Monday, June 28, 2010

Padan muka England!


Sana-sini semua dok kecoh pasal World Cup sekarang nih.

Strangely, this time around, aku tak berapa teruja pun pasal bola.

Sebabnya:

a) di bilik kami kat rumah Mak mertua di PJ, takde Astro.

b) balik Saujana Utama pulak, walaupun umah aku ada Astro, tapi subscription channel sukan dah lama didropkan in favour of the cartoon channels.

So macam orang lain yang tak melanggan Astro, slow sikitlah bahang World Cup kali nih.

Aku bukannya kaki yang suka melepak kat kedai mamak tengok screen besar ramai-ramai. Aku rasa claustrophobic dan lemas.

Kalau nak harap tengok siaran tertunda (lambat 2 jam) kat RTM, kirim salam je lah.
Game pukul 10 malam, dia tunjuk pukul 12 tgh malam; game pukul 2.30 pagi, dia tunjuk kul 4.30 pagi.

Sempat tangkap badak kalau nak menunggu satu-satu game.

Cuma malam tadi aku stay up sebab nak tengok delayed match Germany lawan England kat RTM1.

Tepat kul 12 tengah malam, aku tak tengok late news on tv sebab tak mau tahu results sebelum tengok actual game.

Game malam tadi memang best.

Tapi bila dah setengah second half berlalu, aku tertidur.

Sedar-sedar, Nen yang tutupkan tv at the end of the match & kasitau aku final score berapa.

Aku sambung tidur dengan puas hati sebab England kena titik 4-1.

Bayangkan pulak betapa bangganya Adolf Hitler kalau dia masih hidup!



3 comments:

faiz said...

Scorpion 4 - 1 Iron Maiden

Nen said...

yeay......

ni la satu2 nya game nen tengok....quarter final harus kita tengok...ha ha ha....lambat tak apa....yang penting germany menang malam tadik....

Bob Danial said...

lebih sesuai ditulis sebagai:

helloween 4 - 1 iron maiden