Tuesday, June 29, 2010

Bob the Serabut


Aku kena siapkan satu write-up by this week.

Dari semalam aku cuba tunekan kepala untuk mengarangnya.

Dah jenuh aku type sana, type sini, bahagian write-up yang kubuat semalam bila dibaca pagi tadi terasa tak best. It simply doesn't do it for me. Maknanya terpaksa diolah lagi hari nih.

Hari nih pulak, sepanjang hari aku menaip, tapi aku rasa hasilnya kurang lebih tetap berkategori hampeh macam semalam.

Ni dah lepas maghrib, and I still have shit for my write-up.

Orang cakap ini 'writer's block.' Aku yang dah semakin tertekan tak berapa pedulik apa nama symptom ini.

Cuma di masa beginilah aku selalu dapat this one realization:

Sesungguhnya ilham itu adalah milik mutlak Allah;
kalau Dia tak mau beri, duduk sampai bontot bertaup
dengan lantai pun tak kan mari satu-satu idea tu.



Persoalannya sekarang, patutkah aku terus try mengarang malam ini, or adakah aku patut menyaksikan Jepun mencipta sejarah dengan menang match Round 2 lawan Paraguay pukul 10 karang?

Serabut, serabut!



Monday, June 28, 2010

Padan muka England!


Sana-sini semua dok kecoh pasal World Cup sekarang nih.

Strangely, this time around, aku tak berapa teruja pun pasal bola.

Sebabnya:

a) di bilik kami kat rumah Mak mertua di PJ, takde Astro.

b) balik Saujana Utama pulak, walaupun umah aku ada Astro, tapi subscription channel sukan dah lama didropkan in favour of the cartoon channels.

So macam orang lain yang tak melanggan Astro, slow sikitlah bahang World Cup kali nih.

Aku bukannya kaki yang suka melepak kat kedai mamak tengok screen besar ramai-ramai. Aku rasa claustrophobic dan lemas.

Kalau nak harap tengok siaran tertunda (lambat 2 jam) kat RTM, kirim salam je lah.
Game pukul 10 malam, dia tunjuk pukul 12 tgh malam; game pukul 2.30 pagi, dia tunjuk kul 4.30 pagi.

Sempat tangkap badak kalau nak menunggu satu-satu game.

Cuma malam tadi aku stay up sebab nak tengok delayed match Germany lawan England kat RTM1.

Tepat kul 12 tengah malam, aku tak tengok late news on tv sebab tak mau tahu results sebelum tengok actual game.

Game malam tadi memang best.

Tapi bila dah setengah second half berlalu, aku tertidur.

Sedar-sedar, Nen yang tutupkan tv at the end of the match & kasitau aku final score berapa.

Aku sambung tidur dengan puas hati sebab England kena titik 4-1.

Bayangkan pulak betapa bangganya Adolf Hitler kalau dia masih hidup!



Wednesday, June 23, 2010

My new IP... My latest 'baby'...


Hari nih aku meluap-luap dengan aura positif. I am very pleased with myself, indeed.


Puncanya, semalam aku berjaya siapkan proposal/concept bible untuk my latest animation IP*. My latest baby is ready for the world, baby!

I've toyed with a story idea since last year lagi ~ cuma officially, my initial notes show that aku started developing my idea seriously since early January this year.

Sepanjang 6 bulan nih, nak menyiapkan write-up nih bukannya senang, bai. Prosesnya amat renyah sekali. Dah la my current project 'Asian Legends' nih masih tengah on lagi. Selepas seharian bekerja kat studio ni, betapa penat gua kena tune kepala otak untuk develop my own IP pulak lepas time kerja.

Mula-mula nak petik idea cerita yang mantap & different from what has been seen before. Nakkan kelainan, under tajuk yang sama, aku ada 5 ke 6 version storyline & plot yg berbeza-beza. Re-writing the storyline je makan 3-4 bulan dari masa aku this year.

Dah puas hati dengan tu semua, kena create characters berserta personaliti masing-masing yang unik pulak. The mixture of the story and the characters kena kasi mesra betul2, everything must jive, barulah ia jadi betul-betul 'hor liaw'!


Once the storyline & character description dah ada, I had to turn to the experts, my trustworthy friends to help design the characters and also the background look & concept. From the many stroke styles and concepts suggested, aku kena pilih & lockkan pulak concept and animation style yang paling cun dengan cerita yang kutulis.

Once all of the idea/story/look & feel dah settle, everything must next be translated to a proposal document which include other actual production input like the production timeline, manpower and budget.

I am extremely happy today because the proposal looks good once it is ready, with the coloured characters and all on the printed pages.

How I wish I can share the details pasal cerita baru aku ni kat sini, but the thing about IP is that ianya terlalu senang dicilok. Karang gua penat2 abis masa, pecah pala nak pikir cerita, mamat lahanat lain yang nanti buat duit.

So korang kena la tunggu sampai ada perkembangan lain yang aku rasa sesuai & selamat nak dikongsi pasal my new story nih di masa depan.



* Btw, IP di sini bukan bermaksud 'Inspektor Polis', tapi adalah 'Intellectual Property.'



Wednesday, June 16, 2010

Multiple Palats



Palat yang pertama bermula selepas kedai bak kut teh di sebelah office aku dibuka secara rasminya Isnin baru-baru nih.

Palat kedua pulak bila pagi nih sampai kerja, tengok-tengok kat bawah office aku nak dibuka pulak kedai ayam katok bernama "Oriental Chicken". Aku dah mula terasa macam office nih kat Petaling Street pulak dah. Apa yang kurang hanyalah penjual vcd dan sorang apek jual buah berangan goreng.

Palat ketiga adalah bila aku masuk2 je bilik aku, sekali bau babi semerbak dalam bilik aku. Rupanya mamat yang kongsi bilik aku (bukan muslim) pergi bukak tingkap bilik kitorang yang betul2 bersebelahan dapur masak sup benda haram jadah tu.

Aku terus sound suruh tutup tingkap tu, tapi sekarang ni dah petang pun, masih aku terasa bagaikan hama2 babi tu semua masih bebas terbang bertaburan meredap dalam udara yang aku sedut.

Memang sial betul. Aku yang banyak kerja terus takde mood jadinya. Nak duduk kat tempat aku sendiri pun aku rasa geli geleman dan tak leh nak focus.

Aku dok pikir, aku memang tak boleh bekerja kat kawasan ni, kalau ini berterusan.

Kalau esok dia bukak lagi tingkap ni, mau aku terus tumbuk je karang.

Sensitive la sikit kalau ye pun ko suka sangat bau babi tu.

B-O-D-O-H, BODOH!



Wednesday, June 9, 2010

Mr Phang & kelas Sejarah



Malam nih, sambil aku buat timeline untuk re-work some animation projects done previously by the company I'm working for (waaaay before my time here) and main Mafia Wars, tetiba sorang member STAR bernama Kobes buzz tanya pasal result subject Sejarah aku masa SPM.


Terkedu kejap aku dengan soalan tu.

FYI, Sejarah bukanlah subject wajib untuk peringkat SPM kat STAR time aku dulu.

In fact, kurang 10 orang budak batch aku yang ambik paper Sejarah SPM.

Kami semua dropkan subject Additional Maths dan ambik Sejarah.

Dari awal Form Four, aku rasa nak pass subject Modern Maths pun macam payah sangat. Cepat-cepat aku register join kelas Sejarah supaya aku tak pening.


Co-incidentally, semua dalam kelas Sejarah Form 4 masa tu masing-masing ada kes. Insan-insan macam Corex, Dayak, Mat Ein, Kobes, Chet dan aku adalah muka yang agak infamous dengan cikgu dan Pengetua. Aku rasa, hanya Zepon sorang je 'budak suci' dalam kelas Sejarah kami masa tu. Lain2 semua kelabu asap.

Tapi seronok join kelas Sejarah tu, bai.

Konsepnya floating class.

Berpusing cari kelas je dah abis 15 minit. Masuk kelas, gelak2, abis lagi 10 minit. 15 minit je masa belajar setiap kelas.

Cikgu kami Mr Phang sempoi orangnya. Dia cuba treat kitorang mcm adults, something yang pada mulanya nampak useless sebab kitorang memang slackers yang memang hampeh. Initially, instead of appreciating the treatment, kami semua lebih berusaha nak pekena dia dalam kelas.


Kelakar teringat macam mana kami satu kelas berjaya kencing Mr Phang sampai dia tersebut "BUKIT PEKONG" instead of Bukit Kepong. Dekat 20 minit aku & Corex ketawakan dia sambil hi-five berkali2.

Tapi seperti cikgu negro dalam "To Sir With Love" dan Michelle Pfieffer dalam "Dangerous Minds", Mr Phang terus tekun mengubah kami.

Berkat kesabaran & under his guidance, kami siap masuk Kuiz Sejarah Peringkat Perak (aku wakil sekolah, tapi kami kena kitai dengan sekolah harian biasa), dan kami kemudiannya organisekan pulak Kuiz Sejarah untuk budak2 Form One STAR.

Of course the highlight of the quiz for the juniors adalah bila kami satu kelas dapat tengok secara 'live' Pengetua minum air yang kami hidangkan. Puas hati betul tengok Pengetua minum oren yang Mat Ein dah ludah kaw-kaw masa bancuh sampai habis. Berdekah-dekah kami gelak lepas tu sambil isap rokok ramai2.

