Tuesday, September 9, 2008

Farewell You Crazy Diamond!

Uncle Ek (real name Razman Bin Mohd. Zain) is Mak's second youngest sibling.

Dari kecik, aku selalu lepak dengan dia and Uncle Bob (the youngest). Only a few years apart, aku jadi the privileged nephew who gets to hang out with my two slightly-older uncles.

During my teenage years, Uncle Ek and Bob memang cool abis. While waiting for my SRP results, aku lepak kat rumah pusaka Nenek kat Seremban and I hang out with them all the time.
Masa tu diorang berniaga jual air tebu di antara jalan lama Seremban-Port Dickson, and I was their machai. Akulah yang kena hiris kulit tebu, pergi beli ais, kumpulkan and buang hampas tebu semua. All that I did willingly untuk upah unlimited cigarettes. And rokok yang kami hisap masa tu bukannya best sangat - rokok murah Virginia Gold je. Tapi those were amongst the best times I can remember still.

And bila result SRP keluar (which Alhamdulillah I did very well), both of them took me out for a memorable night out. Memang best.

Sampai lah aku abis SPM memang aku akan lepak Seremban bila cuti sekolah penggal 3.

Tapi bila aku abis SPM, ada something yang mula nampak nyata. Aku perasan yang Uncle Ek mula jadi pelik. Tak tau nak pin point macam mana, tapi dia jadi lain la. Kurang mesra, kurang amik pot kat kami semua.

Satu masa bila aku dah masuk UM, aku balik Seremban. Dalam bilik Uncle Ek, aku sudah jumpa sebalang ubat yang macam selalu ada kat klinik. aku terus paham - Uncle Ek main ubat batuk.

Dia jumpa sorang makwe, dan bertunang. Tapi he couldn't keep his job. Takde satu keje pun yang lekat. Family awek tu mintak putuskan. Lepas putus tunang, Uncle Ek jadi bertambah parah.

Then over the years, dia dah mula main fit. Memang ketara tengok badan dia jadi susut, and sampai satu masa, dia chow dari umah Seremban and dok KL. Tapi kami tak tahu kat mana dia tinggal.

Sekali dia datang ke rumah aku kat DU unexpectedly, and masa tu mmg teruk sangat keadaan dia. Baju compang camping, badan kotor. Bila dia dok dalam jamban dekat 2 jam, memang confirm dia main ubat. Aku hantar dia balik Seremban. Adik beradik dia hantar dia pergi mengaji kat sekolah pondok di Kedah. Then dia dihantar belajar agama kat Indonesia supaya pulih semula.

Tapi bila balik Malaysia, dia chow dari rumah again, and jadi lagi teruk. Sampai dok bawah jambatan dek melayan dadah. Tiap kali dia datang rumah DU, abis apa saja barang or duit dia sapu.

Satu kali tu dah tak tahan, Aku dgn Adek bawak dia balik Seremban ke rumah Paklong. Paklong dgn kami serah dia ke Balai Polis, and dia masuk Serenti.

Rupanya kat Serenti, dia lari. Bila kena tangkap, dia masuk Penjara Sungai Buloh. Masa tu, kami dapat tahu, dia HIV positif.

Bila keluar penjara, dia dok di Kajang deangan abang dia, Uncle Osman. Last aku jumpa dia last year dalam bulan 9. Masa tu dah teruk dah fizikal dia. Badan pun dah mula bongkok, padahal umur dia baru 40 lebih. Masa jumpa, tak de apa yang kami bualkan. Cuma bersalam dan masa tu pun aku detect bengangnya dia pada aku masih amat kuat.

Rasa bersalahnya aku sebab jadi antara orang yang hantar dia ke Balai Polis sampai ke hari ni aku tak leh hilangkan.

Dan pagi Jumaat lepas, pada hari yang sama Pian adik aku kena heart bypass operation, aku terima panggilan dari Uncle Osman.

Uncle Ek meninggal 8.30 pagi, Jumaat 5/9/08.

Aku adik beradik tak dapat pergi ziarah jenazah sebab kami di hospital, dan hanya Al-Fatihah dan Surah Yaasin yang dapat aku sedekahkan.

Aku hilang sorang Uncle yang betul2 cool, dan pada satu masa dulu, kami kamcheng. Kesal aku cuma aku patutnya have been a better nephew to him. I dedicate lagu Ozzy Osbourne ni for you, dear Uncle:


Goodbye to romance
Goodby to friends (to you)
Goodbye to all the rest
I guess that we'll meet
We'll meet in the end...


"Uncle Ek, wa ingat lu sampai bebila. See you on the other side. Sleep well."

1 comment:

BaSiKaL said...

Bob,

Aku rasa aku pernah gak lepak ngan Uncle Ek nie @ Ampangan...

Sorry for the loss