Thursday, December 24, 2009

KINABATANGAN, KENABATANGAN & KEBINATANGAN



Bung Mokhtar the Kinabatangan MP, you're the man!


Mamat ni kahwin artist. Kenabatangan Kinabatangan lah artist tu.

Big hoo-haa. Satu Malaya kecoh.


Tapi dalam semua orang tumpang seronok, keluar pulak ini berita kebinatangan:

Last week, keluar report enjin jet fighter TUDM hilang.

I repeat: TUDM jetfighter's engine. RM50mil harganya.


I dont give a shit pasal the jetfighter, but like every one else these days, that much of money raised my eyebrow.

Let's look at the sequence of mainstream newspaper reports from Berita Harian and NST:




Dalang dijejak

Berita Harian

'Orang dalam' syarikat selenggara dipercayai ada kaitan kes enjin jet TUDM hilang

KUALA LUMPUR: 'Orang dalam' syarikat penyelenggaraan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipercayai menjadi perancang utama dalam kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E, bernilai kira-kira RM50 juta, milik TUDM dari gudang simpanannya di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, akhir tahun lalu.


>>>bloody hell, orang dalamnya mestilah top-ranking army personnel bastard! Takkan Sarjan or Pegawai Waran 1!




Missing jet fighter engine: Top general sacked

2009/12/21 NST

A brigadier-general and 40 other armed forces personnel were sacked late last year
over their alleged involvement in the case of the missing RM50 million jet
fighter engine belonging to the Royal Malaysian Air Force (RMAF).

Those sacked lost their pension and other benefits as former servicemen while others had to opt for early retirement. The punishment was based on the severity of their involvement.

>> lahanat! Dah songlap RM50 mil, setakat kena sacked je? Apa nak risau tak dapat pencen yang setakat 100k, 200k tu, 50juta dah atas tangan!

>> bukan setakat tak dapat pencen, patut dipenjarakan je dulu sapa2 yang terlibat. This is an apparent case of treason, bai!




Missing fighter jet engine: No cover up, says Najib

2009/12/21 NST

PUTRAJAYA: The government has no intention to cover up the case of the missing aircraft engine belonging to the Royal Malaysian Air Force (RMAF), Datuk Seri Najib Tun Razak said today.


>> btw, for the record, this theft happened while Najib was the Minister of Defense. No cover up? Then why did it take almost 2 years to finally reveal this case?

>> lagipun, nak cover macam mana? Berapa besar daa itu enjin jet?



Bukan satu tapi dua

21/12/09 Berita Harian

Sebuah lagi enjin pesawat tempur F-5E TUDM hilang pada 2007

KUALA LUMPUR: Bukan satu tetapi dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang, masing-masing berharga RM50 juta, apabila sebuah lagi dipercayai hilang lima bulan selepas kehilangan enjin pertama.

Enjin yang kedua hilang ketika menunggu untuk diselenggarakan di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, dua tahun lalu dan disedari pada Mei 2008. Laporan polis dibuat tiga bulan kemudian.


>>> sekali tengok, bukan satu, tapi dua enjin jet kena tibai. That's RM100mil! That much duit rakyat kena curik.

>>> bukan PENGKHIANAT negara ke sapa yang curi nih?


Beberapa lagi peralatan TUDM hilang: Zahid

23/12/09 Berita Harian

KUALA LUMPUR: Beberapa lagi peralatan serta alat ganti dilaporkan hilang daripada inventori Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selain dua enjin jet F-5E , kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.


>>> and the list of stolen items goes on and on. Apa2 yang boley kapur, kapurkan!

>>> What surprises me most is ini sebesar2 enjin jet tu, pun boley kena ranjun.

>>> Aku rasa mesti askar ramai yang tak heran kalau setakat curik kaya, margerin & lauk kari dalam tin yang ada cop 'Hak Kerajaan Malaysia' tu kalau berbanding dengan apa yang lahanat2 nih dah curik!


Kebinatangan sungguh lah diorang nih!

Kasi la aku duit tu sikit!

Aku dulu ahli Kadet Bersatu masa sekolah, bai!




Thursday, December 17, 2009

1431 Hijrah



Salam Maal Hijrah.


Marilah kita akhirkan tahun ini dengan kesudahan yang baik.

Berdoalah moga tahun baru bermula dengan lebih baik.


Dan sedarlah yang kita semakin tua.



Tuesday, December 15, 2009

Bob's Cool Tshirts (part 4)



The last of my cool t-shirts collection:








'The Fat Lady Sings'
Salah satu fav t-shirt aku. Simple. Tapi direct.




