Saturday, November 1, 2008

Skrip Sebabak Pendek

FADE IN:

EXT. DI TEPI JALAN SEDERET RUMAH TERES LEWAT THUN 1970AN - PETANG.

Sekumpulan kecil kanak-kanak sedang mula hendak bermain batu tengteng. Suasana riuh rendah berselang-seli gelak ketawa.

Enter BOB (6 tahun, rambut kerinting, gemuk) dengan riang menuju mereka. Di tangan kanannya kertas tisu berisi cekodok enak yang dibuat MAK.

BOB
Hey kawan-kawan! Meh makan ni
cekodok Mak kita buat... ambik
sorang satu... sedaaaap nih!


Bob lalu mencapai cekodok dengan tangan kirinya lalu menyuapkan makanan itu ke mulutnya.


Salah-seorang kanak-kanak yang lebih tua, AKBAR ALI terus menuding ke arah BOB.

AKBAR ALI
Tengok tu, dia makan pakai tangan taik!


Pandangan kanak-kanak lain tertumpu ke arah BOB yang sedang menggigit cekodok dari tangan kirinya.

BOB yang sedang ralit mengunyah, berhenti makan dan matanya hairan melihat sekeliling.

Mereka terus berkerumun sekeliling Bob, riang kerana ada lauk untuk dikenakan!

KANAK-KANAK
(Menyorak-nyorak)Aaaaa....Dia makan
tangan taik! Hahah makan tangan taik!!
Tangan taik! Tangan taik!!! Hahahah!!!


BOB
Hoi, aku KIDAL lah! Aku makan pakai
tangan kiri SAMALAH macam korang
makan pakai tangan kanan!


Kanak-kanak lain terus beria-ria mentertawa dan menyakat Bob.

KANAK-KANAK
Eiiii pengotor! Tangan Taikkk!!
Tangan cebok!!! Tangan Taik!!!


BOB
(Berang)Kalau macam tu, korang
semua jangan usik cekodok aku ni!!!


AKBAR ALI terus merampas tisu berisi cekodok dari BOB.

AKBAR ALI
Dah makan pakai tangan taik,
kedekut pulak eh? Mari sini!!!


BOB
HOI!!!!


Kanak-kanak lari berebutkan cekodok dari AKBAR ALI. Kesemua mereka lalu terus bersorak dan meninggalkan BOB dengan baki cekodok masih di tangan kirinya.


BOB yang tinggal sendirian menggaru kepala dengan tangan kanan, lalu menyuapkan habis cekodok itu ke mulutnya dengan tangan kiri.


Tiba-tiba tersedar, BOB merenung tangan kirinya sambil mulutnya terus mengunyah.


Tangan kanan BOB terus menggaru kepalanya.


Di kejauhan, kanak-kanak lain meneruskan permainan mereka.

FADE OUT.

No comments: