Wednesday, December 22, 2010
JAWAPAN MAUT
Aku curik dengar perbualan antara 2 remaja yang sedang bersiap-siap membuka gerai jual jagung pasar malam di sekitar Kampung Lindungan PJ hari Isnin lepas.
Seorang tu agak gemuk (dikenali sebagai 'Gemuk'); seorang lagi muka banyak jerawat (kita panggil dia 'Pipi').
Lebih kurang macam ni la transkripsi nya yang memang aku make it a point to remember untuk disharekan bersama.
Pipi : Final AFF kena pergi tengok kat stadium ni!
Gemuk : Esok kita gi beli jersey Malaysia jom?
Pipi : Aku mana ada duit, ko lain lah, ko anak tokeh.
Gemuk : Itu upah kerja bapak aku kasi la bodoh!
Si Pipi yang sedang cuba memasang payung besar menghadapi kesukaran.
Pipi : (bersusah payah) Oi, camna nak buat ni?
Gemuk : Hoi, pasang payung pun tak tahu?
Pipi : Tolong la oi!
Gemuk : Ko ni bodoh betul!
Pipi : Memang la aku bodoh!
Gemuk : Tahu tak pe!
Pipi : KALAU AKU PANDAI, AKU TAK KERJA UNTUK BAPAK KAU!
Hahahahahaha!
Aku suka jawapan tu! Outstanding, young man!
Wednesday, November 24, 2010
Wednesday, October 27, 2010
My BFF
Muhammad Imran weighted 2.55 kilos at birth.
He slept through his first month mostly.
The first three weeks, aku tak berani dukung Imran langsung, eventhough I wanted to.
This coming Friday, Imran will be 3 months old. And he's almost 6 kilos already.
Not only has he gained in weight, I notice that my boy has develop his senses and is also more alert.
Imran responds when called and has come to recognise family members like Opah, MakSu and sister cousin Kak Fira, besides Nen & me, of course.
While he finds comfort in his Mak's arms, I am his entertainer. I talk to him all the time, and Imran goes goo-goo-gaa-gaa, as if talking to me.
I am reliable enough to feed him, and last weekend I successfully coaxed him to sleep without assistance from Nen.
Strangely, waiting for him to wake up in the morning actually is the highlight of my day.
Without fail, when he wakes up, the first thing he'll do is greet Nen & me both with his sweet smile. No shit. It happens every morning.
I have discovered one level of happiness never experienced before with Imran's presence in my life.
Imran, I know we're gonna be really good buddies.
Wednesday, October 20, 2010
Analisis : Flat Desa Mentari
Hari Ahad baru ni kat area Flat Perumahan Rakyat Desa Mentari PJS kat umah Mak Mertua aku polis sudah bawak & park satu bas yang diconvert jadi Balai Polis Bergerak.
Petang semalam masa aku balik dari repair windscreen Fast Car, aku lalu jalan Kampung Lindungan. Ada roadblock polis.
Pagi tadi masa nak beli breakfast, ada satu lagi roadblock kat area flat tersebut. On top of that, aku nampak jumlah anggota polis yang tak munasabah ramainya around the flats.
Masa aku membeli makanan tu, aku terdengar orang di kedai cerita, malam Sabtu lepas ada gaduh bersenjata kat flat Desa Mentari. Inter-racial, dengarnya. Pergaduhan yang dah makan 3-4 hari berlaku hanya di waktu malam, depa kata.
Aku malas nak comment about the gaduh-gaduh.
But this is my dua kupang lima duit for a thought.
Project Flat perumahan rakyat ni in my opinionnya memang cocktail yang perfect untuk jadi tempat gaduh (Sesama bangsa, dengan bangsa lain, dengan foreigner, semua sama je).
My argument is such:
Letak beribu2 orang of various ethnicity di beberapa block flat berbelas tingkat yang posisinya rapat2.
Bayangkan manusia pelbagai bangsa dengan education background berbeza dilonggokkan di satu kawasan yang padat. Mana nak rasa selesa.
Kemudiannya, basic infrastructure nampaknya bukan priority here.
Contoh paling senang, tengoklah lift di kawasan seumpama yang aku nyatakan tadi.
Siapa pernah sampai kawasan flat rakyat ni sure perasan, mesti ada lift yang tak function.
Lift yang berfungsi pulak, sure penuh grafitti ~ kadang-kadang sampai geli nak membaca apa yang tertulis di dinding2 lift itu.
Bayangkan betapa panasnya hati orang2 yang terpaksa menapak berbelas tingkat after a hard-day's work just to get home.
Isu pelupusan sampah tak yah ceritalah. Penuh sampah sarap je nampak sana sini.
Satu lagi, buat flat beribu units, tapi parking space yang mencukupi tak pernah diusahakan. Percayalah, pasal parking boleh jadi isu gaduh sesama jiran tetangga. All is needed is sekor mamat yang kurang ajar tak tau law.
Lagi satu yang gua perasan, in flat environment nih, bila petang/malam, budak2 muda akan dok berlonggok kat bawah ramai-ramai. Maybe keluarga besar ke, rumah sempit ke, tapi port diorang memang depan2 kedai, tepi jalan, playground area.
Bila dah dok berkumpul, jadilah pelbagai geng. Kalau dah ramai, kes salah jeling pun boleh jadi gaduh besar, bai.
Yang ada motor, akan bersepah2lah di jalan raya, sometimes menyusahkan orang dek darah muda diorang nih.
My conclusion is:
Takkan lah bijak pandai kita tak pernah terpikirkan masalah yang bakal timbul masa dok plan penempatan semacam ini?
Kalau persekitaran dah dijadikan macam nih, letak balai polis kat tengah2 pun tak kan dapat selesaikan masalah social yang timbul nih, bai.
Sunday, October 17, 2010
Al-Kisah Goutnil
I suffer from acute gout (atau nama penuhnya "Goutemala" ~heh heh, lawak bodoh).
When my joints swell, it hurts like hell.
Bila ada gout attack, I depend on one type of magic pill called 'Goutnil' (atau nama lainnya 'cholcicine'~ ini bukan lawak).
This is basically how the pill works:
I have to keep taking these tablets until diarrhea sets in.
In this case, the inability to stop shitting is actually good.
Every trip to the toilet flushes out uric acid which causes gout from my body.
But this post ain't about Gout 101.
Instead, here's my story about consumer-screwing.
I usually frequent a pharmacy in SS15 Subang Jaya to get my stock of Goutnil. All these while, the towkay charges me RM3 for a strip of 10 pills.
What he charges I consider fair, since ada some pharmacies sell the same medicine for RM4, or RM3.50 per strip.
Yesterday I had a gout attack, but the SS15 pharmacy ran out of Goutnil.
So I went to a pharmacy within driving distance dari situ (no way was I gonna walk that far with a swollen knee!) and to my surprise, they sold me the pills at RM2 per strip! I bought 5 strips terus.
I don't understand why the same type of medicine is sold at different prices? Even the packaging is the same, all produced by the same company.
Even when sold at RM2 per strip, I'm sure ada untung.
The bastard in SS15 buta-buta profits RM1 from every strip of Goutnil sold. Other bastards who sell it for more lagilah untung banyak.
This incident made me think.
This is an example of a small item. Sebijik ubat yang harganya 10 sen maybe, being sold at 30-40 sen to the public.
What about more expensive medicines? Brapa lak diorang muck-up?
It pisses me off to think ntah brapa banyak yang kedai ubat n pharmacies dah tipu consumers like me as far as medicines and health products are concerned.
Tapi I don't see any point in reporting this type of inconsistency to any authorities.
Silap haribulan, they'll ask you for a bribe first.
You don't have 50, 5 ringgit also they will wallop, trust me.
And them bastards in the government raised cigarette prices again.
Maybe so that Goutnil will be sold cheaper across Malaya.
Whateverlah, gua pergi berak dululah!
Tuesday, October 5, 2010
"Integriti Amalan Kita", My Ass!
Ahad lepas, aku bawak Nen & Imran pergi open house member ketat gua Iman di Jalan Ipoh.
Since lama tak pergi ke rumahnya, aku confuse dengan jalan yang harus dilalui.
Sampai satu simpang, aku terpaksa cut queue kat traffic light.
Selepas traffic light tu, sekali satu patrol car polis pasang siren belakang aku.
Aku stop tepi jalan, and 2 orang polis keluar menuju aku. Sekor dari Sarawak, aku syak dari rupa wajah & cara percakapannya. Kat uniformnya tertulis nama 'Nick". Sekor lagi gemuk hitam. Melayu. Aku tak sempat nak tengok apa ke namanya.
Aku kasi IC, kasi lesen. Kereta aku takde outstanding summons.
Aku mintak tolong kat diorang jangan saman.
"Sekarang ramai orang benci polis. Cakap polis tak buat kerjalah. Ni kami menjalankan tugaslah ni. Encik nak kami tolong macam mana?" polis gemuk hitam mengeluarkan ayat standard Polis Malaya.
Masa tu aku sempat wonder, ada kelas special ke yang ajar polis2 kita cakap macam ni?
'Babi,' detik hati aku.
"Kalau saman, 300 inggit nih!" polis Sarawak nak gempak gua. "Tapi kami bukannya tak bertimbang rasa. Kami nak tolong Encik."
Si gemuk hitam cepat2 potong line, "Jadi macam mana, Encik? Saya saman nanti!"
Aku terus paham yang dua ekor lahanat nih nak pau aku.
"Saya ada 40 inggit je dalam wallet. Encik ambiklah 20," kataku dengan berat hati.
"20? Hmmm bolehlah. Oit! Wallet tu jangan tinggi sangat... nanti orang nampak," kata si gemuk hitam bila aku tunjuk isi wallet padanya.
Tahu pulak lahanat nih takut perbuatannya dilihat orang.
"Errrr, letak duit tu kat celah pintu kereta," si Sarawak mengarahkan aku.
Gua letak duit tu & terus chow.
Aku rasa palat sungguh sebab terpaksa beri rasuah kat dua ekor nih.
Betapa hinanya polis kita, dua puluh inggit pun diorang sapu.
Pastinya semua lalu-lintas yang nampak kereta aku ditahan polis bukannya berfikir "wah, berdedikasinya polis ini menjalankan tugas", bai.
Aku pasti semua berfikir, "polis tu cari duit kopilah tu."
Gua berani bet punya.
The question is, manusia2 kaki rasuah ini ke yang diexpectkan menjaga keamanan kita semua?
Padanlah takde siapa respect polis dah sekarang nih. Rupanya penuh pundek je!
Friday, October 1, 2010
Wednesday, September 29, 2010
Book Review: 'Dunia Affan & Iddin'
Recently, aku baca buku cerita kanak-kanak bertajuk 'Dunia Affan & Iddin'.
Walau pun pada mulanya skeptical, bila bukak je buku nih aku suka apa yang kubaca.
Chapter 1 diceritakan dalam bentuk komik. Main characters Affan & Iddin diintroducekan.
"Neat," I thought. Aku appreciate effort meng'combo'kan story-telling method nih.
Tapi at that point, aku bersedia untuk dikecewakan bila Chapter seterusnya ikut format cerita biasa.
Instead, aku jadi makin pulled into the world of sepasang kembar Si Affan & Iddin yang nakal. Bahasanya simple dan bersahaja, sesuai nak capture attention budak-budak.
Tapi part yang best adalah, me, a grown-up, boleh relate kepada benda2 yang dua beradik ni buat ni ke zaman masa aku kecik2 dulu.
Scene main api tu memang tangkap dalam, sebab Pian, Adik & aku memang suka main api. Bab curi mancis Mak memang biasa sangat kami lakukan dengan penuh sistematik. Terkenang semasa dulu.
So finding the twins playing with fire, and doing other believable naughty things, was refreshing for me. Ceritanya tak jadi poyo sebab semua benda yang terjadi dalam cerita tu possible untuk jadi experience kepada seorang kanak-kanak biasa.
Plus aku suka adanya karektor2 orang dewasa yang colourful ~ ada yang ditakuti, ada yang disukai protagonist. It's good that Mak & Ayah yang mandom muncul pada kalanya sahaja.
Dan of course, Marissa (girl) yang sebaya dengan Affan & Iddin berserta geng mereka di pre-school class memang add up the spice dalam cerita nih.
Kids will find this book fun and enjoyable reading.
I know I did.
Well done, Nen*.
I'm so proud of you.
************
* Sesiapa yang belum tahu, Nen or Wan Chik is my wife the writer, and 'Dunia Affan & Iddin' is her first published children storybook.
Support this budding writer ~ she aspires to write full-time. At home. So she doesn't have to leave Imran with some one else.
'Dunia Affan & Iddin' is published by MustRead Publications and available di semua MPH Bookstore. Go buy the book.
Ubat Sedu
Aku musykil. Yang amat.
Satu soalan serius:
How come bila babies tersedu, the practiced and proven method orang Melayu macam aku buat dari dulu sampai sekarang adalah:
What makes kertas, and air liur able to stop a baby's hiccups? Makes no sense, right?
But when Imran hiccups, itulah yang aku buat.
And it works.
Sangat amazing, kalau difikirkan betul-betul.
Kertas + air liur takkan dapat settlekan masalah ini, logically-speaking.
So, argument aku adalah...
The answer lies in the third component - selawat ke atas Nabi.
That is the healing entity.
Inilah faktor yang buat babies berhenti tersedu.
Aku tak leh nak argue lebih dari tu, tapi itulah jawapannya. Dan anyone who disagrees dengan aku boleh blah!
Ehem..rhem.. maafkan aku.
MasyaAllah.
Allah, you are the best.
As a parent, aku amat bersyukur padaMu atas knowlege unik yang terus diperturunkan pada kami ini.
Satu soalan serius:
How come bila babies tersedu, the practiced and proven method orang Melayu macam aku buat dari dulu sampai sekarang adalah:
"ambik secebis kertas, basahkan dengan air liur; lepas tu selawat dan tepekkan kertas tu atas dahi baby. Insyallah hilanglah sedunya."
What makes kertas, and air liur able to stop a baby's hiccups? Makes no sense, right?
But when Imran hiccups, itulah yang aku buat.
And it works.
Sangat amazing, kalau difikirkan betul-betul.
Kertas + air liur takkan dapat settlekan masalah ini, logically-speaking.
So, argument aku adalah...
The answer lies in the third component - selawat ke atas Nabi.
That is the healing entity.
Inilah faktor yang buat babies berhenti tersedu.
Aku tak leh nak argue lebih dari tu, tapi itulah jawapannya. Dan anyone who disagrees dengan aku boleh blah!
Ehem..rhem.. maafkan aku.
MasyaAllah.
Allah, you are the best.
As a parent, aku amat bersyukur padaMu atas knowlege unik yang terus diperturunkan pada kami ini.
