggal di Kuala Kedah mengunjungi isterinya kira-kira jam 12.30 tengah hari untuk memujuk Zabedah supaya membatalkan hasratnya untuk bercerai.

"Bagaimanapun, Zabedah tetap mahu berpisah menyebabkan berlaku pertengkaran dan suaminya tiba-tiba mengeluarkan pisau yang diselit pada kain pelikatnya sebelum menikam isterinya sambil mengajak mangsa mati bersamanya," katanya.

Mustafa berkata, anak tiri mangsa yang menyaksikan kejadian itu sempat menghalang lelaki terbabit daripada terus menyerang Zabedah.

"Lelaki itu kemudian cuba melarikan diri, tetapi dapat ditahan anak tiri mangsa," katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab, ketika dihubungi mengesahkan lelaki itu kini ditahan untuk siasatan lanjut.

- Berita Harian, 9 Nov '09


Here's the song that automatically played in my head when I read this news yesterday:

Motley Crue - You're All I Need

So many times I said you'd only be mine
I gave my blood and my tears
And loved you cyanide
When you took my lips
I took your breath

Sometimes love's better off dead


Chorus:
You're all I need, make you only mine
I loved you so I set you free
I had to take your life

You're all I need, you're all I need
And I loved you but you didn't love me

You're all I need, make you only mine
I loved you so, so I put you to sleep.


Crime of passion? A moment of insanity? True love?

Boley buat filem cerita pakcik ni.....



No comments: