Saturday, December 27, 2008

Sepatutnya hari ni penuh fuck-ups.

Mark Gravas si baragas turun ke studio kami lagi.

Aku expect maki carut dari mat saleh keturunan banduan ni dari mula aku pick up dia kat lrt station.

Tapi itu tak terjadi. Alhamdulillah!

3 episodes yang dia preview, semua dikatakan okay.

Retakes untuk Ep Glammerous Life sikit je.

Global Groove dikatakan bagus. Ayie & aku senyum gembira.

Dan sebenarnya hanya tinggal satu je Episode yang belum start, iaitu "Boogie Night".

Tak la teruk sangat pun, aku pikir-pikir balik. Dari 26 episodes, satu je tak start animation lagi?

Kira okay la tu.

Aku jadi tenang dan kembali bersemangat nak bekerja.

Dan hari ini, aku jumpa balik keyakinan bahawa usaha ini, titik peluh ini, POSSIBLE untuk berjaya.

Selepas aku hantar Mark ke lrt station malam ni, dalam keta, I felt so good sampai aku bertempik, "POSSIBLE UNTUK BERJAYA, BAI! POSSIBLE!!!!

Sedar-sedar, ada sorang nyonya ni jatuh terduduk tepi jalan sebab dia terkejut aku menjerit.

Aku cepat-cepat tekan minyak dan blah dari situ.

Langsung tak tengok side mirror dah.

~~~~~


Sesungguhnya aku sujud dengan kekuasaan Mu Allah yang telah memudahkan urusanku hari ini, atas kurniaan ketenangan ini, dan Kau kembalikan keyakinanku untuk terus berusaha.



Tuesday, December 23, 2008

COPOT JANTUNGKU

Project aku sekarang ni dah mencecah the last mile. Dah berapa bulan kami bertungkus lumus sama-sama, sampaikan kesihatan, keluarga, life selepas kerja, (dan juga tidur) semua terabai. Semua orang dalam team aku sepakat menyatakan project CJDJ nilah yang paling cibai dalam kesemua experience kami yang dicombinekan.

Dan pada masa-masa tough macam ni, ada beberapa yang hilang punca, patah semangat dan putus asa.

Salah sorang animator yang memang aku care dek sebab lamanya kami kenal dan bekerja cari rezeki sama-sama, tetiba dalam 2-3 minggu ni mula berubah. Macam dah habis fighting spiritnya. Orang yang pernah dengan heronya masuk keje Jumaat malam, membuat scene direct tanpa tidur sampai ke Sabtu petang tiba-tiba buat perangai balik awal, tak mahu bantu dtg kerja pada public holiday, dan beritau aku sendiri depan studio manager yang dia muak dengan project ni.

Aku jadi kusut sangat sebab dia jawab macam tu kurang 2 jam selepas aku cuba upkan balik semangat dia. Abis semua nasihat aku berikan, dan semua yang dia cakap aku dengar betul2.

Aku bengang sebab cara dia yang macam tak pikir panjang (or maybe dia dah abis pikir, sebenarnya?) tentang pentingnya to keep one's job in the current economic situation. Economy tengah parah, tak kira apa gomen cakap pun. Nak buat apa kalau takde keje?

Aku kecewa sebab budak ni adalah salah sorang animator yang aku memang genuinely suka dan care. Dah bertahun kebetulan kerja sama-sama. Dan prestasi yang bagus macam mana pun akan berkecai bila arahan tokeh ko lawan terang-terangan.

Apasal la ko cakap macam tu depan studio manager yang terima arahan direct dari tokeh?

ADUHH!!!

Tak sangka seorang animator boleh lumatkan hati aku sampai macam ni!!!!

Monday, December 15, 2008

Madagascar - GNR

No I won't be told anymore
that I've been brought down in this storm
and left so far out from the shore
that I can't find my way back
my way anymore...
Forgive them that tear down my soul
Bless them that they might grow old
and free them so that they may know
that it's never too late
For the many times what seemed like a memory
I search and found the way
you used to lure me in
I found the ways, why it had to be
Mired in denial, and so afraid...
If we ever find it's true
that we have the strength to choose
free of all the chains
we have to together

.... Adakah Axl tau apa yang tengah aku lalui?
... Apasal rasa macam lagu ni dia tulis pasal aku?

Thursday, December 11, 2008

Chinese Democracy

Hari ni Selangor cuti sempena birthday Sultan.

Aku & team tetap kerja macam hari-hari biasa seorang hamba sahaya.

Tapi aku happy.

Sepanjang hari ni aku dengar lagu baru Guns N Roses dari album "Chinese Democracy" yang Yon forwardkan.

Aku happy sebab dah lebih 10 tahun takde lagu baru dari diorang.

Somehow, the first instance dengar suara Axl Rose menjerit on this album, meremang bulu tengkuk and bulu telur aku.

Sama perasaannya macam masa first time dengar 'Welcome To The Jungle' from Appetite for Destruction back in 1988 dulu.

Aku meremang macam dengar suara member yang dah bertahun tak jumpa.

Meremang teringatkan masa mudaku yang rock.

Meremang teringat betapa rambut aku yang kerinting ni sebijik rambut Slash bila di centre-part kan. Aku versi gemuk la tapi.

Meremang teringatkan menang CD "Use Your Illusion" free kat Hard Rock Cafe masa diorang launch that GNR album semata-mata t-shirt skull & flag yang kupakai (refer sample) & rambut belah tengah ala Slash.

Kena cari gambar lama n taruk kat sini nampaknya.

Welcome back, Axl, walau aku kena terima Slash & Duff McKagan takde dalam line up baru ni.

Dan tetiba aku terasa macam nak menari 'crab dance' Axl yang famous tu.


"With ya bitch-slap rappin'... you get nothing done!"

Friday, November 28, 2008

Getting into my car to drop him off to the LRT Station, Mark Gravas noticed the CD cover of Nirvana's In Utero on the passenger's seat.

We ended up talking about Led Zep, ACDC and Sabbath.

Throughout the past 2 weeks, I got screamed at by him in the morning, or/and afternoon for whatever that my team failed to do well.


Being professionals (kononnya) , in the evening I'd still drive him to the lrt station. And during the short drive, we'd be talking about normal things like the weather, family, and how important for me to pull this team through or else Sandra (Ausie producer) is gonna continue writing angry mails to my bosses.


The first few days, I just faked the interest, and once this week, I just got my coordinator Wynnie to send him because he was a total asshole that day.


Funny as it is, (and this is not an isolated case either - I've made many friends because they listen to the same music as I do), in the end, it's rock n' roll that brought peace to us.


All the hard feelings in me vanished into thin air when he assured me that "Really, Angus Young kick-arse, Bob! On stage, he's a lunatic!"


Lu pun satu lagi mat saleh gilalah, Mark! Balik la negara lu malam ni!





Thursday, November 27, 2008

Apalah aku dah jadi ni?

Pak anjang meninggal tadi siang, tapi aku tak dapat balik ziarah jenazah sebelum kebumi sebab terpaksa bekerja mengejar dateline.

Pilih kerja dari melawat pakcik aku sendiri yang meninggal?

Teruknya aku.

Teruknya dunia aku.

Wednesday, November 26, 2008

Aku selalu mengadu kat Nen pasal palatnya kerja aku sekarang.

Tadi over the phone Sicomel-comel Nen suruh aku start cari keje mengajar semula.

I see her point.

Dia kesian kat aku kerja macam ni.

Maki hamun, kena marah sebab salah orang memang makanan aku sekarang ni.

Dan aku amat penat. Penat dan muak dengan cara aku diperlakukan.

Masa-masa ni, her suggestion really sounds like a good plan.

Entahlah, Mak!

Sunday, November 23, 2008

Hari ini aku betul-betul buntu sehabisnya.

I've tried all my best, but this fucked-up project is not heading towards the desired ending.

Pagi nanti, Mark the Ausie director wants to preview 3 episodes.

My animators completed only 2. And the bloody compositor buat perangai dah seminggu lebih masuk & balik kerja ikut suka. Today, he's not in at all.

Sampaikan tonight I had to get back-up compositor.

And yet still sampai sekarang, everything remains uncertain.

I am so not okay.

My fate is sealed for the morning to come.

Mark and my bosses will all hammer down on me. And I am not sure if I can take this anymore.

I might just fucking snap.

I might. Just fucking snap.


"Ya Allah, janganlah Kau bebankan aku dengan sesuatu yang tak mampu kutanggung."

Tuesday, November 18, 2008

Mark of Zorro (mcm Nen cakap)

Pagi ni, aku menunggu si Mark Gravas (director ausie) datang ke office ni macam orang kena hukum tunggu algojo.

Ntah apa lah yang bakal menimpa team aku sepanjang 2 minggu mamat kerek ni ada kat KL.

Allah have mercy on us all!

Tapi aku berazam takkan biarkan team aku yang setia dan kuat berusaha dimaki-kulikan mat saleh sombong ni, walaupun aku hunus keris, dia keluar pistol!

Ini negara akulah!

Monday, November 17, 2008

My Typical Sunday

6.30-6.45am - bangun semayang subuh
6.45am - sambung tido
11.00-11.30am - breakfast
11.30 am - tido lagi
2.30-3.00pm - bangun, mandi
3.00-3.30pm - tengok tv, zohor
3.30-4.00pm - lunch, baca paper
4.30pm - asar
5.00 - 7.00pm - tengok tv
7.00-7.30pm - maghrib
8.30pm - dinner
9.00-12.00pm - tv, isyak
midnite - tido

Aduhai, betapa tak productivenya hari Ahadku!

I'm sorry Si Comel-Comel Nen, I'll make it up to you once this project is over, ok sayang?

Friday, November 14, 2008

Nice Find

Terjumpa carricature muka aku kat blog Katon Aqhari. Copy & tampal je lah kat sini... takkan dia nak sue subjek hasil kerja dia, ye tak? Nice one, Katon! Memang dapat menangkap 'essence' rupa wajah aku!
carricature by Katon Aqhari

Thursday, November 13, 2008

Shafiq dan Adam Ikhsan

Ini cerita pasal ex-Voice Over Talent kanak-kanak aku untuk siri 'Danial' dulu.

Dua orang baru dapat keputusan UPSR mereka.

Sorang nama Shafiq. Dia buat suara untuk karektor Danial. Dia dapat 3B dan 2C.
Aku hantar sms suruh dia terus berusaha.

Sorang lagi namanya Adam Ikhsan. Dia adalah suara untuk karektor Vijay. Keputusannya amat baik, dapat 5A.

Tapi sayang, kejayaannya tak dapat dikongsi bersama salah seorang insan yang disayanginya.

Ayahnya meninggal dunia 2 November baru-baru ni, sebelum results UPSR keluar.

Aku jadi sebak sangat bila tahu nasib yang menimpa Adam. Terkesan sungguh hati aku.

Terkenangkan sedihnya aku masa konvo dulu, Abah je yang dapat pergi tengok aku ambil ijazah. Arwah Mak masa tu dah terlalu lemah untuk hadir sama.

Tapi gembiranya hati aku tak terkata masa Mak cakap bagus aku dah jadi manusia pandai.

Banyakkan bersabar, Adam. Kuatkan semangat.

Ayahmu tentu betul-betul bangga dengan pencapaian Adam.

Uncle Bob pun sama.

Cover Album Mantap

Rock music. The music, the attitude, the life. Dan album covers yang cool.

Aku memang rocker. Dari dulu masa muda rambut aku panjang, sampailah sekarang dah gonjeng.

Dan ini adalah antara design cover album band rock yang bagi aku memang best:













Wednesday, November 12, 2008

Kehairanan yang tak signifikan


Korang perasan tak, kalau kita masuk mana-mana kedai kat shopping complex, dan salesgirl kedai tu mula menghampiri kita, kenapa kita semua secara automatik akan selalunya cakap kat dia, "saya cuma tengok-tengok je..." sebelum sempat budak tu nak bukak mulut tanya kita apa-apa?

Tuesday, November 11, 2008

Andai Hidupku Sebuah Filem Tamil


Kalaulah hidup aku di kala ini adalah satu scene dari sebuah filem tamil, sebagai hero tentu aku sedang membelasah sekor-sekor orang jahat yang mengacau hidup aku ni sampai diorang lembik mintak nyawa.

Dalam proses bergaduh ni, remos rambut aku takkan ter'effect' walau sedikit pun, dan baju putih aku akan kekal putih dan menawan.

Andai kata hidupku ini filem tamil, aku tentu takkan bengang lama sebab kejap lagi pak lawak comic relief akan enter frame memeriahkan suasana dengan aksi bodoh diorang.

Dan sebagai finale, aku akan menyanyi sambil menari beria-ria dengan back-up dancers yang ramai selama sepuluh minit bermula dari kawasan bukit, atas keretapi hingga ke tepi pantai dengan 5 persalinan baju yang semuanya menayangkan bulu dada yang lebat.

Sesungguhnya amat stress hidupku kini sampai level aku harap ianya menjadi sebuah filem tamil yang lengkap dengan happy ending yang amat predictable.


Saturday, November 8, 2008

Muhasabah Sabtu

Satu dunia seronok pasal Barrack Obama jadi Presiden kulit hitam pertama Amerika.

Kenya yang majoritinya orang Islam, seronok sangat Obama jadi presiden US sebab asal keluarganya dari sana.

Indonesia negara paling ramai umat Islam, pun seronok sebab negro ni membesar kat sana.

Politikus Malaya pun ramai yang komen positif pasal presiden US yang baru ni.

Sampaikan lupa bahawa Amerika tetap Amerika, tak kisah hitam ke putih.

Polisinya tetap kan sama, agendanya takkan berubah.

Aku dok wonder, adakah umat Islam lain sedih macam aku mengenangkan nasib yang bakal menimpa Imam Samudra, Amrozi, dan Mukhlas (the Bali Bombers) dalam kecoh-kecoh Obama menang?

Jangan seronok sangat, Amerika tetap Amerika.

Friday, November 7, 2008

Makanan kegemaranku

Aku pernah hidup merantau di Cardiff Wales sekitar tahun 1996-1998. Seingat aku, masa kat sana, selain rindukan Malaysia, aku cuma selalu miss nak makan satu benda je - satay.

Punya lah miss nak makan satay masa tu, sampai aku organisekan gotong royong buat satay untuk aidilfitri tahun 1997. Teringat lagi betapa sejuknya membakar satay dalam suasana outdoor Wales yang sentiasa gerimis. Dan aku teringat gak pada satay yang tak la sedap mana rasanya tapi dapat hilangkan rindu pada tanah Malaya.

Karang aku nak makan satay. Mulut aku dah kecur, perut aku dah standby untuk jadi sendat dengan daging satay, kuah kacang, timun dan bawang.

Hari ini aku tak berapa hiraukan kfc, mcdonald, burger king, wendy's, kenny rogers, carl's jr atau apa2 makanan mat saleh lain.

Sesungguhnya makanan kegemaran aku adalah satay. Full stop.

Kidal = Kreatif?

Aku terperasan, dalam industri animation ni, aku dah berjumpa dengan ramai yang kidal seperti aku.

Maybe tak salah kalau cakap lebih ramai yang kidal pada yang guna tangan kanan dalam keje macam aku ni.

Adakah ini bermakna orang kidal lebih kreatif?

Tapi aku juga sedar, orang kidal ni meja kerjanya selalu bersepah.

Adakah ini maknanya kami si kidal lebih serabut?

Thursday, November 6, 2008

Surat Cinta Nan Sadis


Aku ada terima email - satu surat luahan hati seorang mamat kepada aweknya. Tak tahulah betul ke tidak, tapi aku pastekan je la kat sini:

Valentine hari tu ayang tanya tang mane kite sayang kat ayang.. Time tu kite tak dapat nak jawab. Semalam ayang merajuk ngan kite, kite dah penat nak layan. Ayang call kat kite kite malas nak jawab. Tang mane erk kite sayang kat ayang? Semalaman kite duk pk soalan tu. Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang kite kat ayang sangatla kerdil. Sebab tu la ayang selalu merajuk erk? Tak tahula, setahu kite:

1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap sem kite dapat Anugerah Dekan. Bile dah kenal ngan ayang, setiap sem kite repeat paper. Sebelum kenal ngan ayang kite belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ngan ayang,keluar makan lagi nak mintak duit ngan emak kite.

2. Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je kat ayang. Kalau ade 2 buah epal,kita bagi yang besar kat ayang.

3. Kalau kite makan ikan, ayang makan tang badan ikan tu, kite pula makantang kepala ikan tu je.

4. Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite tak pernah kutuk ayang tak cun. Tapi kite yang hensem ni ayang lagi nak kutuk ngan member depan kite, kata kite tak hensem langsung. Erra Fazira berlalu depan mata, kite diam je. Takut kalau puji kang ayang marah. Mat Indon duk depan Sogo ayang gi ngorat time kite gi tandas. Siap mintak nombor tepon depan kite lagi.

5. Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe nak makan Starbucks, kite tipu kite dah kenyang, padahal bile dah sampai kat umah kite makan mee maggi.