Design pro-socialist.





Led Zep
Need I to say more? It's Led-fucken-Zep, man!


GNR

Tak rock la kalau tak layan GNR, bai! Aku used to have a few more GNR t-shirts, tapi inilah last yang ada dalam simpanan aku.

Sekarang bila aku pakai baju nih, perut aku dah macam buah nangka dipokok yang disalut baju pagoda koyak & lunyai bagi mengelak serangan serangga dan makhluk perosak.

Tapi aku masih tara hal kalau orang tengok pusat aku bila pakai baju nih. Nasib korang lah!



Abang Jimi
Inilah baju Hendrix sehelai lagi yang aku pernah mention kat post aku some time back.

By far, baju yang paling aku banggakan.

'Strats, Sex & Hysteria' tu!



Sekianlah cerita saya kali ini.

"Bersurai, sini bukan panggung wayang," kata polis kepada orang ramai.



Wednesday, December 2, 2009

JAHAT SANGATKAH SAYA NI?



Semalam masa aku nak balik berlaku sesuatu yang menarik perhatian.


The moment pintu lift terbukak beberapa floor beneath my office, masuklah seorang pompuan Cina berumur maybe dalam early 40s. Pakai spek bingkai colour merah, kurus kering.

Sepanjang lift turun ke Ground floor, pompuan Cina ni tadi paut handbagnya dengan kuat sambil sekali-sekala mencuri2 jeling kat aku. Aku buat cool tak de apa2 ~ gasak kau lah Cina, aku penat nak balik umah lepas bekerja nih. Dah pukul 8 malam dah masa tu!

Sampai di Ground floor, kami berdua keluar. Pompuan cina tu tekan button the next lift untuk turun basement. Aku pun layan tunggu lift yang sama dengan dia.

Muka pompuan Cina nampak resah sebab aku tak blah-blah. Makin kemas pautan pada handbag dia.

Bukak je pintu lift, aku ikut dia masuk. Aku dapat rasakan si Cina sorang ni semakin cuak.

Dia tekan button Basement 2. Aku tak tekan apa2 sebab aku memang park kereta kat B2.

Si Cina memandang aku tanpa suara. Aku paham makna pandangannya itu, "Lu mana mau pigi nih oi?"

"B2," aku jawab ringkas.

Sampai di B2, bila pintu bukak, pompuan cina suruh aku keluar dulu.

Takut lah tu.

Aku pun berjalan tuju kereta, dgn si pompuan Cina berjalan di belakang dalam jarak selamat dari aku. Masuk je aku ke dalam kereta, sekali rupanya kereta dia park sebelah kereta aku.

Pompuan Cina sengih2, maybe rasa bersalah sebab sangka buruk kat aku.

Tapi itu semua dah terlambat bagi aku.

Aku nih nampak jahat sangatkah?

Gua siap tempang lagi ni, lu nak usha2 ingat gua nak cilok barang lu.

Siut je!




Thursday, November 26, 2009

Bob's Cool T-shirt (Miscellaneous)

Theme : Bebas tapi best


Meaning: 'Happiness'
Baju ni beli kat Penang masa time honeymoon baru2 kahwin dulu. Amat sajaklah the wording on this t-shirt dengan my life sejak berkahwin dengan Nen aku.
Gua sayang baju ni ooo...




Samurai
One of the t-shirts still well-kept from the 90's bought masa Abah selalu stationed kat Jepun.





Average Joe's Gym
Re-produced based on the movie 'Dodgeball'. The average Joe part yang buat aku sayang sangat this t-shirt. Totally made for regular blokes like me.




Mafi Mushkila

T-shirt given by brother-in-law gua Malek yang based kat Arab Saudi. whatever it means, 'mafi mushkila' is a killa!





Japanese Sun

Salah satu t-shirt yang lama dalam koleksi. Juga dah layak jadi kain buruk, tapi masih aku pakai selalu sebab aku suka.





Hooters

Of the famed US-based "family" restaurant. Heheheeh.





Hello

Probably t-shirt yang aku rank as paling cool dalam banyak2. Siap ada exemption clause, lagi!
Memang 'slacker's shield', indeed.

Bob's Cool Tshirts (Part Deux)


Theme : Cool Captions


Ini pulak t-shirts gua dengan cool captions....

























"You had me at get lost" tu memang aku suka sangat...









Wednesday, November 25, 2009

Acceptance



Raya Haji tahun ni aku takde rezeki nak bersedekah korban.

So, instead, last weekend aku rombak balik segala isi almari baju aku, dan identify clothes yang nak di'hand-down'kan kat adik2 sepupu di kampung.