Sunday, September 19, 2010
Wish You Were Here
Semalam birthday arwah Mak.
She would have been 57 this year.
Terkenang karipap Mak yang paling best dalam dunia.
Terkenang dapat upah ice-cream drumstick setiap kali tolong kirakan duit syilling dalam tabung labu warna hijau Mak.
Terkenang Mak menyanyi lagu2 Cliff Richard & Sharifah Aini sambil memasak kat dapur.
Terkenang baring on her lap bila balik cuti penggal walau aku dah form 4.
Terkenang how disappointednya Mak masa result SPM aku below her expectation.
Tapi aku ingat how proud she was bila kami tiga beradik semua dapat masuk U.
I just want her to know, Adik, Pian & Danial are doing ok, Mak.
We all miss you very much.
She would have been 57 this year.
Terkenang karipap Mak yang paling best dalam dunia.
Terkenang dapat upah ice-cream drumstick setiap kali tolong kirakan duit syilling dalam tabung labu warna hijau Mak.
Terkenang Mak menyanyi lagu2 Cliff Richard & Sharifah Aini sambil memasak kat dapur.
Terkenang baring on her lap bila balik cuti penggal walau aku dah form 4.
Terkenang how disappointednya Mak masa result SPM aku below her expectation.
Tapi aku ingat how proud she was bila kami tiga beradik semua dapat masuk U.
I just want her to know, Adik, Pian & Danial are doing ok, Mak.
We all miss you very much.
Al-fatihah.
Wednesday, September 8, 2010
Esok Belum Raya Lagilah!
Malam tadi, selepas announcement bagitau Raya lusa (iaitu hari Jumaat), aku pergi ke pump station Petronas Desa Mentari nak withdraw duit aku yang tak banyak mana pun tu.
Boy, was I in for a surprise!
Aku takjub dengan perkara-perkara yang aku observe malam nih.
Masa aku nak park kereta, ada mini congestion disebabkan sorang mamat yang park kereta dia di tengah2 laluan orang lain sementara tunggu bini dia beli benda kat kedai dalam station tu.
Dia boley buat selamba badak tak alihkan kereta dia despite the pissed-off look yang semua orang lain hadiahkan dia.
Aku nampak dalam kereta brader tu, ada anak dua orang, dan kereta dia nampak sarat dengan barang-barang.
"For sure nak balik kampung nih," aku pikir.
Barangkali sebab nak Raya, orang lain semua bersabar je tunggu bini brader tu masuk kereta.
Lepas brader kurang hajar blah, baru semua orang dapat bergerak.
Barulah aku dapat park kereta.
Sampai kat ATM machine, ada 5 orang beratur ahead of me.
Masa tu, ada dua pompuan Melayu (aku assume kawan sebab sorang kurus & sorang lagi gedempol) tengah nak keluar duit.
Pompuan pertama tekan2 button ATM, kemudian diam. Dia nampak terkejut.
Pompuan kedua pulak try keluar duit.
Dia tekan2, dia pun nampak terkejut sama.
Lepas tu dia test satu lagi kad bank yang lain.
Muka terkejut gak.
Pompuan pertama test sekali lagi, tapi hasilnya masih jugak sama.
Mereka berbincang kuat2 depan mesin duit tu apasal tak masuk lagi duit mereka.
Di belakang aku dah mula ada 5-6 orang tambahan beratur dek lamanya dua pompuan ni nak terima hakikat tak de duit dalam akaun mereka.
"Kesian, tak masuk gaji lagik la tu," aku pikir.
Bila aku dah settle urusan aku, kat luar pump station tu sekali lagi ada jem yang hebat.
Sekali lagi this was caused by some asshole yang park tengah2 laluan orang lain.
Lagi palat, kereta dia blok kereta aku from getting out.
Semua orang jadi panas dok tunggu mamat mana yang lahanat ini.
Aku hangin bila rupa2nya, the owner of the car beratur selang 2-3 orang selepas aku kat ATM machine tadi.
Bila dia keluar, pun muka tin sardin kemek macam brader di awal cerita aku tadi.
Apahal nih? What's the rush?
Apasal semua orang perangai macam sial malam nih?
Esok bukannya Raya pun lagi yang nak kelam-kabut sangat.
Tapi aku akur, sebagaimana sekawan gnu yang berebut2 migrate mencari tanah subur di bumi afrika, bila sampai time perayaan, manusia di Malaya sebenarnya jadi selfish, pentingkan diri sendiri to the max.
Seperti haiwan liar, aku rationalisekan yang manusia-manusia ini berebut atas konsep 'survival of the fittest' agaknya.
Aku tak kisah la nak berebut ke apa, tapi "jangan sampai membawak maut atau menyusahkan orang ramai dah la," aku pikir.
Nasib esok tak Raya lagi.
Kalau tak, mau ada yang sampai mati atau berbunuh malam nih.
8.9.10
Date hari nih cantik sekali... 8.9.10.
Hari nih 9 tahun lepas, aku n Nen diijabkabulkan and we became husband and wife.
Alhamdulillah, Phase 1 kami dah go thru together.
Now we've moved on to the next stage.
Dah 40 hari Imran lahir dalam hidup kami berdua.
We celebrated our anniversary this year by shopping for more baju Raya for Imran.
Maybe tak seromantik a dinner for two, but the great feeling of picking out a romper which boldly states "Mischief Maker" for our little boy is a priceless memory for me.
I think Nen & I are gonna be okay in Phase 2.
Allah help us be good parents.
Oh, and one more thing...
Please let me be the cool one.
Amiiin.
Wednesday, September 1, 2010
Surprisingly, ada a pinch of sadness dalam hati aku when I left the In-Fusion/Real FX/Zebra FX (brapa banyak nama korang nak, ha?) Glenmarie Studio for good petang Monday the 30th of August.
This is actually very normal.
At the end of every project, I will feel a little hollow inside.
Tiba2 takde dah pressure yang memang omnipresent sepanjang production.
Which is good, in the REAL good sense.
I can peacefully plan to pursue my next animation project.
But petang Isnin lepas, the sentimental part dalam hati gua tersentuh sikit.
I needed to make myself happy again.
On the way back home, aku terus drive ke Masjid Kg Medan.
Aku pergi jumpa Haji yang duduk kat depan gate masjid.
Aku declare, "saya nak bayar zakat fitrah untuk saya, isteri dan seorang anak."
Automatik, luluh lah segala perasaan sedih dalam diri gua.
Then hati aku kembang segar semula.
"Saya, isteri dan seorang anak".
Amil tu perasan aku senyum sendiri semasa dia membacakan doa selesai aqad.
Gua tak pedulik terus senyum.
Alhamdulillah, tahun ini start bayar fitrah for 3, instead of the usual 2.
Then I went home to my wife & boy.
And my world's ok again.
Wednesday, August 25, 2010
Now I Go Play My Own Gig, See Ya!!
Ini ada satu cerita best.
Above are four out of seven titles of children's book based on the stories featured in 'Asian Legends' animation series that I'm producing at In-Fusion Solutions Sdn Bhd.
Biar aku ceritakan sikit pasal benda-benda berkaitan kerja aku.
First the company commissioned the animation series. Bring in Producer, create a team.
Once the animation series nak siap dah, then they created a spin-off project; in this case, projek buat buku cerita kanak-kanak.
The book project is an expansion of an Intellectual Property by putting it on multiple platforms rather than just focusing on a single medium.
Dalam bahasa senang, after an Intellectual Property is created, the next effort should be to maximisekan revenue from that IP. A good IP should generate sebanyak mana duit yang possible.