6. Sebelum kenal ngan ayang, kite tak pernah ade girlfriend. Selepas ayang kenal ngan kite, genaplah koleksi ayang ada 20 boyfriend kesemuanya. Kite tak pernah marah ayang playgirl, dah tu ayang kata kite cam sami buddha.

7. Ayang selalu pukul dada kite, tampar muka kite, cubit peha kite, kite tak pernah tengking sekali pun, apatah lagi nak cubit, nak tampar, nak pukul?

8. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta ngan laki lain, kite nak buat ape. Kite kate kite nak bunuh laki tu. Tapi bile kite tanya kalau kite jatuh cinta kat pompuan lain, ayang nak buat ape, ayang kata nak bunuh kite, emak kite, ayah kite ngan nenek kite.

9. Kite beli mask Clinique untuk ayang harga RM300 kite kate harga RM30. Ayang beli jam tangan kat kite harga RM30 ayang kate harga RM300.

10. Setiap kali berjumpe kite bagi hadiah kat ayang, tapi setiap tahun birthday kite ayang kate dah lupe.

11. Kite rosakkan headphone walkmen ayang, kite ganti satu discman baru. Ayang rosakkan kerete kite, ayang buat derk je.

12. Sekali ayang demam, kite kene diet 2kg nak jaga ayang. Sekali kite demam, ayang tambah berat 2kg sebab abiskan makanan kite.

13. Kite tak pernah kata ayang pendek, ayang marah kite tinggi sangat, member ayang ketawakan ayang.

14. Ayang datang umah kite, kite tido sofa, kite datang umah ayang, kite gak yang tido kat sofa.

15. Mak kite belikan rantai Tiffany ngan ayang. Mak ayang tak pernah ajak kite makan kat umah ayang walau sekalipun.

16. Kucing umah kite bersalin, kite bagi anak kucing yang paling cute kat ayang, 2 hari je ayang bela, kucing tu dah mati. Ayang tak kate pa pe pun. Ayang bagi ikan emas yang dah dekat mati kat kite, 2 hari kite bela dah mati. Ayang kata nak bunuh semua anak kucing kite.

17. Ayang kalau nak pakai duit kite, terus ambil takyah bagitau. 30 ke 80ke seratus ke selagi wallet kite ade duit. Aritu kite nak pinjam 10ringgit sebab terlupe bawa wallet, ayang kate kite kedekut.

18. Birthday ayang kite tak pernah terlupe. Birthday kite arini ayang tak pernah ingat.

Terbahak-bahak aku gelak bila baca surat ni. Apasal la lu bodoh sangat, bai? Hahahahaha... part awek dia mintak nombor Indon depan dia tu mmg berdekah!!!

Moral of the story: Tak guna sayang pada yang tak kasih.

Mari belajar perkataan Bahasa Inggeris


Tiba-tiba pagi ni aku terfikirkan satu perkataan English - SCAPEGOAT. Lalu aku bukak Merriam-Webster On-line Dictionary untuk ku'check' pengertiannya:

Main Entry: scape·goat
Pronunciation: \ˈskāp-ˌgōt\
Function: noun
Etymology: 1scape; intended as translation of Hebrew ʽazāzēl (probably name of a demon), as if ʽēz 'ōzēl goat that departs—Lev 16:8(Authorized Version)
Date: 1530

1: a goat upon whose head are symbolically placed the sins of the people after which he is sent into the wilderness in the biblical ceremony for Yom Kippur
2 a: one that bears the blame for others b: one that is the object of irrational hostility



Kenapa pulak aku berminat nak check maksud perkataan ini?

Apasal aku highlightkan certain parts?

(... dan music suspense lalu berkumandang di latar).

Tuesday, November 4, 2008

Dia sayang aku...


Hari ni aku cuma nak relate keadaan aku sekarang ni dengan salah satu variations of Murphy's Law yang aku pernah postkan dulu:


"If there is a worse time for something to go wrong,
it will happen then."


Production aku bermasalah sebab kami delay gila-gilanya. Untuk settlekan masalah production yang tak dapat deliver on time, aku ni bersungguhlah cari sub-studio untuk mengurangkan beban team aku yang setia.

Bila sub-studio dah dapat, and possible to deliver ikut schedule yang aku tetapkan, aku yang dah nak hantar materials untuk depa buat kerja petang ni, diberitahu pagi tadi oleh boss that aku tak boley sub-kan kerja kat diorang sebab legal complications pulak.

Encik Murphy betul lagi kali ini. Di kala aku patut dapat menarik nafas lega, makin sesak dada ni jadinya.

Tapi macam Nen selalu cakap, ini jelas tanda Allah sayang kat aku, lantas didugaNya.

Dan bila teringat kata-kata Si Comel-Comel aku, hati ini jadi redha dan terfikirlah aku, "Sungguhlah, it won't rain all the time."

Sunday, November 2, 2008

Laba atau Bala II

This week, production team aku agak gembira & bangga.

We found out that CJ the DJ jadi front cover magazine 'Kidscreen' September 2008 (US Edition).

Riang lah sikit hati semua orang. Banyaklah hidung yang kembang kuncup tengok hasil kerja jadi frontcover.

Magazine tu dah jadi lunyai dan covernya nak tercabut dah pun by the time aku dapat ambik gambar dengan magazine tu semalam.

Tapi seperti biasa, aku potong stim budak-budak ni:

Kata aku, "Jangan seronok sangat tengok CJ the DJ jadi cover Kidscreen. Ini memang promosi baik, tapi maknanya, series ni dah lock untuk broadcast!"