Kebanyakan baju2 aku ni bukannya buruk, cuma sejak 6-8 bulan yang lalu, aku dah transform dari gempal ke obese. Jadi banyaklah baju2 baru yang bersaiz L dan XL yang akan dihantar pulang ke Lukut raya nanti.

Also, aku packkan sekali sehelai jeans levis aku yang bersaiz pinggang 34. Ye, satu masa dulu, aku pernah muat pakai jean saiz tu!


Selama ni, aku masih dok simpan jeans tu dengan harapan, nanti aku dah kurus, boley pakai balik.

But who am I to kid, huh? No way pinggang aku akan jadi 34 balik!

By giving away jeans tu, simboliknya, aku telah terima dengan hati yang tenang bahawa aku tidak akan kurus dah!




Bob's Cool T-shirts (Theme: Rock)


Dalam aku memilih2 pakaian 'korban' untuk diwakafkan, aku terperasan yang aku ni sebenarnya ada co
llection t-shirts yang cool, bai.

Aku ada a few rock band t-shirts (ada yang dah lama sangat sampai colour t-shirt yang asalnya hitam dah jadi kelabu & collarnya dah lunyai!), ada yang funny captionnya, ada yang cantik visualnya, dan ada yang bila aku tengok, brought back many good memories.


Lalu aku snap photos of my t-shirts sebagai kenangan (sebab ada yang akan di'give-away'kan) dan aku share designs t-shirts aku & my comments kat sini:


Metallica - Sandman

Baju ni aku beli in 1992 rasanya, masa tu Metallica keluar the black album. Baju rock paling lama dalam simpanan ~ colour dah kusam. Tapi bila aku pakai, budak2 muda ramai usha sambil panggil2 aku 'otai'. Tak kisah la, jangan diorang beri aku penumbuk sudah.

Memang bengong tul ah (is this a sign?), dah brapa kali aku cuba, bila upload, image baju ni mesti appear terbalik. Gasaklah!


Note: Ini rupa tshirt tu yg sebenarnya:

Front

Back


Aerosmith

One of favourite bands aku, and I have 2 of their t-shirts to prove it! Steven Tyler hebat, bai. Harap2 dia tak jadi quit la, semua band members dah tua bangka pun. T-shirt2 aku ni pun dah lusuh.





Cheap Trick

One of the underrated US rock band (maybe sebab diorang banyak cover other people's songs), I love the design on this t-shirt. Simple je. Had this t-shirt since 2002. Pun dah lunyai.



Jimi Hendrix


Need I say more? Siapa2 yang mengaku rock tapi tak layan Hendrix pada aku memang poser. Baju ni adik aku Pian belikan kat Indon last year. Aku ada sehelai lagi baju Hendrix, tapi masa aku sibuk snap gambar tu tak jumpa pulak t-shirtnya.



Led Zeppelin - Remastered
Back in 1993, some artists paid tribute to Led Zep and covered their songs. Lepas tu keluar album 'remastered' ni. Aku dapat baju nih kat Hard Rock Cafe masa layan live show local artists singing LedZep's songs. Memang classic!


front



Syd Barret

Madman from Pink Floyd. Aku beli kat Central Market 2-3 tahun lepas. Best nya bila pakai baju ni, hanya siapa yang tahu, tahu siapa mamat nih.




That's all for this round. I'll be posting up more t-shirt designs from my collection soon!



Thursday, November 12, 2009

If You Don't Love Me, Lie To Me...



"If you don't love me - lie to me
'Cause baby you're the one thing I believe
Let it all fall down around us
If that's what's meant to be
Right now if you can't love me baby - lie to me
Lie to me."

~ Bon Jovi

Graduate to hang for murder of girlfriend

2009/11/12

SHAH ALAM: They were a loving couple and had a bright future ahead of them.

Irawadi Mohammad was an economics graduate from Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) while his girlfriend, Norzi Ayu Mohd Noor, was a medical researcher.

Their future, however, came crashing down five years ago when Norzi Ayu decided to end the relationship.

Feeling rejected, Irawadi decided that if he could not have her, no one else would. He broke into her home, took a knife from the kitchen and stabbed her to death.

Yesterday, the High Court here sentenced Irawadi, 27, to the gallows for the murder of his former lover, who was then 26 years old.

The incident took place at her home at No. 2-1-6, Block ST2, Apartment Sri Tanjung, Jalan 7/1D in Section 7, Bandar Baru Bangi between 3.30pm and 5pm on July 26, 2004.

Judicial commissioner Mohd Yazid Mustafa found him guilty after a full hearing at which 19 witnesses testified.

"Witnesses had testified that Irawadi and Norzi Ayu's relationship was on the rocks and when
she told him that she was going to marry another, he was said to have uttered, 'if I can't have her, no one can'. (NST)


Bob cakap:


Selepas pakcik 'Sid Vicious' dari Kedah tu, nampaknya, ni ada sorang lagi yang sama kes.


Aku teringat... many years back, lepas keluar berita sekor ular sawa makan orang, hampir tiap hari ada cerita dapat tangkap ular makan kambing lah, ular besar gila makan anak lembu lah, tapi semua berita tu pasal ular lah.

Nampaknya sekarang ni time naik cerita kes bunuh kerana cinta la pulak!


Esok lusa mesti akan ada similar cases keluar paper, percayalah cakap aku!

Nasihat aku cuma satu: Jangan bunuh orang yang dikasihi.

Sekian, terima kasih.



Wednesday, November 11, 2009

If This Ain't Love, What Is?



Wanita 73 tahun tuntut cerai mati ditikam suami

POLIS menahan warga emas yang disyaki menikam pasangannya
(di bawah payung) di Kampung Kuala Sungai, semalam.

ALOR SETAR: Akibat terlalu marah apabila isterinya berkeras menuntut cerai, seorang lelaki berusia 80-an dikatakan nekad membunuh pasangannya itu di Kampung Kuala Sungai dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, mangsa, Zabedah Ali, 73, dikatakan ditikam di perut dan sempat melarikan diri sebelum rebah serta meninggal dunia di halaman rumahnya.

Difahamkan, pasangan berkenaan dikatakan sudah hampir dua bulan tidak tinggal sebumbung selepas setahun mendirikan rumah tangga.

Bapa saudara mangsa, Mustafa Ahmad, 80, berkata lelaki itu yang tinggal di Kuala Kedah mengunjungi isterinya kira-kira jam 12.30 tengah hari untuk memujuk Zabedah supaya membatalkan hasratnya untuk bercerai.

"Bagaimanapun, Zabedah tetap mahu berpisah menyebabkan berlaku pertengkaran dan suaminya tiba-tiba mengeluarkan pisau yang diselit pada kain pelikatnya sebelum menikam isterinya sambil mengajak mangsa mati bersamanya," katanya.

Mustafa berkata, anak tiri mangsa yang menyaksikan kejadian itu sempat menghalang lelaki terbabit daripada terus menyerang Zabedah.

"Lelaki itu kemudian cuba melarikan diri, tetapi dapat ditahan anak tiri mangsa," katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab, ketika dihubungi mengesahkan lelaki itu kini ditahan untuk siasatan lanjut.

- Berita Harian, 9 Nov '09


Here's the song that automatically played in my head when I read this news yesterday:

Motley Crue - You're All I Need

So many times I said you'd only be mine
I gave my blood and my tears
And loved you cyanide
When you took my lips
I took your breath

Sometimes love's better off dead


Chorus:
You're all I need, make you only mine
I loved you so I set you free
I had to take your life

You're all I need, you're all I need
And I loved you but you didn't love me

You're all I need, make you only mine
I loved you so, so I put you to sleep.


Crime of passion? A moment of insanity? True love?

Boley buat filem cerita pakcik ni.....



Tuesday, November 10, 2009

Kito monang, kito juaro! Ekau kalah, ontok-ontok yo?



Dari hari Sabtu sampailah ko hari ni, den dapek ghasokan orang2 nogoghi ramai yang sonyum hepi, riang, somuo eh suko hati yo, tormasuklah diri den ni ha.

Sobab 'eh, Negri Sembilan juara Piala Malaysia, jang!!!!

Yang lagi best, kalahkan Kolantan laei!!


Kami rakyat Nogoghi sonok sangat bukan eh apo...

... Cumo Nogoghi Sombilan memang bukan eh tokonal sobagai pomonang!

Apo2 sukan pun, mano pornah Negri Sembilan monang.
Selalu eh, team kami elok sikit pado team Molako, yo.


Cubo korang pikirkan boto-boto ~ bilo eh last korang ado terbaco kek surat khabar
Nogoghi monang apo-apo kejohanan sukan?
Ado? Takdo kan?


Jangan cakap bola, main batu teng-teng pun tak tontu laei team Nogoghi buleh monang.
Monang sorak tu selalu bona lah.


Jadi itulah sobab eh bilo dah monang kali ini
kami orang nogoghi mogah bona ghaso hati eh!!


Hobin, Jang, hobin!