Habis bikin siap animation, my production team and I kemudiannya dapat directive untuk bukukan cerita-cerita from 'Asian Legends' the animation series.
As when working on the series, we did not have a proper Language Editor. Aku yang memang grad TESL ni terpaksalah do the in-house language editing myself, besides being the Series Producer.
My boys, a majority of them animators and background artists, terpaksa adapt their skills to do graphics & layout designs on this book project.
Even my Production Coordinator had to handle the text insertions.
With pride, I announce that my team worked hard on both the animation and storybook projects.
Dengan serba kekurangan dari segi support, the team completed their tasks walau bila start buat buku, ada team members hangin kat gua sebab depa kena buat kerja2 yang takde dalam jobspec masing-masing
So this week bila people from HQ informed us that the books dah diprint and will soon hit the market, aku memang suka hati sangat and proud to know our efforts membuahkan hasil.
In fact, semua yang terlibat dengan project ni pastinya share the same sentiments as I.
Sekali bila copies of the books tu sampai kat tangan kami, betapa terkejut beruk, badak & babi hutannya kami bila mata tertumpu pada satu bahagian on the books' covers.
Bahagian tertulis "Retold & Illustrated by" ..... Rupanya bukan kami In-Fusion Creative Unit.
Bukan team kami yang menceritakan dan membuat ilustrasinya, tapi rupa-rupanya semua Tokeh company kami yang buat, kalau ikut tulisan kat cover page tu.
Yang lagi tak tahan, siap ada satu page "About The Author" lagi.
Pun bukan In-Fusion Creative Unit yang dicreditkan for the work on that page.
Kami bukannya gilakan royalti ke hapa ke, but the implication of putting the tokeh's name affects semua yang bekerja on this project.
Dengan bahagian ini dicreditkan kepada tokeh secara total, none of us who worked on the project can ever mention it in our portfolios. Nanti satu Malaya tuduh kami penipu sebabkan bahagian 'retold & illustrated by' on the cover page jelas letak satu nama je.
Siut betul lah!
Disebabkan kes ini jugak lah, ku betul-betul rasa lega that my last day of service dengan studio nih is next Monday 30th August.
Seriously, I've had enough of this shit.
Nampaknya this year, pengertian Merdeka memang sajak benarlah dengan diri aku.
Aku akan merdeka untuk develop THAWS sepenuhnya.
Wish me luck, readers.
But I'm sure my boys need luck more than me.
Let's pray for them because they still work for the same tokeh and company!
Tuesday, August 17, 2010
Saturday, August 14, 2010
Lucky Friday the 13th
Semalam Friday the 13th.
As in the movie with the same title, sepanjang hari aku jadi suspen macam awek seksi yang menunggu Jason masuk biliknya dengan parang penuh darah.
Sebelah petangnya, aku drive Iman, Slemmer & Sheikh ke tempat yang ditetapkan untuk satu keputusan penting dalam hidup kami.
Bila sampai ke KL Hilton, kami meet up dengan Ayie & Hapiz.
Sampai kat tingkat 6, amongst others, kami jumpa Mike & Wan Sumo.
Semua orang buat lawak n acted cool, tapi semuanya aku bet kecut perut masa tu.
At about 6pm, like sacrificial lambs, kami masuk berduyun2 ke banquet hall yang ditetapkan.
Dalam pukul 6.30, announcement mula dibuat.
Bila terdengar je kalimah "T.H.A.W.S by Orang Lidi", and Iman & Slemmer bangun bergerak ke depan dewan, tamatlah wayang seram buatku.
Perasaanku terus membuak2 puas. Lapar dan penat berpuasa terus hilang.
We, the Orang Lidis, were announced as one of the winners for MSC's Intellectual Property Creators Challenge 2010 under the Animation category!
THAWS bunting design
Alhamdulillah, syukur pada Pencipta sebab T.H.A.W.S menang tahun ini.
Thanks to the competition organisor, MDeC, for believing in our idea & giving us a grant of RM50k to complete a 3-minute trailer.
Some of you yang follow blog gua nih mungkin perasan hint-hint pasal idea baru untuk animation series called 'The Heroic Adventures of Wira & Samad' (T.H.A.W.S) sebelum ni.
The fact is, the initial idea bermula since January. Then starting from April, Iman, Sheikh, Slemmer,Wan G & Bobbie Sahlan have helped to develop this IP tanpa menerima satu sen bayaran pun.
Our game plan was to come up with an awesome story which has the potential to be broadcasted.
Now things are shaping up towards that dream, insyaallah.
Winning again this year feels even sweeter daripada the first time we won the IPCC in 2007 with 'Hostel Blues' for Animatrix Studio dulu.
Mainly yang aku seronok sangat adalah kerana besides us, some of our buddies also awesomely won.
Mike & Wan Sumo won RM20k under the Interactive Digital Comic category.
Member ketat gua, Ayie & Tapir Reka Studio also won the Animation category for 'Tok & Tapir'.
By the way, for animation folks out there,take note.
I happen to know the Tapir Reka Studio guys personally, and given the right nourishment and support, aku confident they sure can change the landscape of the 2D animation industry in Malaysia, bai!
Having said all of these, finally.....
"This one's for the both of you, Imran & Nen!"
...the happy winners...
Thursday, August 12, 2010
Bulan Ramadhan yang mulia
Disclaimer:
Mulai sekarang, akan ada banyak post pasal my baby boy Imran kat blog gua nih. Siapa2 tak suka cerita baby, sila angkat conet, lu blah. The baby stories stay.
Hari ni dah second day kita berpuasa di Ramadhan 1431 ini.
Hari ini juga, my baby boy Imran genap 2 minggu usianya.
Status quo bagi Nen & aku turut berubah dengan mendadaknya Ramadhan ini.
Sepanjang Imran wujud dalam life Nen & aku ni, ada banyak perubahan yang ketara sekali.
Aku notice that SiComel-Comel aku (Maknya, bukan Imran) sekarang nampak lebih letih dari sebelumnya. Kehadiran baby definitely menambahkan kerja Nen.
Dulu takat layan kerenah aku je, sekarang more importantly, Imran must be fed, cleaned, kept sound & happy. Semua tugas2 penting memang jatuh atas bahu Nen. Salin diapers, bersihkan baby, kasi susu & whenever he cries, memang Nen yang settlekan. Tengah malam bila baby nangis nak susu, Nen settlekan.
Sebelum ada kaum ibu yang menggeleng kepala tuduh aku useless, let me explain job scope aku pertaining our baby.
Disebabkan aku sendiri mulanya tak confident nak handle a newborn baby (confidence level Nen pada keupayaan aku pun awalnya memang low), aku biarkan Nen handle Imran. The fact that aku kononnya hot-shot producer means shit around the house these days.
Instead, akulah AJK Tugas2 Khas. Dalam erti kata lain, gua machai je run sana sini on what is definitely Nen's show.
Kerja aku pastikan Nen & Imran comfortable and takde yang kurang. Dispose diapers kotor ~ itu keje gua. Isi air untuk baby mandi, ambik bedak/whatever yang Nen nak ~ gua at her service. Bila stok susu/diapers/whatever dah nak kurang, sepantas kilat aku gi kedai beli.
Korang imaginelah, aku sampai dah tau kat belah mana nak cari barang2 baby yang specific ikut brandtype, size & harga dalam Giant & Tesco Shah Alam sejak depa berdua dalam pantang nih.
