Wednesday, June 9, 2010

Mr Phang & kelas Sejarah



Malam nih, sambil aku buat timeline untuk re-work some animation projects done previously by the company I'm working for (waaaay before my time here) and main Mafia Wars, tetiba sorang member STAR bernama Kobes buzz tanya pasal result subject Sejarah aku masa SPM.


Terkedu kejap aku dengan soalan tu.

FYI, Sejarah bukanlah subject wajib untuk peringkat SPM kat STAR time aku dulu.

In fact, kurang 10 orang budak batch aku yang ambik paper Sejarah SPM.

Kami semua dropkan subject Additional Maths dan ambik Sejarah.

Dari awal Form Four, aku rasa nak pass subject Modern Maths pun macam payah sangat. Cepat-cepat aku register join kelas Sejarah supaya aku tak pening.


Co-incidentally, semua dalam kelas Sejarah Form 4 masa tu masing-masing ada kes. Insan-insan macam Corex, Dayak, Mat Ein, Kobes, Chet dan aku adalah muka yang agak infamous dengan cikgu dan Pengetua. Aku rasa, hanya Zepon sorang je 'budak suci' dalam kelas Sejarah kami masa tu. Lain2 semua kelabu asap.

Tapi seronok join kelas Sejarah tu, bai.

Konsepnya floating class.

Berpusing cari kelas je dah abis 15 minit. Masuk kelas, gelak2, abis lagi 10 minit. 15 minit je masa belajar setiap kelas.

Cikgu kami Mr Phang sempoi orangnya. Dia cuba treat kitorang mcm adults, something yang pada mulanya nampak useless sebab kitorang memang slackers yang memang hampeh. Initially, instead of appreciating the treatment, kami semua lebih berusaha nak pekena dia dalam kelas.


Kelakar teringat macam mana kami satu kelas berjaya kencing Mr Phang sampai dia tersebut "BUKIT PEKONG" instead of Bukit Kepong. Dekat 20 minit aku & Corex ketawakan dia sambil hi-five berkali2.

Tapi seperti cikgu negro dalam "To Sir With Love" dan Michelle Pfieffer dalam "Dangerous Minds", Mr Phang terus tekun mengubah kami.

Berkat kesabaran & under his guidance, kami siap masuk Kuiz Sejarah Peringkat Perak (aku wakil sekolah, tapi kami kena kitai dengan sekolah harian biasa), dan kami kemudiannya organisekan pulak Kuiz Sejarah untuk budak2 Form One STAR.

Of course the highlight of the quiz for the juniors adalah bila kami satu kelas dapat tengok secara 'live' Pengetua minum air yang kami hidangkan. Puas hati betul tengok Pengetua minum oren yang Mat Ein dah ludah kaw-kaw masa bancuh sampai habis. Berdekah-dekah kami gelak lepas tu sambil isap rokok ramai2.

Mr Phang sebenarnya memang cikgu yang best. Dia percaya kami adalah good boys, and eventually, we believed him, too. Adalah moment2 di mana we actually behaved well in his class.

And we actually felt sad masa Mr Phang kena pindah sekolah sebab naik pangkat.

On a hindsight, nasib baik gak aku ambik Sejarah masa SPM.

Itulah eye-opener yang bahawasanya aku memang suck at Maths and other Science subjects dan
sebenarnya memang takdir aku untuk excel dalam sastera dan kesenian instead.

Thank you, Mr Phang.

Sampai bila-bila kami kenang budi Cikgu.


nota kaki:

Sebab Nen tak puas hati dengan ending post di atas, aku nak tambah sikit:

All of us yang ambik subject Sejarah for SPM '89 passed the subject.

For most of us, total aggregate berjaya dikurangkan dengan bantuan score Sejarah.

Kini, kami semua telah tamat belajar, masing-masing berkarier dan berkeluarga.

Kami juga warga yang setia membayar cukai pendapatan tanpa gagal kepada kerajaan.

*** Harap isteriku lebih gembira dengan ending yang baru ini.





6 comments:

faiz said...

mesti ingat punya. lepas tu cikgu azlan plak takeover, agak muda dan bermotor besar...those were the times

Nen said...

hmmm

ENDING still TAK best !

Khairul said...

Ya sebab cikgu azlan Dan mr phang wa dapat a1 subject tu. Bob jgn lupa drama sejarah peristiw bintang tiga yang mana watak Utama adalah ah pang

Jamal Sharif said...

Agreed ..
best decision i ever made during schooldays
kalau ambik add math .. confirm hanyut ..
gua dapa A beb utk sejarah..


-Corex-

faiz said...

ingatkan blh lari amik add math, masuk ITM kena blajar jugak. budak2 yg dah amik tu senyum2 lahanat je...

Bob Danial said...

nasib aku buat TESL, langsung takde dah matematik menyemakkan hidupku, yippeeee!!

tapi sekarang kalau ko suruh aku kira banyak2 tanpa calculator, ko akan nampak betapa benaknya aku sebenarnya!!!!