Kito monang bosa!!!




Thursday, November 5, 2009

writer un-blocked



I came up dengan satu idea yang best untuk dianimasikan.


Dan cerita dari idea yang lahir tu dah almost 2 tahun wujud dalam ruang otakku.

Sejak setahun lebih dulu aku asyik mengarang dan merombak cerita aku ni sampaikan at one point, aku jadi lost dengan cerita yang terus beranak dalam benak ku.

Tiba-tiba, 3 minggu lalu, the right motivation datang mengetuk jiwa.

Komen seorang insan yang aku ni "ntah siapa-siapa ntah nak kacau script" berkaitan current project dalam bidang yang dah 6 tahun aku ceburi professionally betul-betul mencabar ego aku sebagai seorang 'Bob'.

Habis period melayan sedih dan kesiankan diri sendiri, I was determined ~ dah sampai masanya aku competekan draft script special project aku ni untuk counter-attack komen busuk itu.

Driven by the nasty words, for the past 21/2 weeks, aku amat busy mengarang dan berkarya.

Alhamdulillah, ilham meluap-luap dikurniakan Allah; my sequence of thoughts flow cantik, tiba-tiba banyak dapat ideas pasal incidents and accidents untuk cerita aku ni; gua memang focus on this script-writing process sampaikan benda-benda lain jadi insignifikan buatku.

Dan kepada korang semua aku nak kasi tahu, semalam finally siap 1st draft script aku tu. My animation feature script is completed (at least utk first draft). Tadi to complete the task, aku siap pergi bind kan the script. Puas hati aku.

Dan bila dah siap keje ni, aku sebenarnya terpaksa berterima kasih pada hamba Allah yang dengan kata2 siut nya itu, telah menjadi catalyst untuk aku menyiapkan script ini.

Some times, its funny what keeps us fighting in life, kan?





Friday, October 23, 2009

Sakit mata, sakit hati.


Seeing an akak selamba je driving a Caldina dengan gaya macam nak pergi pasar is too much for me.

A punch below the belt.

Ouch!

Wednesday, October 21, 2009

Terlintas di ingatan

Ayat standard Abah masa aku kecik dulu:


"Pergi *baca buku/mengaji/buat homework/tolong Mak kau/masuk tidor!!!!

(* Sila pilih satu)

Asyik-asyik tengok TV!

TV, TV, TVVVVVVVV!

Esok TV tu yang kasi engkau makan?"



Tuesday, October 20, 2009

versus

A game is best played against some one who can play the game well.

It can be fun to play a game against some one who at least knows how the game should be played.

Now I'm up against some one who knows not how to play, knows not the rules, yet wins every time by merit of owning the stadium.

Not fun at all, bai!



*** Seriously thinking of setting up my OWN studio for good nih! Sapa nak ikut???

Thursday, October 8, 2009

Di 'Lebar'an Ini....

Hari ni dah Khamis.

Bau weekend dah mula semerbak dalam hati almost semua orang aku rasa.

And since ini masih musim raya, weekend ini jugak ramai orang akan pergi memenuhi jemputan atau membuat open house. Ada yang buat open house big scale budgetnya; ada yang biasa2 je.

Tapi insyaallah semua open house tu akan meriah.

Dan di mana-mana open house pun, semua orang akan makan, gelak, makan, gelak, makan lagi, dan gelak lagi sebelum pulang ke rumah sendiri dengan hati yang riang dan perut yang boyot.

Ironik bukan, apabila nama lain bagi Hari Raya adalah Hari
Lebaran [cuba sebut dengan 'e' taling (e.g ekor), bukan 'e' pepet (e.g.emak)].

Memang terasa sungguh yang badan aku pun semakin lebar dan tebal di Lebaran tahun ini.

Buktinya pulak, pagi tadi seluar kerja aku terasa semakin sendat.

Sebelum raya dulu okay je.



Wednesday, October 7, 2009

gila bayang









Gadis idamanku
Hanya engkau yang satu
Hadirlah
di dalam mimpi-mimpi ku.....







Monday, October 5, 2009

Bengkek Betul!!!


Maka aku, Bob Danial Sabudin dengan ini mengumumkan yang aku tidak akan sekali-kali menyokong kerajaan BN selepas ini atas kenaikan lagi harga rokok dari RM9.00 kepada RM9.30 sekotak Marlboro 20.

Lu orang memang cipet ah!!!!

Aku doakan korang kalah kat Bagan Pinang.



Salut Beach Boys!!!!!