In fact, last Saturday, gua siap pergi warehouse sale secara solo pergi beli barang-barang baby tu! Berebut2 sekali dengan ibu2 mengandung yang sebenarnya gagah perkasa bab mencari & membeli barang baby. Balik pada sale tu, aku siap rasa bangga when I got the things exactly ikut specification Nen.
Salah satu perks kerja aku kat umah sekarang ni adalah dapat layan tengok Imran tidur dengan tenang. Aku boley layan tengok my boy yang mostlynya hanya tidur for hours, and tak de rasa bosan langsung. Simple changes of facial expression buat aku excited gila. Anytime, this is far better than anything that's shown on Astro, bai!
Lagi satu yang aku rasa best, almost everyone pointed out that Imran looks like me, especially part hidung (yes, yes, yes!). Nen selalu jealous when people point that out, but well, I figure kalau boy biarlah rupa macam aku. Nanti kalau Imran ada rezeki dapat adik girl, biarlah putih melepak macam Maknya pulak.
I do realise that sepatutnya aku play a bigger role than this at home, tapi now kami stay di rumah in-laws aku sampai lah abis pantang. In other works, ramai kaum wanita (led by Imran's Opah) to attend Imran, kecuali bila tidur malam.
Aku lak tidur malam memang lena sentiasa. Aku kesian Nen, tapi kalau aku tak sedar, camna aku nak tolong dia? Gua tidur baaaik je la.
Despite penat, aku juga realise that nowadays Nen has a certain glow on her face, memang ada a good vibration pada aura wife aku. She is happy, I know. And aku jadi happy tengok both mum & son bonding well.
As I am writing this post, Nen & Imran both are sound asleep.
I anticipate Imran akan bangun tidur dalam 15 minutes lagi, so aku rasa baik gua stop dulu. Bila dia start nangis, akan bermulalah sekali lagi moment kecoh buat Abah & Maknya malam ini.
Note:
Btw, esok sebenarnya adalah hari penentuan berkenaan apa yang aku usahakan for the past 7 months of this year.
Harap2 biarlah ada rezeki buat anak ini, dan aku success.
Amiiin.
Friday, August 6, 2010
Pengumuman Penting Buat Dunia
Muhammad Imran Danial
telah lahir pada 8.39 malam,
Khamis 29hb Julai 2010
(18 Syaaban 1431).
~~~~~~~~~O~~~~~~~~~
That was 8 days ago.
And demi Allah, my life has been the happiest since.
telah lahir pada 8.39 malam,
Khamis 29hb Julai 2010
(18 Syaaban 1431).
~~~~~~~~~O~~~~~~~~~
That was 8 days ago.
And demi Allah, my life has been the happiest since.
Wednesday, July 28, 2010
semalam, hari ni, esok, lusa & tulat
Semalam aku terima kind of bad news.
Aku jadi down sekejap & bengang separuh hari.
Lepas tu, aku sambung berkerja dengan rakan-rakanku sampai larut malam.
Hari ni aku okay, dan lebih bersemangat untuk menghadapi apa jua yang bakal datang.
Dua hari yang akan datang ini bakal jadi titik tolak penentu segalanya.
Esok aku perlu buat satu presentation yang mungkin mengubah perjalanan careerku.
Lusa pulak sesuatu yang bakal mengubah hidup Nen dan aku insyaallah akan berlaku.
Sebab tu lah, aku tak mampu jadi terkesan sangat dengan berita semalam.
Harap-harap by tulat, akan tersusunlah segalanya elok-elok.
Monday, July 26, 2010
gumpalan kosmik emosi
Sorilah kalau aku lama takde letak post baru.
Banyak benda sedang berlaku sekaligus dalam hidupku ini.
Ada yang sememangnya dirancang, dan ada pulak perkara yang mendadak sahaja munculnya.
Nak cerita sekarang pun tak berapa boleh ni.
Aku cuma nak jenguk sekejap je nih, tak lepas nak menaip panjang lebar dek kesibukan melampau.
By next week insyaallah aku free sikit untuk merapu balik.
Itu jam nanti kita bikin havoc satu Malaya.
Tuesday, July 13, 2010
Mari mengesan ayat dusta
Kalaulah aku seorang robocop,
macam ni lah kut rupa aku berdasarkan size sekarang:
macam ni lah kut rupa aku berdasarkan size sekarang:
Tuesday, July 6, 2010
Hari Ahad Yang Sepi
Subuh ahad baru-baru nih, aku hantar Nen ke LCCT Sepang.
She had work in Changloon Kedah, and naik flight ke Aloq Staq (...kepala hang aku putaq! hahaha). Her flight back to KL was on Monday night.
So technicallynya, I had more than 24 hours on my own.
Yeaay!
Sepatutnya mesti banyak plan nak aku nak buat.
Tapi bila sampai rumah lepas hantar Nen, aku rasa sunyi pulak. Walau masa tu baru pukul 6.45 pagi, aku siram pokok bunga sebab tak tau nak buat apa.
Bila dah naik matahari, aku keluar beli paper n makan roti canai. Pun aku rasa mandom. Makan cecepat, then aku chow balik rumah.
Pasang tv, tapi cerita bodoh. Baca paper, tapi takde skandal baru melibatkan artis. Bosan.
Aku kemas mana-mana yang patut, isi air minum, jemur jeans (tapi kena rush angkat sebab hari gelap nak hujan), dan jenuh memikirkan nak buat apa lepas tu.
Aku yang hanya tidor sejam sebelum hantar Nen (bahana q-final world cup), masuk bilik & tidur dalam kul 11 pagi. Masa tu Saujana dilanda hutan lebat.
Aku terjaga kul 4, zuhur cecepat n rasa lapar. Kat luar masih hujan lebat. Aku makan donut dalam fridge & kacang dalam balang.
Selepas tongong for the next hour or two, aku masih lapar.
Aku pergi beli charkuewtiaw, tapi bila makan, aku teringat how much tastier kuetiaw yang Nen buat dari yang aku beli. 3 tiang lagi best. Aku maki brader kuetiaw dalam hati.
Sedar, sedar, dah malam.
Aku pun layan movie kat Astro & masuk tidur balik kul 11 lebih.
Esok pagi, bangun, gi kerja.
That's all.
Semalam, masa tunggu Nen kat Arrival hall, aku siap ada rasa berdebar sikit, terasa macam time tunggu dia masa dating-dating dulu lak.
And my world stopped bila nampak that oh-so-familiar smile on her face across the zebra crossing. Her tired smile that is mine made me smiled too.
Dunia aku jadi best balik.
Benda ni selalunya tak terasa sebab Nen selalu ada, bai ~ tapi korang baca dah sendiri, betapa mandom dan tak berertinya hidup aku bila SiComel-Comel Nen takde.
Sunday, July 4, 2010
Penaltykick, freekick, cornerkick - what's the difference?
Pssst! Aku nak admit something :
Aku frust betul malam nih bila in the quarterfinals,
Argentina kalah 0-4 kat German .
Argentina kalah 0-4 kat German .
Let me explain why:
In any competition, aku memang akan support team underdogs (believe me, I have been one for far too long not to know how it feels to be one).
Simply because they're the underdogs.
In fact, to be honest, aku sebenarnya puas hati tengok team-team macam Laos, Cambodia belasah team yang serba cukup macam Malaysia.
Aku lagi appreciate the Laos or Cambodia players' struggle & spirit to wanting to win so bad berbanding what special food diorang kasi footballers Malaysia makan semasa dalam latihan pusat (which probably is shit, by the way they have been playing for the past 15 years at least!)
I got carried away. Sorry.
Aku suka bila African teams like Ghana got to the quarter finals. I love the North Korea team despite kena belasah 7-0 dengan Portugal. Japan main mantap despite being stopped at second round. Aku happy bila England, France, Italy kong awal-awal. Main macam sial, memang selayaknya bungkus.
But in my list, the same list yang akan wujud time Worls Cup finals every four years, Brazil & Argentina fall into a different category altogether, bai. From these two teams, I expect nothing less than semi-finals achievement.
Tapi semalam aku terkedu tengok Brazil lost 1-2 to Netherland in the quarterfinals. Terdiam aku abis game tu. Macam something wrong je nih, aku detect.
Then tonight pulak, buntang mata aku bila Argentina kena kitai 0-4 kat Germany.
Abis game tadi, aku tertanya-tanya, "APA NIH? "
Dua-dua team sudah buat palat sama gua selang semalam. Memang tak achieve KPI dua-dua ekor nih.
Afterthots:
Dalam aku menung sikit tadi (biasalah, kalau tengah emo, sure banyak berfikir) aku jadi sedih mengenangkan yang rasanya aku tak akan merasa nak tengok team Malaya masuk Finals World Cup dalam hayat ini.
Lepas tu aku sedih pasal kita sentiasa akan terpaksa sokong team negara lain bila time World Cup because we're shit.
Tapi itu bukan sebabnya.
The Prestige:
Sebenarnya aku sedih Argentina kalah sebab dari round 1 lagi, Si Comel -Comel aku (yang baru malam nih reveal dia tak tahu apa beza freekick, penaltykick atau cornerkick ~yup, she's that bad! ... and dia kasitau aku masa game, "I kenal sorang je, Klose". Aku geleng kepala dalam hati) decided nak support Germany.
Dah la Nen tak tahu apakebenda pun pasal bola, lagi sakit hati, bila abis game, dia kutuk-kutuk Argentina dengan bersungguh-sungguh macamlah aku ni Diego Maradona.
Sekarang aku berdoa janganlah Germany menang tahun ni.
Nanti Nen punya berlagak kat aku macamlah dia akak yang buat air sirap oren untuk team German masa diorang training pulak!
Thursday, July 1, 2010
I got a call from the Blackberry Service Centre last Friday.
Finally siap dah pun Storm aku yang rosak berkali-kali.
The Service Centre people were nice though ~ siap kasi pinjam temporary Curve sebagai ganti phone aku yang tengah repair.
Aku budget sempatlah nak ambik phone aku dalam minggu nih antara Monday to today, tapi nampaknya tak sempat, with all the stuff I had to complete.
So aku plan esok pagi nak pergi collect BB aku kat KL (Jalan Ampang, sebelah Wisma MCA. Jem macam sial dari Jalan Tun Razak), then lepas tu, baru masuk kerja kat Glenmarie (pun akan jem macam sial kat Jalan Duta).
Whatever it is, Sabtu ni jugak aku berazam akan pergi jual Storm aku tu.
Dah 2 kali rosak tak leh nak on, baik aku let go sementara dia baru keluar perbaik & tengah elok nih.
Tapi lepas tu aku nak angkat phone apa pulak kali nih?
BB dah try... adakah sudah sampai masanya aku usha i-phone pulak?
Hmmm...
Tuesday, June 29, 2010
Bob the Serabut
Aku kena siapkan satu write-up by this week.
Dari semalam aku cuba tunekan kepala untuk mengarangnya.
Dah jenuh aku type sana, type sini, bahagian write-up yang kubuat semalam bila dibaca pagi tadi terasa tak best. It simply doesn't do it for me. Maknanya terpaksa diolah lagi hari nih.
Hari nih pulak, sepanjang hari aku menaip, tapi aku rasa hasilnya kurang lebih tetap berkategori hampeh macam semalam.
Ni dah lepas maghrib, and I still have shit for my write-up.
Orang cakap ini 'writer's block.' Aku yang dah semakin tertekan tak berapa pedulik apa nama symptom ini.
Cuma di masa beginilah aku selalu dapat this one realization:
Sesungguhnya ilham itu adalah milik mutlak Allah;
kalau Dia tak mau beri, duduk sampai bontot bertaup
dengan lantai pun tak kan mari satu-satu idea tu.
kalau Dia tak mau beri, duduk sampai bontot bertaup
dengan lantai pun tak kan mari satu-satu idea tu.
Persoalannya sekarang, patutkah aku terus try mengarang malam ini, or adakah aku patut menyaksikan Jepun mencipta sejarah dengan menang match Round 2 lawan Paraguay pukul 10 karang?
Serabut, serabut!
Monday, June 28, 2010
Padan muka England!
Sana-sini semua dok kecoh pasal World Cup sekarang nih.
Strangely, this time around, aku tak berapa teruja pun pasal bola.
Sebabnya:
a) di bilik kami kat rumah Mak mertua di PJ, takde Astro.
b) balik Saujana Utama pulak, walaupun umah aku ada Astro, tapi subscription channel sukan dah lama didropkan in favour of the cartoon channels.
So macam orang lain yang tak melanggan Astro, slow sikitlah bahang World Cup kali nih.
Aku bukannya kaki yang suka melepak kat kedai mamak tengok screen besar ramai-ramai. Aku rasa claustrophobic dan lemas.
Kalau nak harap tengok siaran tertunda (lambat 2 jam) kat RTM, kirim salam je lah. Game pukul 10 malam, dia tunjuk pukul 12 tgh malam; game pukul 2.30 pagi, dia tunjuk kul 4.30 pagi.
Sempat tangkap badak kalau nak menunggu satu-satu game.
Cuma malam tadi aku stay up sebab nak tengok delayed match Germany lawan England kat RTM1.
Tepat kul 12 tengah malam, aku tak tengok late news on tv sebab tak mau tahu results sebelum tengok actual game.
Game malam tadi memang best.
Tapi bila dah setengah second half berlalu, aku tertidur.
Sedar-sedar, Nen yang tutupkan tv at the end of the match & kasitau aku final score berapa.
Aku sambung tidur dengan puas hati sebab England kena titik 4-1.
Bayangkan pulak betapa bangganya Adolf Hitler kalau dia masih hidup!
Wednesday, June 23, 2010
My new IP... My latest 'baby'...
Hari nih aku meluap-luap dengan aura positif. I am very pleased with myself, indeed.
Puncanya, semalam aku berjaya siapkan proposal/concept bible untuk my latest animation IP*. My latest baby is ready for the world, baby!
I've toyed with a story idea since last year lagi ~ cuma officially, my initial notes show that aku started developing my idea seriously since early January this year.
Sepanjang 6 bulan nih, nak menyiapkan write-up nih bukannya senang, bai. Prosesnya amat renyah sekali. Dah la my current project 'Asian Legends' nih masih tengah on lagi. Selepas seharian bekerja kat studio ni, betapa penat gua kena tune kepala otak untuk develop my own IP pulak lepas time kerja.
Mula-mula nak petik idea cerita yang mantap & different from what has been seen before. Nakkan kelainan, under tajuk yang sama, aku ada 5 ke 6 version storyline & plot yg berbeza-beza. Re-writing the storyline je makan 3-4 bulan dari masa aku this year.
Dah puas hati dengan tu semua, kena create characters berserta personaliti masing-masing yang unik pulak. The mixture of the story and the characters kena kasi mesra betul2, everything must jive, barulah ia jadi betul-betul 'hor liaw'!
