Punya la sibuk dengan kerja, kami lupa yang Isnin 8/09/08 haritu sebenarnya aku & Nen si Comel-comel sambut our 7th anniversary. Hahahaha. Aku perasan pun the next day! Kalau aku lupa, Nen tentulah tak ingat!
Dah 7 tahun kami jadi suami isteri. Tujuh, beb! Alhamdulillah syukur.
The surprising thing is, and I write with all sincerity, sebenarnya aku rasa macam tak caya dah 7 tahun kami bernikah.
Aku rasa macam takde apa sangat yang berubah dari segi hubungan kami -masih macam dulu gak - aku masih selalu buat lawak bodoh untuk bini aku sebab aku suka bila dia gelak dengar lawak 'bodoh' aku tu- aku still control remote Astro kat rumah- bila dia dapat remote tu, Nen masih surf semua channel satu per satu sampai aku marah- dia masak, aku jaga pokok and buang sampah- kami keluar for romantic dinners and tengok wayang macam masa pakwe/makwe- takde beza apa pun. Sama apa. Aku dari dulu keje teruk macam sial; and Nen selalu kena outstation projects.
Tapi ada la banyak bezanya. Dulu masa mula2 kahwin, time nak kenal2 hati budi, ada la gaduh2. Itu biasa lah. Selalunya Nen akan maafkan aku bila aku buat muka cute. Sekarang Alhamdullilah aku rasa kami dua-dua dah paham sangat each other and kasih sayang & persefahaman ni yang wujudkan harmoni. Kentut merata, sedawa kuat, garuk bontot gatal dan buat perangai beruk kat tempat public kini berubah status menjadi non-issue dalam relationship kami.
Ada la perbezaan lain. Dulu masa dating, pagi Ahad kami gi exercise kat Lake Garden; sekarang gi Pasar Tani Shah Alam makan nasi dagang. Apa ada hal, janji quality time together!
Nen ajak aku join gym macam dia. Tapi aku malas. Makan lagi fun.
Sometimes sebab aku keje long hours, bila dapat jumpa Nen late at night, macam lagu MNasir tu cakaplah, "mungkin inikah dia kebahgiaan?" Coming home to her really late at times, memang kebahagiaan untuk aku.
Habis aku tulis ni, aku nak balik to my Nen.
Walau kerja aku macam sial pressurenya, no matter how bad my day is, aku tau, bila aku dengan dia, aku bahagia.
Macam Zek dalam filem Azura cakap,"aku bahagia, kerana aku ada musik.... dan Azura", aku pulak akan cakap, "Aku bahagia kerana aku ada Nen... dan aku cute!!"
I love you, Nen. I really do.
Wednesday, September 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Cute !
Post a Comment