Tuesday, September 9, 2008

Dah, jangan menangis adik-adikku!

Aku hanya ada 2 adik - Pian dan Adek. They are twins.

Jarak umur antara aku dan adik-adik aku 3 tahun. Aku lahir tahun 1972, si kembar lahir 1975.

Tapi hakikatnya, dari kecik lagi kami adik-beradik memang sungguh2 rapat. Barangkali sebab kami tiga-tiga boys... dan masa kami kecik, memang lasak dan suka bergumpal. Badan kami adik beradik pulak memang kus semangat berbanding budak-budak lain. Jadi sukan gusti memang macam sesuai sangatlah jadi permainan kami.

Disebabkan cara aku, Pian & Adek yang buas, tak ramai parents budak2 sebaya kami yang beri anak depa berkawan & bermain dengan kami. Takut anak2 diorang jadi bahan belasah kami bertiga agaknya.

Dan kami jadi sangat kamcheng. Ke mana aje bertiga beradik. Banyak benda kitorang layan bikin sekali. Sama-sama belajar naik motor Uncle Osman kat Seremban bila cuti sekolah, main video game kat Wisma Punca Emas, mencuri kecil-kecilan kat Kompleks Teruntum Kuantan, tengok tape blue dengan kawan-kawan dan ntah hapa-hapa lagi benda mengarut kami buat sama-sama.

Bila aku dah masuk sekolah menengah dan dok hostel, aku belajar hisap rokok. Aku sampai sekarang masih dok teringat lagi macam mana aku ajar adik-adik aku merokok bila aku balik cuti penggal. Seronok je merokok kat bus stand petang-petang.

Lama-lama, kami bertiga beradik confirm jadi perokok

Bila arwah Mak diagnosed dengan brain tumour sekitar tahun 1986, hubungan kami bertiga jadi lebih kuat. Semua sedar yang penyakit Mak serius, dan jauh di sudut hati kami tahu yang kami mungkin kehilangan Mak bila-bila je.

Sungguh pun begitu, alhamdulillah, Mak dapat bertahan lama.
Tapi 11 tahun kemudian, selepas 9 pembedahan di kepala, akhirnya Mak meninggal dunia pada tahun 1997.

Masa tu, kami bertiga menangis sama-sama, meratap Mak yang dah tak ada. Seingat aku, sejak kami dewasa, kitorang bertiga tak pernah menangis sekali kecuali masa tu.

********

Pian (#2) memang ada masalah high blood pressure dan of late, selalu rasa sakit-sakit dada. Bila disuruh doktor buat 'stress test', Pian kantoi big time at stage 2. Lina his wife inform aku of his state of health but none of us was overly-concerned.

Rabu 3 Sept baru ni, doktor buat angiogram dan discovered 3 blocked arteries pada jantung Pian.

Hari Jumaat (5/09/08) lepas, Pian terpaksa go through a heart bypass operation at Hospital Ampang Puteri. The night before the op, Pian hantar sms sedih kat aku. Dia takut katanya. And if not because of the fact aku tak leh masuk ke CCU tengah2 malam tu, tentu aku dah gi tgk dia malam tu jugak.

Aku and Adek rushed to the hospital pagi Jumaat tu nak jumpa Pian before the operation. Bila sampai, tengok Pian lying so helpless on the hospital bed, Adik dengan aku tak terkeluar kata-kata.

Sedar-sedar, kami bertiga terus menangis sama-sama. Kami terus sebak sampailah they pushed him into the Operating theatre.

Aku dan Adek berdoa sungguh-sungguh jangan kami hilang Pian macam kami hilang Mak dulu.

*******

Alhamdulillah, Pian survived the 31/2 hours operation. Semalam dia dipindahkan dari CCU ke wad biasa. He looked better, luka kat dada dia je yang menyakitkan, Pian kata. Semua nampak ok, cuma sekarang adikku Pian ada 'lipan' sepanjang 7-8 inci kat dada kesan operation tu. Syukur ya Allah!

3 months of rest, Insyaallah adik aku akan ok semula. Aku pulak kena kurangkan merokoklah macam ni. Aku tak mau kami adik beradik menangis lagi.

1 comment:

apeet said...

Bob...kurang melados tu buang karan je,stress makin naik gian makin sakan...suka tak suka rentikan je..aku blum sukses...