Tuesday, September 30, 2008

Dua Hari Sebelum Raya


Seperti tahun-tahun sebelum ni, aku pergi ziarah Mak semalam. Memang dah routine aku, sebelum raya wajib pergi bersih kubur Mak before Hari Raya celebrations bermula.

Tak kisahlah yang Adek dah pergi cantikkan kubur Mak hari Sabtu lepas.



Kerja aku pulak sejak 3-4 tahun ni pulak
adalah men'touch-up'kan tulisan pada nisan Mak. Dah sebelas tahun Mak pergi, so tulisan original pada batu nisan dah mula hilang, lekang dek hujan dan panas.

And aku akan dengan tekunnya duduk menulis balik details pada batu nisan tu setiap kali sebelum raya tanda kasih sayang kami padanya tak pernah luntur.


Then aku balik ke PD untuk berbuka puasa di rumah Abah & Aunty Chik for the only time bulan Ramadhan ini. Kerja aku yang teruk menyebabkan this year aku & Nen tak dapat balik langsung berbuka dengan Abah. Tambahan pulak dengan the fact that Pian baru operate jantung di awal puasa, so Abah yang dok datang KL on the first two weekends. Tapi berbuka puasa kat kedai tak best. Mana kan sama dengan berbuka di rumah. Kena balik PD sekali selepas jumpa Mak barulah complete puasa aku tahun ini.

Alhamdulillah, aku tak sia-siakan Ramadhan tahun ni. Ternyata Allah sayangkan aku by not testing me dengan sakit gout sepanjang aku berpuasa tahun ni. Dapat aku berpuasa penuh 30 hari.

Terlanjur cerita pasal aku ke kubur Mak sebelum Raya, I've got a story to share pasal kekuasaan Allah swt di bulan Ramadhan.

This happened 9 years ago, about 2 years after Mak's gone. Masa tu aku single lagi.

I was at her grave in Kampung Kuala Sawah, Rantau one day before Raya petang tu. Selepas bersih kubur and baca Yaasin, tiba-tiba dari luar pagar, ada seorang tua lelaki yang bongkok sabut bertongkat melambai-lambai towards me. Tak berhenti-henti dia melambai and bila aku jerit "kenapo Tok?", dia terus lambai-lambai.

Aku yang blur terus ambik kereta and drive ke arah pakcik bongkok tu.

Bila sampai tepi dia, dia terus bukak passenger's door and masuk kereta aku. Aku tanya lagi, "Nak poei mano Tok? Umah Atok kek mano? Buleh den anta kan..." dengan slang nogoghi yang pekat.

Tapi lelaki tua tu terus tunjuk ke arah masjid sebelah kawasan perkuburan Mak aku tanpa bercakap apa-apa pun.

So in my state of confusion, aku drive balik masuk ke dalam kawasan masjid dan terus ke belakang tempat pangkin orang masak kalau ada kenduri. Sampai je kat situ, orang tua tu kasi sign suruh berenti.

Bila berenti je, the moment orang tua tu keluar dari kereta aku, ntah dari mana, tetiba there were 9-10 cats datang terus hurung orang tua bongkok tu. Aku lagi confused with what was happening before my eyes.

Orang tua tu terus duduk kat pangkin, dan all that time, dia dok sibuk mengurut-urut kucing-kucing yang banyak tu.

Aku terus bertanya bermacam soalan, tapi he totally ignored me.

Aku yang mulanya confused, tetiba jadi unsure nak buat apa. So I told him aku kena pergi dulu, and aku hulurkan sikit duit kat dia.

He finally spoke to me, and he shocked me even further bila dia cakap, "Nanti saya akan doakan untuk Mak awak."

Terkejut sungguh aku masa tu. Mana la si tua ni tahu aku kat situ menziarahi kubur Mak aku?


Bila aku start tanya lagi, I was again ignored. Totally.

Aku chow dari situ dengan macam-macam benda bermain difikiran.

Raya tahun tu, aku ajak Adek pergi sembahyang Raya di masjid yang sama. Mainly because aku sungguh-sungguh harap akan dapat jumpa orang tua tu lagi.

Tapi tak ada.

Orang-orang kampung yang aku tanyakan (mostly pun sedara mara Mak aku gak) takde sorang pun kenal mana-mana lelaki tua bongkok macam yang aku jumpa tempoh hari.

Siapakah orang tua itu? Mana dia tau aku kat situ petang tu untuk ziarah kubur Mak?

Sampai sekarang aku tak tahu siapa dia, but I think I must have destined to meet him that that for a good reason.

And semalam, sebenarnya, aku ada gak berharap dapat jumpa dia lagi di situ. Tapi takde, and I didn't expect I'd see him again in this lifetime.

Subhannallah. Sesungguhnya Dia je yang tahu who's that mysterious man.



1 comment:

qulmann said...

mystic man..
shadu ceta.
Salam Idul Fitri.