Hahahahahahahahaha

Apa2 pun, selain dari seronok dapat berkumpul dengan kawan2 lama di Aidilfitri, sesungguhnya dengan hati paling suci aku declare yang aku happy, puas hati gila weekend ni, mainly sebab laporan ni yang keluar hari Sabtu:




Abdul Azeez ditumbuk penyokong lawan

PORT DICKSON: Pengerusi Biro Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, mendakwa beliau ditumbuk oleh kira-kira sembilan penyokong parti lawan ketika melintas masuk ke pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang sebentar tadi hingga mengalami kecederaan di leher kiri. -Utusan Malaysia,


Mamak UMNO ni memang patut kena belasah, muka dia pun memang stok mintak kena wallop. Selalunya muka berlagak je mamat ni, dah kena labi, buat2 muka sedih macam sial!

HAHAHAHAHAHAHAHAH!!

Good one, orang PD! Ini macam lah baru beach boy!



Wednesday, September 30, 2009

Politico Corrupto


Sebagai orang yang spent 10 tahun pertama hidupnya di Port Dickson dan kini rumah bapaknya di Teluk Kemang, Port Dickson, aku rasa aku berhak tulis pasal the upcoming by-election kat Bagan Pinang.


Dalam punya banyak manusia dan beruk yang ada kat daerah Port Dickson dan Negeri Sembilan keseluruhannya, apasal lah dipilih Mat Isa 'Doraemon' Samad untuk bertanding?

Mat Isa ni confirm rasuah, bai.

Orang UMNO sendiri yg jatuh hukuman kat mamat ketot ni.

Abis tu, pasal dipilih dia ni lagi?

Mesti kes dah takde orang lain dah ni.

Menyedihkan.

Takde orang lain dah ke kat Port Dickson?

Tapi jangan terkejut kalau Mat Isa menang.

Mat Isa patut menang, sebab dengarnya undi askar je dah ada dalam 4,000. Dan kat suratkhabar UMNO cakap dia calon terbaik. Orang Bagan Pinang suka dia.

Dan orang Port Dickson ni, sebagaimana rakyat dari bandar-bandar pertengahan saiz lain dalam Malaysia, masih terlalu mudah untuk dimomok-takutkan dengan cakap2 yang berbunyi, "kalau PAS menang, takde pembangunan lah PD" atau "kalau BN kalah, nanti jadi 13 Mei lagi".

Masih ada lahanat2 yang dok argue macam tu, jangan korang tak tahu.

Macamlah maju sangat Port Dickson sepanjang under BN!

Setakat ada KFC, Pizza Hut, Satay Hj Samuri bukan kemajuan namanya, bai.

Takyah bangga sangatlah dengan PD Walk, Store dan Billion Supermarket korang, kalau weekdays town Port Dickson macam pekan koboi.

Dari time aku kecik lagi dengar cerita nak buat theme park ala2 Disneyland kat PD.

Nampaknya sampai aku mati takkan menjadi kut plan tu.

Korang patut jangan lupa, dulu under BN lah yang kontrak buat toilet kat tepi pantai berharga sampai RM1juta. Aku tak buat cerita. Keluar suratkhabar apa dulu kes ni. Toilet tu pun biasa je, Takde pun keluar air automatik utk cebok berak.

Tapi lama2, kes tu senyap je. Orang semua pun lupa.

Ni Mat Isa dulu yang naik kes beri rasuah nak menang jawatan tinggi dalam UMNO jangan lak korang semua lupa.

Apa la pulak dia nak rasuah orang Bagan Pinang suruh undi dia kali ni?

Yang penting, ramai gak la sedara mara aku kat PD yang akan masyuk disebabkan pilihanraya kecil Bagan Pinang nanti.

Nasihat aku untuk sanak saudara orang Bagan Pinang:

"Kalau diberi duit, ambik, jangan tidak. Hari election nanti pergi
minum rootbeer float kat A&W Lake Garden Seremban lagi bagus"







Thursday, September 24, 2009

Death and Celebration

All Hari Raya celebration's over, as far as I'm concerned.

This year, the 1st of Syawal on Sunday was no biggie.

Last Saturday (19th Sept), on the last day of Ramadhan, PakLang Usup passed away.

Another victim of cancer on Mak's side of the family.

PakLang's the forth amongst their siblings of fifteen (Mak was the fifth child), I lost one of the coolest, and perhaps the most kind-hearted uncle.

For many years as students, my brothers and I stayed at PakLang's house in Damansara Utama. He never asked for rent from us, and quite a few of my UM buddies got free lodging as well.

I went to see him at the hospital earlier last week, but he was already unconscious in the ICU. I knew things weren't good when I saw many machines connected to him.

