Sunday, October 19, 2008

TV - Another Childhood Memory

Tengah-tengah aku lepak study animation series on the various cartoon channels kat Astro malam ni, my memory goes way back to a scene berkaitan tv masa kecik-kecik dulu.

Selalunya it started masa aku n si Kembar dok ralit melangut tengok tv lepas maghrib. Program tv masa tu memang ntah hapa-hapa, channels pun harap RTM 1 & 2 je, tv lak hitam putih, tapi cukup layan.

Abah tetiba je akan tanya, "homework dah siap?"

Kalau tak siap lagi kerja rumah yang cikgu beri (& tak guna tipu, sebab kitorang pernah tipu Abah, sekali dia buat spotcheck semua buku tulis- and hasilnya teruk kena belasah dengan tali pinggang), selalunya terus kami akan blah gi settlekan homework tu cepat-cepat sebelum orang tua tu mengamuk.

Tapi kalau dah siap homework pun, belum tentu kitorang akan selamat.

On better days, dapatlah kami terus tengok tv.

Kalau mood Abah tak elok, this statement lak akan terpacul dari mulut dia, "Pergi baca buku! Asik tengok tv, tv, tv!"

Followed by soalan maut ni, "Esok tv tu ke yang kasi kau makan?!"

Bengang betul bila dengar ayat tu. Maknanya, no more tv for the night.

Tapi ironicnya, ni bila dah tua bangka ni, dengan line kerja aku produce tv animation shows, kalau Abah tanya lagi soalan yang sama, aku akan boley jawab, "Ye Abah... tv yang kasi saya makan."

Tapi kalau sekarang dia tanya pun, aku takkan berani nak jawab macam tu.

Aku akan pergi baca buku sambil curi-curi tengok tv dari jauh. Hahahaha.

2 comments:

o.d said...

hahahaha! lawak la bila od baca yg ni:

Tapi ironicnya, ni bila dah tua bangka ni, dengan line kerja aku produce tv animation shows, kalau Abah tanya lagi soalan yang sama, aku akan boley jawab, "Ye Abah... tv yang kasi saya makan."

mmg best kalo dapat jawab camtu...tapi kan, sebagai anak yg menghormati ibu bapa...takkan kita sanggup nak jawab camtu...hehe...

siapa sangka kan kalo dr zaman2 dulu, yg TV boleh bagi seseorang tu makan...hmmm....kalau mak bapak sekarang, kene lebih kreatif dalam gertakan2 untuk anak-anak zaman sekarang...hehehe

Nen said...

aduhai.....macam2 la u nih...dah-dah la tu tengok tv...:) hihihihiihhiih