"Production team kita masih bercelaru nak deliver semua episodes on time!"

Dan tersenyaplah semua orang semula.

Hanya beberapa orang je yang sempat sengih kambing. Aku syak dioranglah yang dah ambik gambar magazine tu awal-awal lagi!

Saturday, November 1, 2008

Skrip Sebabak Pendek

FADE IN:

EXT. DI TEPI JALAN SEDERET RUMAH TERES LEWAT THUN 1970AN - PETANG.

Sekumpulan kecil kanak-kanak sedang mula hendak bermain batu tengteng. Suasana riuh rendah berselang-seli gelak ketawa.

Enter BOB (6 tahun, rambut kerinting, gemuk) dengan riang menuju mereka. Di tangan kanannya kertas tisu berisi cekodok enak yang dibuat MAK.

BOB
Hey kawan-kawan! Meh makan ni
cekodok Mak kita buat... ambik
sorang satu... sedaaaap nih!


Bob lalu mencapai cekodok dengan tangan kirinya lalu menyuapkan makanan itu ke mulutnya.


Salah-seorang kanak-kanak yang lebih tua, AKBAR ALI terus menuding ke arah BOB.

AKBAR ALI
Tengok tu, dia makan pakai tangan taik!


Pandangan kanak-kanak lain tertumpu ke arah BOB yang sedang menggigit cekodok dari tangan kirinya.

BOB yang sedang ralit mengunyah, berhenti makan dan matanya hairan melihat sekeliling.

Mereka terus berkerumun sekeliling Bob, riang kerana ada lauk untuk dikenakan!

KANAK-KANAK
(Menyorak-nyorak)Aaaaa....Dia makan
tangan taik! Hahah makan tangan taik!!
Tangan taik! Tangan taik!!! Hahahah!!!


BOB
Hoi, aku KIDAL lah! Aku makan pakai
tangan kiri SAMALAH macam korang
makan pakai tangan kanan!


Kanak-kanak lain terus beria-ria mentertawa dan menyakat Bob.

KANAK-KANAK
Eiiii pengotor! Tangan Taikkk!!
Tangan cebok!!! Tangan Taik!!!


BOB
(Berang)Kalau macam tu, korang
semua jangan usik cekodok aku ni!!!


AKBAR ALI terus merampas tisu berisi cekodok dari BOB.

AKBAR ALI
Dah makan pakai tangan taik,
kedekut pulak eh? Mari sini!!!


BOB
HOI!!!!


Kanak-kanak lari berebutkan cekodok dari AKBAR ALI. Kesemua mereka lalu terus bersorak dan meninggalkan BOB dengan baki cekodok masih di tangan kirinya.


BOB yang tinggal sendirian menggaru kepala dengan tangan kanan, lalu menyuapkan habis cekodok itu ke mulutnya dengan tangan kiri.


Tiba-tiba tersedar, BOB merenung tangan kirinya sambil mulutnya terus mengunyah.


Tangan kanan BOB terus menggaru kepalanya.


Di kejauhan, kanak-kanak lain meneruskan permainan mereka.

FADE OUT.

rockstar

Macam ni la gua nak pose kalau jadi magazine cover!

Friday, October 31, 2008

Eh, Kau Ingat Tak Masa.....

Story 1:

Some time back, I received a call from some one dari masa lampau aku. Lebih kurang macam Amir dapat call dari Rahim Khan in 'The Kite Runner' la kira-kiranya.

Salah sorang best friend aku masa kat Sekolah Rendah Kebangsaan PD was Khairul Affandy. Itulah member ketat gua masa kat sekolah dan lepas sekolah. Kenangan yang aku tak lupa was ronda rumah ke rumah dengan Kerol masa Raya, kami siap pergi rumah class teacher kami nama Cikgu Zaharah.

Bila Standard 5, my family moved to Kerteh Terengganu ikut Abah yang berpindah kerja ke Petronas.

And aku lost contact terus dengan Kerol.

Until late last year.

Kerol call aku satu hari. Memang aku mula2 terkejut, then bertukar jadi terharu sangat dengan usaha dia untuk cari aku balik. Unfortunately, we have so far only managed to chat over the phone. And a few times masa bulan puasa baru-baru ni.

In fact, Raya baru ni, he invited me over to his place. Walaupun I really wanted to go give him a visit, I had to abandon the plan pasal kena settlekan kerja yang tak pernah surut ni.
Tapi aku pasang niat, soon aku akan make the effort untuk berjumpa Kerol. Banyak cerita lama nak dikenang ni!

*********
Story 2:

Bila dah pindah Kerteh, there were other families yang sama merantau ikut parents yang kerja macam Abah.

One of them was the family of Uncle Hassan Amin & Makcik Hasnah.

Like our family, they also hailed from PD. Uncle Hassan (now arwah dah) memang dah kerja sekali dengan Abah dari Esso PD.

They also have 3 kids - Azzizul is my age, Azzizudean a year younger than our twins, and Azzizeana. Coincidently, kami berjiran pulak for 10 years over.

Aku grew up dengan Azzizul pulak kat Kerteh. Masa kat PD, satu sekolah gak, tapi tak kenal pun. Bila dah berjiran, and sebaya, aku & Zizol jadi lah kawan baik.

Then masing-masing masuk sekolah asrama, and then U, then masing-masing bawak hal sendiri bila dah bekerja.

Bila aku & Si Comel-Comel Nen berchenta & nak kahwin, rupa2nya masa tu si Azzizul satu office dengan Nen! Itu pun kami semua tahu masa Nen kasi kad jemputan kat dia! Memanglah dunia ni kecik.

Last sunday masa cuti Deepavali, my whole family ke Melaka to attend Azzizeana's wedding. Somewhat, macam tak percaya tengok dia bersanding hari tu. Aku still rasa macam dia budak kecik yang kami selalu sakat. Congrats Zizi & husband! Moga berkekalan hingga ke syurga, Amin!

