Wednesday, May 26, 2010

I Live Next to Stupid People... (a.k.a Kemarahan Maksima)



Orang selalu cakap, kena give and take bila hidup berjiran.

Tapi hari nih aku tak pedulik, aku bengang sangat nih. So bersedialah semua, aku nak mengumpat jiran sebelah umah aku.

Ceritanya macam nih:

Aku & Nen for the past year tak dok kat umah kami di Saujana Utama pada hari bekerja.

On working days, kami stay kat rumah Mak Mertua aku di PJ. Mainly sebab lebih senang aku nak ke Jln Yap Kwan Seng dari PJ berbanding dari Sungai Buloh.


Selalunya, hari Jumaat selepas kerja barulah kami balik ke rumah kami for the weekend.

Jiran sebelah rumah aku nih terdiri dari satu keluarga laki bini pencen yang ada 3 orang anak pompuan yang dah bekerja. So rumah mereka ada 3 kereta in total.

Yang jadi aku naik hangin adalah for the past year, sampailah ke hari nih, jiran sebelah rumah aku nih selalu suka park kereta betul-betul depan pagar rumah kami.

In fact, selalu sangat aku & Nen jadi bengang sebab selepas penat bekerja, alih-alih sampai rumah, kereta-kereta kami tak dapat nak dipark dalam compound rumah sendiri dek terhalang oleh kereta jiran.

Dah jadi satu kerja lak nak kena panggil mintak tolong alihkan kereta diorang barulah Nen dan aku boleh masuk ke rumah kami sendiri.

Berkali-kali kami dah cakap kat mereka "tolong jangan park kereta depan rumah kami"; bukankah di seberang jalan ada banyak ruang yang kereta mereka boleh park kalau mahu?

Beberapa belas kali yang pertama kami cakap baik-baik kat depa, tanpa sekali pun mereka mintak maaf.

Tapi sejak aku pindah office ke Glenmarie Shah Alam nih, makin keraplah kami balik ke Saujana Utama.

Dan masih jiran aku nih selalu park kereta depan rumah kami tanpa rasa bersalah sikit pun.

Hari nih Rabu, dan aku & Nen balik ke Saujana Utama. Pagi tadi aku ada cakap kat Nen sebelum pergi kerja, "Ntah-ntah petang nanti balik rumah, ada lagi kereta orang park depan pintu pagar umah kita."

Sampai-sampai ke rumah selepas kerja, apa yang aku cakap pagi tadi jadi kenyataan. Sekali lagi kereta aku tak boleh nak masuk sebab lahanat bodoh sebelah rumah park kereta depan pintu pagar aku lagi.

Nasib sebelum aku meletup, isteriku yang prihatin terhadap mood suaminya segera call rumah sebelah mintak alihkan kereta.

Kalau tak, memang ada kereta yang pancit tayar atau kena toreh.

Aku rasa tu je caranya nak mengajar orang yang tak reti bahasa.

Rumah aku nih bukan bapak kau yang bayar, babi, yang ko park depan nih apasal?

Timbang rasa lah sikit.

Karang kalau kami buat apa-apa, kami gak nanti jadi orang jahat.


Macam hari tu ada satu kes lain.

Ada ke di kawasan betul-betul depan rumah aku, ditanamnya ubi kayu tanpa mintak permission tuan rumah.

Aku takde jumpa lagi manusia yang dengan selamba badak dan tanpa hormat, boleh pergi tanam pokok ubi kayu depan rumah orang.

"Kalau depan rumah lu, lantak engkau lah," aku pikir.


So apa aku buat?

Aku cabut dan lontar jauh2 semua batang ubi kayu yang ditanam.

Lepas tu, boleh lak diorang masam muka kat aku laki bini.

Sekarang nih aku rasa nak call je deejay radio, dan kirimkan ucapan pada jiran aku yang berbunyi :

" 'WAK LU!"



4 comments:

faiz said...

mau try park kereta lu kat depan rumah dia pulak?

Bob Danial said...

Aku ada pikir nak buat macam tu, tapi nanti jadik gaduh lak. Ni marah2 pun aku consider lagi tang nak jaga hati jiran.

Lagi pun Mak aku dulu selalu cakap, "Habis tu, kalau orang makan taik, takkan kita pun kena makan taik sama?"

ayish said...

buat mcm kat D.U dulu...letak tong sampah atas kereta diaorang...

Bob Danial said...

tak baik la ko nih Ayish, benda2 kita buat kat umah DU jangan dijadikan precedent.

sekarang style aku subtle skit - aku sapu hingus n kahak aku kat handle pintu jiran aku sebelah driver je.

that should do it, dont u think so?