Tuesday, November 11, 2008

Andai Hidupku Sebuah Filem Tamil


Kalaulah hidup aku di kala ini adalah satu scene dari sebuah filem tamil, sebagai hero tentu aku sedang membelasah sekor-sekor orang jahat yang mengacau hidup aku ni sampai diorang lembik mintak nyawa.

Dalam proses bergaduh ni, remos rambut aku takkan ter'effect' walau sedikit pun, dan baju putih aku akan kekal putih dan menawan.

Andai kata hidupku ini filem tamil, aku tentu takkan bengang lama sebab kejap lagi pak lawak comic relief akan enter frame memeriahkan suasana dengan aksi bodoh diorang.

Dan sebagai finale, aku akan menyanyi sambil menari beria-ria dengan back-up dancers yang ramai selama sepuluh minit bermula dari kawasan bukit, atas keretapi hingga ke tepi pantai dengan 5 persalinan baju yang semuanya menayangkan bulu dada yang lebat.

Sesungguhnya amat stress hidupku kini sampai level aku harap ianya menjadi sebuah filem tamil yang lengkap dengan happy ending yang amat predictable.


3 comments:

Nen said...

tu lagi tak mo ngaku u tu TAMIL
ekekekekekekekeke

Bob Danial said...

Deeeyyyyy!!! Yenna sola tanggachi? Yinggey poringgey? Poooodah!

Katon Aqhari said...

Ahahahah....besh besh....mendalam sungguh....