Once the storyline & character description dah ada, I had to turn to the experts, my trustworthy friends to help design the characters and also the background look & concept. From the many stroke styles and concepts suggested, aku kena pilih & lockkan pulak concept and animation style yang paling cun dengan cerita yang kutulis.
Once all of the idea/story/look & feel dah settle, everything must next be translated to a proposal document which include other actual production input like the production timeline, manpower and budget.
I am extremely happy today because the proposal looks good once it is ready, with the coloured characters and all on the printed pages.
How I wish I can share the details pasal cerita baru aku ni kat sini, but the thing about IP is that ianya terlalu senang dicilok. Karang gua penat2 abis masa, pecah pala nak pikir cerita, mamat lahanat lain yang nanti buat duit.
So korang kena la tunggu sampai ada perkembangan lain yang aku rasa sesuai & selamat nak dikongsi pasal my new story nih di masa depan.
* Btw, IP di sini bukan bermaksud 'Inspektor Polis', tapi adalah 'Intellectual Property.'
Wednesday, June 16, 2010
Multiple Palats
Palat yang pertama bermula selepas kedai bak kut teh di sebelah office aku dibuka secara rasminya Isnin baru-baru nih.
Palat kedua pulak bila pagi nih sampai kerja, tengok-tengok kat bawah office aku nak dibuka pulak kedai ayam katok bernama "Oriental Chicken". Aku dah mula terasa macam office nih kat Petaling Street pulak dah. Apa yang kurang hanyalah penjual vcd dan sorang apek jual buah berangan goreng.
Palat ketiga adalah bila aku masuk2 je bilik aku, sekali bau babi semerbak dalam bilik aku. Rupanya mamat yang kongsi bilik aku (bukan muslim) pergi bukak tingkap bilik kitorang yang betul2 bersebelahan dapur masak sup benda haram jadah tu.
Aku terus sound suruh tutup tingkap tu, tapi sekarang ni dah petang pun, masih aku terasa bagaikan hama2 babi tu semua masih bebas terbang bertaburan meredap dalam udara yang aku sedut.
Memang sial betul. Aku yang banyak kerja terus takde mood jadinya. Nak duduk kat tempat aku sendiri pun aku rasa geli geleman dan tak leh nak focus.
Aku dok pikir, aku memang tak boleh bekerja kat kawasan ni, kalau ini berterusan.
Kalau esok dia bukak lagi tingkap ni, mau aku terus tumbuk je karang.
Sensitive la sikit kalau ye pun ko suka sangat bau babi tu.
B-O-D-O-H, BODOH!
Wednesday, June 9, 2010
Mr Phang & kelas Sejarah
Malam nih, sambil aku buat timeline untuk re-work some animation projects done previously by the company I'm working for (waaaay before my time here) and main Mafia Wars, tetiba sorang member STAR bernama Kobes buzz tanya pasal result subject Sejarah aku masa SPM.
Terkedu kejap aku dengan soalan tu.
FYI, Sejarah bukanlah subject wajib untuk peringkat SPM kat STAR time aku dulu.
In fact, kurang 10 orang budak batch aku yang ambik paper Sejarah SPM.
Kami semua dropkan subject Additional Maths dan ambik Sejarah.
Dari awal Form Four, aku rasa nak pass subject Modern Maths pun macam payah sangat. Cepat-cepat aku register join kelas Sejarah supaya aku tak pening.
Co-incidentally, semua dalam kelas Sejarah Form 4 masa tu masing-masing ada kes. Insan-insan macam Corex, Dayak, Mat Ein, Kobes, Chet dan aku adalah muka yang agak infamous dengan cikgu dan Pengetua. Aku rasa, hanya Zepon sorang je 'budak suci' dalam kelas Sejarah kami masa tu. Lain2 semua kelabu asap.
Tapi seronok join kelas Sejarah tu, bai.
Konsepnya floating class.
Berpusing cari kelas je dah abis 15 minit. Masuk kelas, gelak2, abis lagi 10 minit. 15 minit je masa belajar setiap kelas.
Cikgu kami Mr Phang sempoi orangnya. Dia cuba treat kitorang mcm adults, something yang pada mulanya nampak useless sebab kitorang memang slackers yang memang hampeh. Initially, instead of appreciating the treatment, kami semua lebih berusaha nak pekena dia dalam kelas.
Kelakar teringat macam mana kami satu kelas berjaya kencing Mr Phang sampai dia tersebut "BUKIT PEKONG" instead of Bukit Kepong. Dekat 20 minit aku & Corex ketawakan dia sambil hi-five berkali2.
Tapi seperti cikgu negro dalam "To Sir With Love" dan Michelle Pfieffer dalam "Dangerous Minds", Mr Phang terus tekun mengubah kami.
Berkat kesabaran & under his guidance, kami siap masuk Kuiz Sejarah Peringkat Perak (aku wakil sekolah, tapi kami kena kitai dengan sekolah harian biasa), dan kami kemudiannya organisekan pulak Kuiz Sejarah untuk budak2 Form One STAR.
Of course the highlight of the quiz for the juniors adalah bila kami satu kelas dapat tengok secara 'live' Pengetua minum air yang kami hidangkan. Puas hati betul tengok Pengetua minum oren yang Mat Ein dah ludah kaw-kaw masa bancuh sampai habis. Berdekah-dekah kami gelak lepas tu sambil isap rokok ramai2.
Mr Phang sebenarnya memang cikgu yang best. Dia percaya kami adalah good boys, and eventually, we believed him, too. Adalah moment2 di mana we actually behaved well in his class.
And we actually felt sad masa Mr Phang kena pindah sekolah sebab naik pangkat.
On a hindsight, nasib baik gak aku ambik Sejarah masa SPM.
Itulah eye-opener yang bahawasanya aku memang suck at Maths and other Science subjects dan sebenarnya memang takdir aku untuk excel dalam sastera dan kesenian instead.
Thank you, Mr Phang.
Sampai bila-bila kami kenang budi Cikgu.
nota kaki:
Sebab Nen tak puas hati dengan ending post di atas, aku nak tambah sikit:
All of us yang ambik subject Sejarah for SPM '89 passed the subject.
For most of us, total aggregate berjaya dikurangkan dengan bantuan score Sejarah.
Kini, kami semua telah tamat belajar, masing-masing berkarier dan berkeluarga.
Kami juga warga yang setia membayar cukai pendapatan tanpa gagal kepada kerajaan.
*** Harap isteriku lebih gembira dengan ending yang baru ini.
Tuesday, June 8, 2010
Oh Lovely!
Last Saturday and Sunday, I was stationed at PWTC, jaga booth company kat Muslimworld Biz Exhibition.
Overall, the two days memang mandom habis. Visitors tak seramai mana, and the event took away my plans for the weekend dengan Nen.
Coincidentally, that same weekend ada Education Fair one floor above our exhibition.
Bila mandom maksima dok melangut kat booth kami, aku pun pergi melahu kat booths Ed Fair.
Round punya round, aku tertarik pada satu booth yang kurasakan amat special sekali pada mulanya.
Telek punya telek, sekali rupanya ini university dari India.
Disebabkan ianya booth Universiti India mari, aku rasa tak patut aku takjub sangat dengan promosi yang dilakukan.
Tapi korang bacalah sendiri nama Universiti nih.
Impressive kan nama U ni?
Aku salute keling-keling nih atas percubaan mereka bagi nampak organisation mereka the ultimately best.
Nasib baik tak dinamakan "Fair and Lovely Professional University" , hahahahahaha!