Mr Phang sebenarnya memang cikgu yang best. Dia percaya kami adalah good boys, and eventually, we believed him, too. Adalah moment2 di mana we actually behaved well in his class.

And we actually felt sad masa Mr Phang kena pindah sekolah sebab naik pangkat.

On a hindsight, nasib baik gak aku ambik Sejarah masa SPM.

Itulah eye-opener yang bahawasanya aku memang suck at Maths and other Science subjects dan
sebenarnya memang takdir aku untuk excel dalam sastera dan kesenian instead.

Thank you, Mr Phang.

Sampai bila-bila kami kenang budi Cikgu.


nota kaki:

Sebab Nen tak puas hati dengan ending post di atas, aku nak tambah sikit:

All of us yang ambik subject Sejarah for SPM '89 passed the subject.

For most of us, total aggregate berjaya dikurangkan dengan bantuan score Sejarah.

Kini, kami semua telah tamat belajar, masing-masing berkarier dan berkeluarga.

Kami juga warga yang setia membayar cukai pendapatan tanpa gagal kepada kerajaan.

*** Harap isteriku lebih gembira dengan ending yang baru ini.





Tuesday, June 8, 2010

Oh Lovely!


Last Saturday and Sunday, I was stationed at PWTC, jaga booth company kat Muslimworld Biz Exhibition.


Overall, the two days memang mandom habis. Visitors tak seramai mana, and the event took away my plans for the weekend dengan Nen.

Coincidentally, that same weekend ada Education Fair one floor above our exhibition.

Bila mandom maksima dok melangut kat booth kami, aku pun pergi melahu kat booths Ed Fair.


Round punya round, aku tertarik pada satu booth yang kurasakan amat special sekali pada mulanya.


Telek punya telek, sekali rupanya ini university dari India.


Disebabkan ianya booth Universiti India mari, aku rasa tak patut aku takjub sangat dengan promosi yang dilakukan.

Tapi korang bacalah sendiri nama Universiti nih.


"Yes, Sir, ve 'ave very nice name indeed!"

Impressive kan nama U ni?

Aku salute keling-keling nih atas percubaan mereka bagi nampak organisation mereka the ultimately best.

Nasib baik tak dinamakan "Fair and Lovely Professional University" , hahahahahaha!



Wednesday, June 2, 2010

Banjir, bonjour!


Yesterday afternoon, it poured down more than cats and dogs.

It rained so heavily, something unexpected happened at our Glenmarie studio.

I was in the middle of a meeting on the 1st floor when some staff from the 2nd floor barged into the meeting room, all panicky.

"Tingkat atas banjir," we were told.

We all ran upstairs sambil aku pikir, "Macam mana lak tingkat atas boleh banjir? Bukan banjir selalu bermula dari tanah rendah? Ni tingkat paling atas pulak boleh banjir..."

Sampai kat 2nd floor, the first sight I had was water dripping down from the ceiling right above some working stations.

Yang lagi hebat, masa tu, the 3D animators yang dok buat kerja kat situ selamba je. No body moved or twitched. Air mula bertakung atas lantai.

Then suddenly, a gush of water fell down and the ceiling totally collapsed. Seluruh lantai 2nd floor terus banjir big time.

Masa tu, barulah semua orang kelam kabut cabut their PCs and the server machine from the sockets. Yang amat merbahayanya, the office socket pulak memang jenis tertanam on the floor. Air pulak mulai masuk dalam circuits.

Nasib baik takde siapa yang terkena electric current masa tu. Cepat-cepat kami turned the main switch off; kalau ada yang mati kena karan, jadi cerita lain pulak dah nanti.

Sedar-sedar, air jatuh melimpah-limpah dari tangga 2nd floor macam waterfall.

Before we knew it, air mula menitik jatuh ke office 1st floor pulak. The Concept Art room abis lencun carpetnya. Reception area habis banjir sama. Bilik COO pun air tiris jatuh dari ceiling.

Alhamdulillah, bilik aku & Sam selamat dari bencana. Langsung tak masuk air. Cepat-cepat aku tutup notebook & pack barang-barang aku.

Sepanjang episode ini, suasana studio kami petang semalam memang chaos ala-ala Titanic sebelum tenggelam.

All work was halted, damages seemed extremely bad. Semua orang chow, walaupun kerja yang due bertimpa-timpa.

We can't turn the electricity main switch sampai ke hari ni (for the fear of short circuit), and I am writing this entry from this restaurant yang satu row dengan studio kami.

In fact, hari nih aku tak masuk office pun lagi.

Kalau masuk office, mesti banyak benda akan dihalakan kat aku. Malas aku nak memikirkan ini masalah.

But since yesterday, I couldn't stop thinking, "what does all this mean?"

Maybe, possibly, ini satu petanda dari Allah buat kami semua?