Sunday, May 16, 2010

Masalah Peniaga Melayu



Hidup aku selalu amat terganggu dek satu soalan.

"Ada duit kecik tak, Bang?"


Aku tak paham kenapa kalau kita membeli benda dari kedai Melayu, percentage untuk ditanya "Ada duit kecik tak, Bang?" amatlah tinggi.

Di sebuah negara di mana note duit kertas paling besar hanyalah bernilai RM100, aku tak paham significancenya soalan sebegitu.

"Berapa besar pulak duit lu ada?" aku kadang-kadang akan tanya balik.

Dan aku akan diberitahu ini salah bank, sekarang susah nak tukar duit, yada,yada,yadaa.


Yang menimbulkan musyhkil, kat kedai Cina tak wujud lak soalan sebegitu. Ada je duit pecah keluar dari laci kaunter kedai si Apek dan Nyonya.


Camna pulak depa ni sentiasa ada duit tukar?

Adakah bank-bank mengamalkan diskriminasi halus menjurus ke tahap konspirasi terhadap peniaga Pakcik dan Makcik Melayu dengan tidak memberi khidmat tukar wang kepada mereka?

Ke ini kerja pihak yang lebih berkuasa, Bank Negara mungkin?

Tapi itu bukan jawapannya.


Aku perasan yang kat hypermarket2 satu Lembah Kelang & Shah Alam pun ada machine tukar duit kertas untuk duit syiling.


Takde pulak ditulis ' Untuk Cina sahaja. Melayu tak boleh pakai.'

This rules out 'conspiracy' as the cause.


Pikir punya pikir, aku rasa jawapannya adalah:

Kedai Melayu meniaga untung banyak, apa barang nak simpan duit kecik.

Baik kira duit note besar yang berkepuk-kepuk tu.

Kalau malas nak kira, apa susah. Boleh upah Bangla!





3 comments:

Nisyah said...

kat kedai melayu, tak de calculator, nak kira guna otak - tak gi kelas mental arithmetic so bagi duit kecik senang sikit nak kira.....
so lain kali sediakan duit kecik ! seposen2 lebih bagus.....

eLCahyo said...

blogwalking, nice to meet your blog, it is a great n good blog...
please visit me and follow me...
thank you...
and friend greeting

blur88 said...

kat shah alam mane ye ade machine tukar duit siling pening mencari