Monday, May 31, 2010

Technology Bitch



Last Saturday, my BlackBerry Storm crashed.

Terus takde apa onscreen.

Aku cabut battery, aku keluar masuk kan SIM Card, still nothing.

Takde apa response bila aku turn butang 'On'.

Baru aku terasa betapa dependentnya hidup aku terhadap teknologi BlackBerry nih.

Satu weekend takleh nak dapat prompt updates and emails.

Sebab mandom, aku akhirnya sambung membaca sebuah novel yang aku dah start baca some time ago.

********

Aku call Celcom Customer Service Centre tadi.

Selepas dekat seminit bercakap dengan machine, finally aku disambungkan ke operator Celcom.

Aku kena bawak BB aku ke tempat aku beli, katanya.

Bawak 'Warranty Card' sekali ye?

Kalau aku tak salah, warranty BB aku akan tamat tak berapa hari lagi.

Moleklah kalau still under warranty.

Kalau kena bayar pun, apa boleh buat. Aku betul2 perlukan BB ku.

Aku juga seorang 'technology bitch' rupanya...



Wednesday, May 26, 2010

I Live Next to Stupid People... (a.k.a Kemarahan Maksima)



Orang selalu cakap, kena give and take bila hidup berjiran.

Tapi hari nih aku tak pedulik, aku bengang sangat nih. So bersedialah semua, aku nak mengumpat jiran sebelah umah aku.

Ceritanya macam nih:

Aku & Nen for the past year tak dok kat umah kami di Saujana Utama pada hari bekerja.

On working days, kami stay kat rumah Mak Mertua aku di PJ. Mainly sebab lebih senang aku nak ke Jln Yap Kwan Seng dari PJ berbanding dari Sungai Buloh.


Selalunya, hari Jumaat selepas kerja barulah kami balik ke rumah kami for the weekend.

Jiran sebelah rumah aku nih terdiri dari satu keluarga laki bini pencen yang ada 3 orang anak pompuan yang dah bekerja. So rumah mereka ada 3 kereta in total.

Yang jadi aku naik hangin adalah for the past year, sampailah ke hari nih, jiran sebelah rumah aku nih selalu suka park kereta betul-betul depan pagar rumah kami.

In fact, selalu sangat aku & Nen jadi bengang sebab selepas penat bekerja, alih-alih sampai rumah, kereta-kereta kami tak dapat nak dipark dalam compound rumah sendiri dek terhalang oleh kereta jiran.

Dah jadi satu kerja lak nak kena panggil mintak tolong alihkan kereta diorang barulah Nen dan aku boleh masuk ke rumah kami sendiri.

Berkali-kali kami dah cakap kat mereka "tolong jangan park kereta depan rumah kami"; bukankah di seberang jalan ada banyak ruang yang kereta mereka boleh park kalau mahu?

Beberapa belas kali yang pertama kami cakap baik-baik kat depa, tanpa sekali pun mereka mintak maaf.

Tapi sejak aku pindah office ke Glenmarie Shah Alam nih, makin keraplah kami balik ke Saujana Utama.

Dan masih jiran aku nih selalu park kereta depan rumah kami tanpa rasa bersalah sikit pun.

Hari nih Rabu, dan aku & Nen balik ke Saujana Utama. Pagi tadi aku ada cakap kat Nen sebelum pergi kerja, "Ntah-ntah petang nanti balik rumah, ada lagi kereta orang park depan pintu pagar umah kita."

Sampai-sampai ke rumah selepas kerja, apa yang aku cakap pagi tadi jadi kenyataan. Sekali lagi kereta aku tak boleh nak masuk sebab lahanat bodoh sebelah rumah park kereta depan pintu pagar aku lagi.

Nasib sebelum aku meletup, isteriku yang prihatin terhadap mood suaminya segera call rumah sebelah mintak alihkan kereta.

Kalau tak, memang ada kereta yang pancit tayar atau kena toreh.

Aku rasa tu je caranya nak mengajar orang yang tak reti bahasa.

Rumah aku nih bukan bapak kau yang bayar, babi, yang ko park depan nih apasal?

Timbang rasa lah sikit.

Karang kalau kami buat apa-apa, kami gak nanti jadi orang jahat.


Macam hari tu ada satu kes lain.

Ada ke di kawasan betul-betul depan rumah aku, ditanamnya ubi kayu tanpa mintak permission tuan rumah.

Aku takde jumpa lagi manusia yang dengan selamba badak dan tanpa hormat, boleh pergi tanam pokok ubi kayu depan rumah orang.

