Wednesday, November 25, 2009

Acceptance



Raya Haji tahun ni aku takde rezeki nak bersedekah korban.

So, instead, last weekend aku rombak balik segala isi almari baju aku, dan identify clothes yang nak di'hand-down'kan kat adik2 sepupu di kampung.

Kebanyakan baju2 aku ni bukannya buruk, cuma sejak 6-8 bulan yang lalu, aku dah transform dari gempal ke obese. Jadi banyaklah baju2 baru yang bersaiz L dan XL yang akan dihantar pulang ke Lukut raya nanti.

Also, aku packkan sekali sehelai jeans levis aku yang bersaiz pinggang 34. Ye, satu masa dulu, aku pernah muat pakai jean saiz tu!


Selama ni, aku masih dok simpan jeans tu dengan harapan, nanti aku dah kurus, boley pakai balik.

But who am I to kid, huh? No way pinggang aku akan jadi 34 balik!

By giving away jeans tu, simboliknya, aku telah terima dengan hati yang tenang bahawa aku tidak akan kurus dah!




No comments: