Thursday, September 25, 2008

Sehelai janggut putih


Awal minggu ni, aku discover satu benda yang mengejutkan masa aku nak shave. Something yang tak pernah aku temui sebelum ini.

Aku terjumpa sehelai janggut putih.

****

Flashback balik to the time I was in secondary school.

Bukannya ada facial hair pun, tapi aku & member-member kat sekolah ramai yg ada shaver sendiri. And of course, shaving cream.

It matters very little that a cannister of shaving cream boley tahan dekat satu tahun baru habis.

Masa tu, kalau ada sebarang tanda tumbuh bulu2 halus atas bibir or kat dagu, memang rasa best sangat la. Untuk yang memang keturunan berbulu lebat (mamak or arab) memang masa tu jadi the envy of everyone in school. And kami akan shave misai n janggut (?) yang tumbuh tu dengan harapan ianya akan tumbuh lagi lebat.

Sekarang ni pulak, kadang-kadang aku malas yang amat sangat nak shave. Aktiviti yang satu masa dulu menggembirakan hati sekarang dah jadi a tedious routine yang boleh jadi membosankan. Dulu dua minggu sekali shave pun tak pe; sekarang ni, kalau tak shave sehari nak cium bini pun dia geli.

Bila aku jumpa sehelai janggut putih pagi tu, aku rasa makin tak seronok nak shave.

*****

I noticed also that dalam hidup aku ni, selain shaving, banyak lagi benda lain yang dulu seronok dibuat tapi tidak lagi sekarang.

Dan reversely speaking, ada pulak benda yang satu masa dulu memang aku tak suka, tapi sekarang berlainan sekali.

One of them is berpuasa di bulan Ramadhan.

Masa aku kat sekolah, selalu kami tak puasa. Siap ada runner budak non-muslim kami paksa belikan nasi ganja, rokok dan air susu coklat setiap hari.

Alhamdulillah, Ramadhan sekarang lain sangat untuk aku. This is a main event yang memang aku nantikan setiap tahun eagerly.

Kebetulan pulak, Selasa yang lalu, pada hari ke-23 ramadhan tahun ini, I turned 36.

I am sure by my next birthday, janggut putih aku akan bercambah.

Sungguhlah, hidup kita ni memang perlu banyak berubah bila usia makin bertambah.



3 comments:

Kewl said...

Bro,
imagine apa peja dagu rasa masa dia memula discovered uban dia..yakni 15 tahun lepas..hehe

Bob Danial said...

hehehehe... good one Mattie!
Maybe kalau dia jumpa rambut hitam sekarang ni, dia akan buat post special about it!

Firdaus said...

Aku jumpa bulu hidung aku yang kaler putih.