"Kalau depan rumah lu, lantak engkau lah," aku pikir.


So apa aku buat?

Aku cabut dan lontar jauh2 semua batang ubi kayu yang ditanam.

Lepas tu, boleh lak diorang masam muka kat aku laki bini.

Sekarang nih aku rasa nak call je deejay radio, dan kirimkan ucapan pada jiran aku yang berbunyi :

" 'WAK LU!"



Tuesday, May 25, 2010

Kryptonite ku


Satu bau yang amat kubenci adalah bau kopi.

In fact, aku alergic kepada kopi dan segala keturunannya.

Kepala jadi pening, tekak jadi loya bila ada contact dengan product2 berasaskan kopi.

Aku pernah menanggung malu yang teramat bila muntah di Coffee Bean kerana dipaksa kawan2 join sekali minum kopi kat kedai menjual kopi mahal itu.

Kerana aku tak tahan bau kopilah juga aku tak pernah bawak Nen ke kedai2 kopitiam seumpamanya. Kesian wife aku yang memang peminum kopi tegar.

Siapalah pulak yang suka minum kopi kat office nih?

Aaaah! Habis bau busuk ini meredap ke seluruh ruang yang ada.

Terpaksa lah aku berambus dari sini segera, sebelum kehilangan kuasa superheroku sepenuhnya!



Monday, May 24, 2010

Syair Melayu - Art Fazil


Hari ni aku beli CD lagu.

Sungguh, lama betul aku dah berhenti membeli CD lagu, especially album penyanyi Melayu.

Selalunya, apa-apa lagu yang aku berkenan, akan aku downloadkan je mp3nya.

Free dan mudah.

Tapi baru-baru nih aku ada terbaca album review Art Fazil bertajuk 'Syair Melayu.' Mamat nih sudah olah semula dan nyanyikan balik lagu-lagu rakyat lama dalam album ini.

"Macam menarik," aku jadi curious.

Aku yang sememangnya amat tertarik dengan konsep folk music yang Art Fazil bawak bersama Rausyanfikir dulu terus gi beli album nih tadi masa lunch kat Giant Shah Alam.

Verdict aku?

Bila terpasang je CD ini, ZUPP!! Aku terus ditarik kembali ke alam flashback.

Lagu-lagu dalam album nih benar-benar mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak dulu.

Siapa tak tahu nyanyi lagu-lagu macam 'Air Pasang Pagi', 'Ikan Kekek' mahupun 'Lompat Si Katak Lompat'? Lagu 'Rasa Sayang' pun ada, bai!

Sedar tak sedar, aku turut menyanyi sama sambil memandu.

Sesuatu yang aku suka, musical arrangement dan treatment terhadap lagu-lagu rakyat tersebut di tangan mamat ni memang unik dan layan.

Yang betul-betul aku hargai, mujur ada jugak sorang Melayu bernama Art Fazil yang berusaha menghasilkan semula lagu-lagu sebegini untuk semua.

Korang yang ada anak-anak, aku recommend sangat korang beli album 'Syair Melayu' nih.

Biar anak-anak kita dapat dengar dan belajar jadi familiar dengan lagu-lagu yang kita pernah nyanyikan dengan penuh keriangan suatu masa dulu.

Ini barang baik, bai!



Thursday, May 20, 2010

Palat # 2


Tadi office aku didatangi guests.

Lepas depa jumpa boss, the guests went around meeting me and the managers.

Mula-mula sekali, keluar comments yang muka aku macam Randy Jackson American Idol. Itu takde hal la.

Sekali salah sorang guest tu tanya aku selepas the introductions, "So, Bob, I was told that you are the oldest staff kat studio Glenmarie."

Aku jadi terkedu.

Tak pernah pulak aku pikir siapa paling tua dalam office nih.

Rupa-rupanya, I'm it.

Agaknya realising betapa kelat muka gua time tu, sorang lagi guest kami cuba cover balik dan kata, "... that means Bob is the most senior here, right?"

Senior? Hang ingat ini sekolah ke, where being the most senior benar-benar ada advantagenya?

Thanks for pointing it out, bastards.

Somehow these guests bukannya buat aku rasa macam senior, tapi more like a senior citizen instead!

Palat #1


Office baruku kat Glenmarie nih locationnya kat a row of new shophouses.


Kat ground floor bawah adalah ruang kedai untuk bukak kedai makan ke, cafe ke, apa ke.

Office aku kat tingkat atas on the first & second floor.


Baru-baru nih, sebelah office aku ni ada lah orang datang tengok2 the ground floor. Memang gaya macam nak bukak kedai makan.