Si budak kecik yang dulu arwah Mak belikan gown dah tu suruh posing amik gambar kat pokok bunga orchid abah dah kahwin dah pun. How time flies!

So jumpa lah balik kami bertiga dengan Azzizul & Judeen at the reception. Bergambar sakanlah semua orang buat kenangan.

Azzizul & me

The Sabudins & the Hassans

Bila lagi nak dapat jumpa lagi ntahlah. Maybe nanti bila si Judeen or Adek pulak kahwin kut!

**********

My point from these two stories is - "Old friends" memang satu phrase yang amat nostalgik. Especially if they go waaaaay back to your childhood. Getting in touch and meeting up with old friends once in a while is good. It refreshes memories that might have been lost due to our ageing minds and hectic lives.

Sesekali dapat jumpa or sembang, tak kisah berapa banyak dah dunia kita berubah, kita semua kan dapat jadi macam dulu balik. Walaupun kejap.

Kira ok lah tu, I must say.

Thursday, October 30, 2008

Hipokrit, Hipokrit!

Kaki lima zon baru larangan merokok.

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa semalam, semua kaki lima kompleks beli-belah termasuk restoran dan kafe terbuka di luar premis berkenaan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok. Mereka yang didapati merokok di kawasan berkenaan boleh dikompaun maksimum RM5,000 atau denda RM10,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

Liow berkata, papan tanda amaran larangan merokok akan dipasang di kawasan berkenaan bagi mengingatkan orang ramai mengenai peraturan baru itu. Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008 itu juga memperuntukkan seluruh kawasan berpagar Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai kawasan larangan merokok. Semua yang didapati bersalah sama ada pelatih, kakitangan dan pelawat, boleh dikenakan hukuman sama, berkuat kuasa semalam.

Memang lahanat kerajaan Malaysia. Bukan larangan merokok jawapannya, stupid. Tutup je semua kilang rokok dalam Malaysia ni kalau betul ikhlas nak promote healthy living di kalangan rakyat.

Cukai & duti tembakau kerajaan sapu, lepas tu nak impose macam-macam rules lak. Dah tu, korang nak saman lak smokers yang merupakan kumpulan penyumbang cukai tertinggi mengikut peratusan (by percentage) dalam negara ni. Nampak sangat kerajaan ni hipokrit!

Lepas ni, jenuh nak kena kasi rasuah kat penguatkuasa rokok lak. Cukup-cukuplah selama ni kami rakyat kena suap polis, kastam, pbt n tah hapa beruk kerajaan lagi dalam hidup seharian! Ni dah bertambah lagi satu group untuk dirasuah pulak.

Salah siapa semua ni? Tentu ramai perokok tegar akan setuju dengan aku kali ni - UMNO lah, sapa lagi?

Wednesday, October 29, 2008

Laba ke Bala?


Tengah-tengah pening dengan segala macam problem kerja sampaikan aku malas nak berkata-kata, dan hilang minat untuk nak rasa gembira, hari ni aku terima confirmation letter as permanent staff. Ingatkan surat kena buang kerja!

Aku yang dah berexperienced kerja kat beberapa tempat lain sebelum ni termenung sekejap.

Ada pros and cons yang berbeza dengan datangnya surat confirm ni.

Sebelum ni, aku takde entitlement cuti sebagai contract staff - kalau tak datang kerja, potong gaji.

Tapi hakikat sebenarnya tak de makna semuanya itu.

Hari-hari aku masuk kerja pagi dan hanya balik bila dah takde matahari. Hari rehat pada Ahad pun kadang-kadang tak bermakna apa-apa untuk aku ni. Kerja gak, tapi tak pulak dapat gaji lebih untuk effort yang melampau tu. Kah kah kah!

Sekarang, aku ada Annual Leave yang boleh ditolak. Tapi sampai June tahun depan, ada harapan ke aku boley ambik cuti? Dengan keadaan project ni yang memang nak karam dari sebelum aku masuk, dapatkah aku ambik annual leave? Kah kah kah!

Sebelum ni as a contract staff, aku boley chow dari semua keserabutan ini dengan beri 24 hours notice.

Sekarang, aku akan stuck kat sini untuk tempoh minima sebulan lagi kalau aku decide nak blah.

Member aku Mat Khairi cakap ini lesen untuk aku dibelasah secara legal untuk semua masalah yang timbul.

Sebelum ni, kalau pun tak legal, tetap aku kena belasah maut. Almost every week aku kena bertengkar, menjerit, argue, defend myself, kena marah dan marah balik.

Tapi aku rasa aku pegang apa yang sorang hamba Allah ni nasihat aku semalam.

Dalam bekerja, yang paling penting menurutnya adalah honesty & sincerity.

Aku amat setuju. Dua elements ini lah yang buat aku bekerja keras selama ni walau kat mana pun aku berada.

Teringat pulak nak quote kata-kata Yon from salah satu sembang YM kami.

Bila aku mati nanti sampai masa, maybe patut ditulis kat batu nisan aku macam ni:

"Sekurang-kurangnya dia ikhlas berusaha..."

Kalau nak top-up skit pun, tambah lah:

"... dan Bob sememangnya kelakar, bai!"

Hahahahah!

