Tuesday, October 21, 2008

Hari Sakit


ada monyet bermain maracas dalam kepalaku,
bunyinya bising sumbang tak berlagu;
walau tak gatal, otakku digaru-garunya
hingga payah nak kubukakan mata.

si beruk pula bertenggek di halkum
menggesel bontot kotor tak bercebok di anak tekak
terbatuk aku, suara yang terbit jadi kesat
semua dimakan rasa kelat, hisap rokok pun palat.

si kongkang putih melumur cili tumbuk pada hidung
sukanya dia ketawa sampai menggelitik
sakitnya hati aku rasa nak meraung
nak marah sedar-sedar hingus menitik.

baik aku balik.



1 comment:

o.d said...

semoga cepat sembuh cik bob.