Wednesday, June 2, 2010
Banjir, bonjour!
Yesterday afternoon, it poured down more than cats and dogs.
It rained so heavily, something unexpected happened at our Glenmarie studio.
I was in the middle of a meeting on the 1st floor when some staff from the 2nd floor barged into the meeting room, all panicky.
"Tingkat atas banjir," we were told.
We all ran upstairs sambil aku pikir, "Macam mana lak tingkat atas boleh banjir? Bukan banjir selalu bermula dari tanah rendah? Ni tingkat paling atas pulak boleh banjir..."
Sampai kat 2nd floor, the first sight I had was water dripping down from the ceiling right above some working stations.
Yang lagi hebat, masa tu, the 3D animators yang dok buat kerja kat situ selamba je. No body moved or twitched. Air mula bertakung atas lantai.
Then suddenly, a gush of water fell down and the ceiling totally collapsed. Seluruh lantai 2nd floor terus banjir big time.
Masa tu, barulah semua orang kelam kabut cabut their PCs and the server machine from the sockets. Yang amat merbahayanya, the office socket pulak memang jenis tertanam on the floor. Air pulak mulai masuk dalam circuits.
Nasib baik takde siapa yang terkena electric current masa tu. Cepat-cepat kami turned the main switch off; kalau ada yang mati kena karan, jadi cerita lain pulak dah nanti.
Sedar-sedar, air jatuh melimpah-limpah dari tangga 2nd floor macam waterfall.
Before we knew it, air mula menitik jatuh ke office 1st floor pulak. The Concept Art room abis lencun carpetnya. Reception area habis banjir sama. Bilik COO pun air tiris jatuh dari ceiling.
Alhamdulillah, bilik aku & Sam selamat dari bencana. Langsung tak masuk air. Cepat-cepat aku tutup notebook & pack barang-barang aku.
Sepanjang episode ini, suasana studio kami petang semalam memang chaos ala-ala Titanic sebelum tenggelam.
All work was halted, damages seemed extremely bad. Semua orang chow, walaupun kerja yang due bertimpa-timpa.
We can't turn the electricity main switch sampai ke hari ni (for the fear of short circuit), and I am writing this entry from this restaurant yang satu row dengan studio kami.
In fact, hari nih aku tak masuk office pun lagi.
Kalau masuk office, mesti banyak benda akan dihalakan kat aku. Malas aku nak memikirkan ini masalah.
But since yesterday, I couldn't stop thinking, "what does all this mean?"
Maybe, possibly, ini satu petanda dari Allah buat kami semua?
Labels:
fg
Monday, May 31, 2010
Technology Bitch
Last Saturday, my BlackBerry Storm crashed.
Terus takde apa onscreen.
Aku cabut battery, aku keluar masuk kan SIM Card, still nothing.
Takde apa response bila aku turn butang 'On'.
Baru aku terasa betapa dependentnya hidup aku terhadap teknologi BlackBerry nih.
Satu weekend takleh nak dapat prompt updates and emails.
Sebab mandom, aku akhirnya sambung membaca sebuah novel yang aku dah start baca some time ago.
********
Aku call Celcom Customer Service Centre tadi.
Selepas dekat seminit bercakap dengan machine, finally aku disambungkan ke operator Celcom.
Aku kena bawak BB aku ke tempat aku beli, katanya.
Bawak 'Warranty Card' sekali ye?
Kalau aku tak salah, warranty BB aku akan tamat tak berapa hari lagi.
Moleklah kalau still under warranty.
Kalau kena bayar pun, apa boleh buat. Aku betul2 perlukan BB ku.
Aku juga seorang 'technology bitch' rupanya...
Wednesday, May 26, 2010
I Live Next to Stupid People... (a.k.a Kemarahan Maksima)
Orang selalu cakap, kena give and take bila hidup berjiran.
Tapi hari nih aku tak pedulik, aku bengang sangat nih. So bersedialah semua, aku nak mengumpat jiran sebelah umah aku.
Ceritanya macam nih:
Aku & Nen for the past year tak dok kat umah kami di Saujana Utama pada hari bekerja.
On working days, kami stay kat rumah Mak Mertua aku di PJ. Mainly sebab lebih senang aku nak ke Jln Yap Kwan Seng dari PJ berbanding dari Sungai Buloh.
Selalunya, hari Jumaat selepas kerja barulah kami balik ke rumah kami for the weekend.
Jiran sebelah rumah aku nih terdiri dari satu keluarga laki bini pencen yang ada 3 orang anak pompuan yang dah bekerja. So rumah mereka ada 3 kereta in total.
Yang jadi aku naik hangin adalah for the past year, sampailah ke hari nih, jiran sebelah rumah aku nih selalu suka park kereta betul-betul depan pagar rumah kami.
In fact, selalu sangat aku & Nen jadi bengang sebab selepas penat bekerja, alih-alih sampai rumah, kereta-kereta kami tak dapat nak dipark dalam compound rumah sendiri dek terhalang oleh kereta jiran.
Dah jadi satu kerja lak nak kena panggil mintak tolong alihkan kereta diorang barulah Nen dan aku boleh masuk ke rumah kami sendiri.
Berkali-kali kami dah cakap kat mereka "tolong jangan park kereta depan rumah kami"; bukankah di seberang jalan ada banyak ruang yang kereta mereka boleh park kalau mahu?
Beberapa belas kali yang pertama kami cakap baik-baik kat depa, tanpa sekali pun mereka mintak maaf.
Tapi sejak aku pindah office ke Glenmarie Shah Alam nih, makin keraplah kami balik ke Saujana Utama.
Dan masih jiran aku nih selalu park kereta depan rumah kami tanpa rasa bersalah sikit pun.
Hari nih Rabu, dan aku & Nen balik ke Saujana Utama. Pagi tadi aku ada cakap kat Nen sebelum pergi kerja, "Ntah-ntah petang nanti balik rumah, ada lagi kereta orang park depan pintu pagar umah kita."
Sampai-sampai ke rumah selepas kerja, apa yang aku cakap pagi tadi jadi kenyataan. Sekali lagi kereta aku tak boleh nak masuk sebab lahanat bodoh sebelah rumah park kereta depan pintu pagar aku lagi.
Nasib sebelum aku meletup, isteriku yang prihatin terhadap mood suaminya segera call rumah sebelah mintak alihkan kereta.
Kalau tak, memang ada kereta yang pancit tayar atau kena toreh.
Aku rasa tu je caranya nak mengajar orang yang tak reti bahasa.
Rumah aku nih bukan bapak kau yang bayar, babi, yang ko park depan nih apasal?
Timbang rasa lah sikit.
Karang kalau kami buat apa-apa, kami gak nanti jadi orang jahat.
Macam hari tu ada satu kes lain.
Ada ke di kawasan betul-betul depan rumah aku, ditanamnya ubi kayu tanpa mintak permission tuan rumah.
Aku takde jumpa lagi manusia yang dengan selamba badak dan tanpa hormat, boleh pergi tanam pokok ubi kayu depan rumah orang.
"Kalau depan rumah lu, lantak engkau lah," aku pikir.
So apa aku buat?
Aku cabut dan lontar jauh2 semua batang ubi kayu yang ditanam.
Lepas tu, boleh lak diorang masam muka kat aku laki bini.
Sekarang nih aku rasa nak call je deejay radio, dan kirimkan ucapan pada jiran aku yang berbunyi :
" 'WAK LU!"
Subscribe to:
Posts (Atom)