Thursday, October 30, 2008

Hipokrit, Hipokrit!

Kaki lima zon baru larangan merokok.

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa semalam, semua kaki lima kompleks beli-belah termasuk restoran dan kafe terbuka di luar premis berkenaan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok. Mereka yang didapati merokok di kawasan berkenaan boleh dikompaun maksimum RM5,000 atau denda RM10,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

Liow berkata, papan tanda amaran larangan merokok akan dipasang di kawasan berkenaan bagi mengingatkan orang ramai mengenai peraturan baru itu. Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008 itu juga memperuntukkan seluruh kawasan berpagar Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai kawasan larangan merokok. Semua yang didapati bersalah sama ada pelatih, kakitangan dan pelawat, boleh dikenakan hukuman sama, berkuat kuasa semalam.

Memang lahanat kerajaan Malaysia. Bukan larangan merokok jawapannya, stupid. Tutup je semua kilang rokok dalam Malaysia ni kalau betul ikhlas nak promote healthy living di kalangan rakyat.

Cukai & duti tembakau kerajaan sapu, lepas tu nak impose macam-macam rules lak. Dah tu, korang nak saman lak smokers yang merupakan kumpulan penyumbang cukai tertinggi mengikut peratusan (by percentage) dalam negara ni. Nampak sangat kerajaan ni hipokrit!

Lepas ni, jenuh nak kena kasi rasuah kat penguatkuasa rokok lak. Cukup-cukuplah selama ni kami rakyat kena suap polis, kastam, pbt n tah hapa beruk kerajaan lagi dalam hidup seharian! Ni dah bertambah lagi satu group untuk dirasuah pulak.

Salah siapa semua ni? Tentu ramai perokok tegar akan setuju dengan aku kali ni - UMNO lah, sapa lagi?

2 comments:

Nen said...

sabar sabar...

Amaran dari KERAJAAN MALAYSIA merokok membahayakan kesihatan


ekekekekkekeekek

Ms. SS said...

ar ar.. sabar sabar.. bawa bertenang...