Went to his funeral. I cried.

Then I drove to Rantau with Pian.

We still had to clean Mak's grave. The next day was, after all, Hari Raya.

The second shock of the day was when we found Mak's grave wide open. The soil in the centre of her cement tomb was almost a foot deeper than the supposed surface. Gone were the bougainvillea bush on top of her grave.

Quickly Adik was called to buy some soil. Pian and me gathered rocks and filled the space up. When Adik reached us, there were enough soil to work on. It was almost six pm by the time we were done. Adik also bought some nice pebbles which we lay on top of the new soil. Using permanent markers, I traced the worn-down jawi letters on Mak's headstone

That afternoon was really meaningful to me. It was good because all three of us brothers worked together on restoring Mak's grave, right before Raya, one day after her birthday.

What better birthday gift could we have given her, don't you think?

So Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.




Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Jadi, Mak...

Hari ni hari ke-28 umat Islam berpuasa.

Hari ni jugak hari jadi Mak.

Kalau Mak ada lagi, hari ni 56 tahun umurnya.

Banyak yang aku terkenangkan hari ni.

Lusa dah hari raya.

Esok insyaallah aku akan pergi bersihkan kuburnya.

Moga dapat hilang rindu ini pada Mak.

Wednesday, September 9, 2009

Ooops, we missed it again !!!

Nen and I again forgot about it for the second consecutive year.

Last year pun we missed it. Sama-sama tak ingat.

Masa tu both of us were very busy la kut.

This year it happened again.

Tapi at least this year, we have a valid reason not to remember.

Yesterday we were busy getting Nen discharged from the hospital.

Even today's unique date of 090909 fail to trigger anything in my head.

That was until Nen buzz me over the YM.

Semalam rupanya was our 8th wedding anniversary.

And we spent the day together yesterday, and yet none of us remembered.

Happy anniversary, my love.

Weekend ni kita gi celebrate, ok?

Sorry I forgot about it.

Tapi thank God you did, too.

Heheheehehe.

Tuesday, September 8, 2009

....



Biar ku bilang satu-satu :


Awal tahun ni, Fira kena operate appendic.

Adik sakit batu karang.

Then kaki aku pulak problem.

Lepas tu Suffiah kena H1N1.

Aunty Chik pun sakit di awal puasa.

Sekarang Nen pulak kat hospital.


Di Ramadhan ini,

aku berdoa:

"Ya Allah, ampunilah kami.

Kami tempuhi dugaan demi dugaan,

mohon dikasihaniMu, Yang Ehsan"



Monday, August 31, 2009

Gula & Minyak

Dulu Menteri cakap bekalan gula cukup untuk sambutan Raya.

Dah 10 hari puasa, gula masih kena bercatu untuk dibeli.

Hari ni Hari Kebangsaan.

Dengarnya harga petrol akan naik lagi start tengah malam ni.

Seperti biasa, takde announcement pun.

Ini rupanya hadiah hari kemerdekaan dari kerajaan untuk rakyat.

Kalau orang2 kebanyakan macam aku menentang kenaikan ini, tentu akan dituduh tak patriotik.

Haram jadah.

Apa nak jadi dengan Malaya ni?

Sunday, August 30, 2009

Bubur Pulut Hitam

Ada satu makanan yang amat sinonim dengan bulan ramadhan untuk aku dari kecik lagi.

Bila mula berpuasa je keinginan aku terhadapnya automatik melebihi dari bulan2 lain sepanjang tahun.

Bulan puasa bagi ku tak lengkap kalau tak makan bubur pulut hitam yang sedap.

'Sedap' pulak bermakna kenalah orang yang aku trust untuk membuatnya.

Kalau bubur yang dibeli, sejak dulu mesti ada cacat celanya.

Aku memang amat fussy pasal bubur pulut hitam yang kumakan.

Hari ni aku seronok sangat masa berbuka tadi.

Mainly sebab Nen buatkan bubur pulut hitam mengikut specifications aku yang strict.

Sampai habis aku belasah semuanya throughout the night.

Thanks, Nen... sayang dia!!!!!!

Thursday, August 20, 2009

Bulan Ramadhan yang mulia, umat Islam berpuasa...

Petang ni tengok anak bulan and insyallah kalau tak esok, lusa mulalah ibadat berpuasa di bulan Ramadhan untuk umat Islam seMalaya untuk tahun ini.

Sempena nanti sebulan tak de lunch, my animation team tadi pergi lunch bersama2.

We all went to Kenny Rogers KLCC. Here's some of the photos taken:



Semua macam penyangak; ketua dia brader sebelah kiri tu!