Kami kat sini pun excited la dengan prospek akan ada kedai makan sebelah office.

Hari berganti hari, renovation works pun mula dibuat kat unit sebelah kami itu.

Kami tertanya-tanya,nak bukak kedai makan western ke nih?

Atau nak bukak satu lagi kedai mamak?


Sekali this week, terjawab persoalan kami.

Kat tepi kedai tu, direntangkan banner untuk announcekan perniagaan mereka.


Sekali baca, terus potong stim level Gunung Korbu kat Perak.

Rupa-rupanya depa nak bukak kedai jual Bak Kut Teh kat sebelah nih!

Cheh! Geli doh!




Sunday, May 16, 2010

Masalah Peniaga Melayu



Hidup aku selalu amat terganggu dek satu soalan.

"Ada duit kecik tak, Bang?"


Aku tak paham kenapa kalau kita membeli benda dari kedai Melayu, percentage untuk ditanya "Ada duit kecik tak, Bang?" amatlah tinggi.

Di sebuah negara di mana note duit kertas paling besar hanyalah bernilai RM100, aku tak paham significancenya soalan sebegitu.

"Berapa besar pulak duit lu ada?" aku kadang-kadang akan tanya balik.

Dan aku akan diberitahu ini salah bank, sekarang susah nak tukar duit, yada,yada,yadaa.


Yang menimbulkan musyhkil, kat kedai Cina tak wujud lak soalan sebegitu. Ada je duit pecah keluar dari laci kaunter kedai si Apek dan Nyonya.


Camna pulak depa ni sentiasa ada duit tukar?

Adakah bank-bank mengamalkan diskriminasi halus menjurus ke tahap konspirasi terhadap peniaga Pakcik dan Makcik Melayu dengan tidak memberi khidmat tukar wang kepada mereka?

Ke ini kerja pihak yang lebih berkuasa, Bank Negara mungkin?

Tapi itu bukan jawapannya.


Aku perasan yang kat hypermarket2 satu Lembah Kelang & Shah Alam pun ada machine tukar duit kertas untuk duit syiling.


Takde pulak ditulis ' Untuk Cina sahaja. Melayu tak boleh pakai.'

This rules out 'conspiracy' as the cause.


Pikir punya pikir, aku rasa jawapannya adalah:

Kedai Melayu meniaga untung banyak, apa barang nak simpan duit kecik.

Baik kira duit note besar yang berkepuk-kepuk tu.

Kalau malas nak kira, apa susah. Boleh upah Bangla!





Friday, May 7, 2010


Terbeliak mataku membaca perkabaran itu.

Dada berdebar; satu-satu susunan perkataan itu kuserap.

Sedar-sedar, aku tersenyum.

Dah tiba masa yang kunanti-nantikan sekian lama.

Pesta Pencak Silat buat pendekar lama dan baru telah diumum.

Insyallah, aku bersedia untuk beradu.

T.H.A.W.S juga sedang diasah kerambit gilangnya.

Amiiiin.



Monday, May 3, 2010



Walaupun production aku dah sampai final stagesnya, aku sekarang lebih terbeban dek something else.

Aku susah hati mengenangkan Adik sorang-sorang kat hospital.

Esok sampai Khamis aku dah apply cuti ~ aku akan lepak dengan Adik untuk beberapa hari akan datang .

Some one gotta be there temankan dia time-time macam nih.

Siapa-siapa pun perlukan the care, attention and support masa tak sihat.

Kesiannya si Adik, dia bujang lagi.

Tapi dia ada abang-abang.

Plannya, aku lepak dengan Adik nanti sampai Khamis.

Then Pian take over sampai Jumaat.

Weekend dia sure akan ada visitors.

So tak la Adik tongong kat hospital sorang-sorang.






Sunday, May 2, 2010

Tabahlah Hadapi Dugaan Allah, 'Dik.



Adik went for a slip disc corrective procedure last 23rd April.

It was unfortunate that he ended up in worse pain than before they did the procedure.

The doctor opened up Adik's back, did an operation on him last Thursday 29th April.

But things weren't 100% okay.

After the operation, while he feels less pain and able to walk, he also suffers numbness in parts of his body.

It's gonna take him at least 2 months to undergo further treatment and rehab, remaining in hospital sepanjang rehab.

Be strong, kid brother!

Aku & Pian tetap dengan kau.


***********

Arwah Mak's parting words kat aku sebelum dia coma and then meninggal dulu was, "Jaga adik-adik."

Insyaallah kami tak tinggalkan Adik sorang-sorang di masa sebegini, Mak.

Danial janji.