Crocodile Dundee Is A Pussy!

If any one asks me, "negara mana kau paling benci, Bob?"

I'll answer with certainty, "AUSTRALIA!"

The Australians I'm working with are nothing like Crocodile Dundee I've come to love in the 80's.

They are stupid, yet arrogant. Perasan bagus, tapi their work is full of flaws. Yet tak pernah mengaku. Bastard criminal descendants, that's what they are. Screw your "G'day, mate!", wankers!

Angin betul aku hari ni dengan diorang! Menyesal aku layan Crocodile Dundee & suka Kylie Minogue selama ni.

Well, maybe ada satu je persamaan antara the Ausies I'm working on dengan Crocodile Dundee - Stupidity!

Kalau aku keluarkan pisau & tunjuk kat diorang, they (the fools I'm working with and Croc Dundee) will all say, "that's not a knife, THIS is a knife!" sambil keluarkan boomerang.

Dah bodoh tu, siap insult negara aku lagi pikirkan kita still dok atas pokok & kat KL merata-rata ada monyet. Negara kau orang la penuh lalat!

So Nen, write off Australia from the list of country we want to visit.

I'm not going to visit the blasted country!

Nasib aku tak pernah sokong or rasa nak beli jersey wallabies!

Saturday, October 25, 2008

HOSTEL BLUES 07 - SATU KENANGAN INDAH

Minggu ni segalanya tak menjadi berkenaan kerja.

Kemuncaknya, semalam dan hari ini aku jadi tak peduli lagi dengan segala yang kupikul sebagai producer project CJ the DJ keparat ni. Bila perasaan sial sebegini membelenggu, aku perlu lari seketika dan mungkin re-live semula sesuatu yang pernah membahagiakan hati ini.

Ini barangkalinya satu kenangan indah yang bisa buat aku riang kembali:

Pada tahun 2007, aku ditemukan dengan kartunis Aie yang terkenal dengan karya-karya 'blues'nya di majalah Ujang.

Hasil awal discussion aku & aie, kami come up dengan idea dan konsep yang bagi aku amat mantap, dan berbeza dari mana-mana produk animasi tempatan - kami nak buat satu siri animasi khas untuk remaja.
Timing kami berjumpa amat tepat.

Masa tu, MDeC menganjurkan pertandingan 'Intelectual Property Challenge'.

Dengan dibantu production team yang berbakat besar seperti Boy, Roslan, Yop, Gaban, Slemmer, Faiz, Wan G, Steve, Roy, Iman & Norm, (harap2 takde yang tertinggal -nanti kecik hati lak!) kami berusaha from scratch untuk come up dengan satu siri bertajuk "HOSTEL BLUES".

Masa aku nak mulakan projek ini, banyak suara2 sumbang dan cakap belakang yang bernada sinis dan penuh skepticism dari colleagues dan enemies. Sama macam masa 'Danial' aku mulakan.
Tapi Alhamdulillah, collaboration hasil semangat dan kecekalan kami berjaya menghasilkan trailer untuk 'Hostel Blues'.

Dengan harapan yang tinggi, 'Hostel Blues' (HB) kami hantar masuk bertanding dalam kategori Animasi.

Dan HB dishortlistedkan sebagai top 5!

Stage 2 - kena buat live pitching depan a panel of jury. Sebagai kapla, aku bertanggung jawab buat presentation. Sekali dengan 'gimmick'nya.

Dah buat cerita pasal budak sekolah, aku pun terpaksalah pakai uniform. Last time aku pakai baju sekolah masa masuk Form 6 sekejap in 1990!

Check out the name tag; siap ada lencana sekolah tu kami design!


We went prepared - bunting, the uniform, the on-screen presentation - memang best ah!



Some of my boys memberikan sokongan padu!



Then bila sampai masa pengumuman, WE WON!!! Menang 50K lagi! Dapatlah fund untuk buat pilot episode! Hoooreeeeyyyy!!!!

Aku terima mock cheque RM50,000 dari the organiser!


Wajah-wajah keriangan selepas menang .


Poster 2 Hostel Blues - words by Bob, design by Aie

Epilog:

Sebelum pitching, Aie left to do other things. Tapi Allah yang maha pemurah perkenankan aku berjumpa teman lama Yon a.k.a kartunis Tembakau. Dulu masa kami kenal, aku kat UM, dia kat UIA. Tapi itu cerita di awal 90an. Lama dah tu. Tup-tup, jadi rezeki bertemu semula dalam dunia animasi.

Episode 1 Hostel Blues aku teruskan productionnya dengan team yang sama, dengan Yon sebagai sutradaranya. Satu sen pun hasil kemenangan itu tidak kami ambil, kesemuanya jadi cost untuk menghasilkan Episod 1 tu. The result, memang best! Gila kau, kombo aku & Yon - takkan tak mantap bro!

Tapi pihak management Animatrix Studio tak mahu terus perjuangkan Hostel Blues, mainly sebab diorang gagal untuk nampak financial revenue yang boleh dihasilkan dari siri ini walaupun kalau diteruskan, memang boleh jadi lubuk emas yang mampu generate income yg banyak. Dan yang lebih utama, kompeni tu takde duit untuk finance such a project. Biasalah, kompeni Melayu... layu!

Aku pun dah blah dari situ. Sungguh maha hebatnya Allah, sekarang aku bekerja satu studio dengan Aie, walau berlainan project.

Tapi yakinlah, this is not the end of it all... aku & Yon (mana tau, maybe Aie sekali) akan terus berkarya bersama-sama.

Tunggulah buah tangan dari kami, insyaallah by next year.