Present:
Gua/Ayie/Iman/Mustakim/Fahmi/Iwan/Reez/Hafiz/Eddy/Sarip/Dera(intern)

Absent:
Zulkarim/Zedd/Andre/Mimi(intern)

**********

Dan bermulalah bulan segala bulan, and kita akan lawan menetang nafsu tanpa sekutunya si syaitan.

Untuk tempoh sebulan ni, kita akan dapati semua orang akan ambik berat maghrib masuk pukul brapa, berbanding bulan2 lain.

Dan untuk sebulan akan datang ni jugak, badan aku akan automatically boley pulak tahan tak merokok di siang hari, berbanding bulan2 lain.

Memang penuh kebesaran, hikmah dan magis bulan Ramadhan ini sesungguhnya.

Just nak inform syaitan2 yang terlepas rantai....

Cubaan korang menggodaku dengan mengajak makan nasi kandar mamak di tengahari akan gagal.

Tingkatkan amal. Moga kita semua diampuni, dikasihi dan dirahmati Allah sentiasa. Amiiiin.

What does your day of birth say about you?

Personality Traits
- Good looking and sexy. (Ini ternyata betul, bai. Hahahahaha... tanya Nen to confirm on this)
- Faithful lover. (also very true)
- Dominating personality. (well, sometimes kut)
- Ambitious towards life. (definitely, although belum jumpa jalan yang senang so far)
- Never give up spirit. (I get knocked down, but I get up again.... and again)
- Smart and well dressed. (well, maybe part ni tak berapa betul...round colat tees & jeans je)
- Forgiving nature. (also very true)
- You like to enjoy life to the fullest. (Of courselah!)
- Outgoing. (Need I say more?)
- Industrious. (Come capitalists, fund kasi gua duit untuk set up my own animation studio!!!)




Tuesday, August 18, 2009

Yoohooo... I know I'm funny...

Nen call aku petang ni, she's om the way dari Melaka.

Nen kasi tau, sinar FM mainkan lagi call aku pagi tadi as promo untuk programme Sinar Pagi.

Bila lak diorang nak upload call aku kat audio clip segment kat Sinar FM punya website ni?

Teruja, teruja.... tak sabar nak dengar suara sendiri.

This proves a point ~ memang gua kelakar nampaknya.

Confirm.

Kejutan yang tak jadi kejutan...

This morning, as on any other working day, Nen dgn aku layan Sinar FM - dgn deejay Salleh Yaakob, Kak engku ngan Khairil (kut?).

Sekali pagi ni topic diorg adalah 'kejutan yang tak jadi kejutan'.

Aku pun call number yang diorg kasi & I got thru.

Cerita aku kena screen dulu dengan sorang awek ni. Dia cakap will call back.

Aku dah sampai opis and tengah edit script when at 9.45am Sinar FM called me back.

Terus aku disuruh tunggu while the jingles were heard over my handphone.

Sekali the line got disconnected.

Shit! aku pikir. There goes my chance.

Then a couple of seconds later, I got another call.

Terus I got connected to Salleh Yaakob & Kak Engku.

Inilah cerita sebenar 'kejutan yang tak jadi kejutan' yang aku ceritakan kat diorang.

Cerita start right after aku & Nen abis tgk dvd 'Ju-On' satu malam.

Nen dari dapur nak terkejutkan aku konon, dia merangkak naik tangga to the upper level macam hantu budak dalam cerita tu.

Dia tak tahu, pada masa yang sama, aku pun merangkak turun tangga dari tingkat atas. Pun ala-ala Ju-On jugak.

Sekali dalam keadaan dua-dua merangkak, kami bertemu kat area tengah tangga.

Nen memang real punya terkejut beruk sampai berjurai2 air mata dia keluar.

Tak berenti menangis teresak2 sebab terkejut n takut.

Aku mula2 gelak besar, tapi bila tengok dia menangis real2, terus rasa tak fun.

Nak pujuk pun serba salah time tu. Palat je...

Itulah kes kejutan yang tak jadi kejutan yang aku & Nen alami 3-4 tahun dulu.

Salleh Yaakob ngan Kak Engku gelak gila kat cerita tu.

Nen yang tengah drive ke Melaka seronok gila cerita ni went on-air.

Dia call lepas tu cakap berdekah2 dia ketawa.

Ayie pun call tanya adakah aku yg dia dengar kat radio. Dia pun sounded happy.

So harap pagi ni ramai orang jadi lebih ceria dengan cerita gua tu.







Friday, August 7, 2009

Cool Signs